"Rys..."

"Ermmmm kenapa?"

"Come here," panggil Ashraff, lembut.

Kerut dahi Aryssa mendengar panggilan le.but Ashraff. Seakan ada sesuatu yang suaminya ingin bincangkan.

"Kejap. I'm almost done." balas Aryssa.

Ashraff mengangguk kepala akur. Tak lama selepas itu, Aryssa melangkah dekat ke katil.

"Hmm, kenapa?" soal Aryssa.

Ashraff diam. Tangannya menepuk katil yang sememangnya tempat Aryssa untuk tidur.

"Kenapa? Cakap la... I ada kerja nak buat ni," kata Aryssa lagi.

"Kejap aje. Promise, kejap aje." kata Ashraff memujuk Aryssa agar baring di sisinya.

Aryssa mengalah. Lalu tubuhnya rebah ke atas katil.

"Kenapa?" soal Aryssa kedengaran malas.

"I ada nak bincang sesuatu dengan you."

Aryssa memandang Ashraff dengan riak wajah serius.

"Bincang apa?"

"About us."

"Why? Ada apa-apa masalah ke? Or you..." kata-kata Aryssa terdiam saat jari Ashraff di bibirnya.

"Shhh... Bukan pasal tu. Tapi pasal panggilan. You nak kita teruskan panggil you I ke? Tak rasa pelik ke?" soal Ashraff.

"Pelik? I rasa biasa je. Kenapa? Lagipun, I lah selesa panggil macam tu." ujar Aryssa.

"You suka tapi I tak." kata Ashraff.

"Then, what should I call you?" soal Aryssa.

Ashraff membuat gaya seakan sedang berfikir. Rasanya banyak aje panggilan yang bersesuaian untuk dia.

"Abang?" tebak Ashraff.

Aryssa tayang wajah menyampah. Tak tahu kenapa? Dia tak geram dengar gelaran panggilan itu.

"Eieiei, tak nak! I terlalu banyak abang. So, no! Lain?"

"Baby?"

"No!"

"Biy?"

"No-no!"

"Then nak panggil apa?" Hampir putus asa Ashraff pabila semua panggilan yang diberinya direject oleh Aryssa.

"Tak ada. So, paling senang ialah panggil you I aje. Lagipun I tak suka la nak panggil panggilan manja ni," kata Aryssa, jujur.

Baru sahaja Ashraff mahu membantah, gadis itu terus menutup mulut bibir lelaki itu. Dia penat dan masih ada kerja yang perlu dibuat.

"Next time kita bincang lagi. Sekarang I nak sambung buat kerja." Aryssa terus bangun berlalu keluar dari bilik.

Namun apabila di luar bilik, Aryssa tidak menahan sebaknya. Bukan dia tak mahu memanggil Ashraff dengan panggilan itu. Tapi mengingatkan keadaannya yang semakin terancam. Dia tak takut jika dia memberi kenangan yang sukar dilupakan oleh Ashraff.

•••••

KEESOKAN harinya, Aryssa tidak dapat fokus dengar pembentangan yang disediakan oleh Haykal. Kepalanya tersengguk-sengguk menahan kantuk.

"Dismiss,"

Semua pekerja yang mengikuti mesyuarat tadi berbisik sesama sendiri apabila melihat Aryssa tertidur sepanjang mesyuarat berjalan. Yalah, sepanjang mereka berkerja di situ. Jarang ketua mereka lembut pada seorang pekerja. Belum sempat mereka tutup mata sudah dikena sembur.

Tapi Aryssa?

"Kak Sya..." panggil Haykal.

Kak Sya yang baru hendak melangkah keluar dari bilik mesyuarat terbantut perjalanannya apabila Haykal memanggilnya. Kepala berpaling memandang ketuanya.

"Akak jagakan Rys boleh? Saya tahu akak sibuk tapi boleh eh untuk saya. Walaupun kami sepupu tapi..."

Kak Sya ukir senyum. Faham maksud yang dikatakan oleh Haykal.

"Boleh. Tak ada hal lah. Aryssa pun, akak dah anggap macam adik akak sendiri. Kamu buat la kerja apa yang patut. Pasal Aryssa, tak apa akak boleh jaga." kata Kak Sya memberi keyakinan kepada Haykal.

Haykal ukir senyum. Senang hatinya dengar kata-kata pembantu peribadinya. Matanya memandang wajah Aryssa yang jelas penat. Dia tahu apa yang menimpa gadis itu.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu. Apa-apa nanti telefon saya." pesan Haykal.

Kak Sya angguk kepala akur. Haykal melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Telefon pintar miliknya dibuka skrin. Nama Ashraff didailnya.

"Kau dekat mana?" tanyanya sebaik panggilan itu bersambung.

"Hmm, tunggu situ. Aku on the way," balasnya sebaik dengar jawapan yang diberi oleh Ashraff.

•••••

HAYKAL melangkah masuk ke restoran yang dikatakan oleh Ashraff. Melilau anak matanya mencari Ashraff.

"Kal!"

Dengar namanya dipanggil, Haykal terus melangkah ke meja Ashraff. Kerusi kosong ditariknya ke belakang

"Hah? Kenapa nak jumpa aku? By the way, Rys mana?" soal Ashraff. Melilau matanya mencari bayangan isterinya.

"Ermm, Mika mana?" segera Haykal berdalih. Dia tak mahu perbualannya dan Ashraff diganggu oleh sesiapa.

"Tak ada. Ada hal katanya," jawab Ashraff.

Haykal mengangguk kepala faham.

"Sebenarnya... Aku ada benda nak bagi tahu kau ni?" kata Haykal. Tiba-tiba.

Kerut dahi Ashraff memandang Haykal. Melihat wajah Haykal seakan serius dengan perbualan ini. Membuatkan dia semakin tertanya

"Bagi tahu apa?"

"Pasal Rys."

Bertambah pelik Ashraff apabila Haykal membuka cerita tentang Aryssa. Memanglah mereka berdua sepupu, tapi selalunya Mikaeyl saja buka cerita pasal Aryssa. Manakala, Haykal hanya menyampuk sekali sekala.

"Kenapa dengan dia?" soal Ashraff. Nada juga sudah berubah dingin. Mungkin cemburu nama isterinya di sebut oleh lelaki lain.

"Sebenarnya.... Ermmm, macam mana nak bagi tahu eh," garu kepala Haykal hendak beritahu sesuatu kepada rakannya.

Yalah, hal yang hendak dia beritahu ini melibatkan hidup dan mati Aryssa.

"Sebenarnya apa? Haih, kau ini, Kal. Kata nak beritahu aku something. Takkan baru beberapa patah dah gagap kut," perli Ashraff.

Haykal tidak membalas. Dia tahu Ashraff kian tidak sabar hendak mengetahui sesuatu. Tapi masalahnya adalah dia dalam keadaan serba salah tika ini.

Baru bibir hendak buka mulut bersedia memberitahu sesuatu kepada Ashraff. Tiba-tiba, ada satu orang lain datang menegur mereka. Terkejut mereka melihat wajah itu menyapa mata mereka.

"Haykal? Ashraff?"
.....

Aryssa Where stories live. Discover now