Bab 70 🥀🖤

1.3K 84 12
                                    

NADINE diam merenung kosong skrin tv yang hitam. Dia tenang menunggu seseorang di situ. Pada malam ini. Dia bersumpah. Dia akan balas dendam untuk Emir. Kematian Emir harus dibela!

Nadine kekal di tempatnya walaupun ada nafas hangat yang terasa di lehernya. Nadine tahu ada orang dibelakangnya dan dia amat tahu siapa gerangan itu kerana dia yang menjemputnya.

"Hai sayang..."

Nadine mengalih wajah bila bibir itu mahu singgah di pipinya. Dia menahan dari mencaci maki lelaki bertatoo naga merah itu.

Dragon tersenyum sinis sebelum bergerak melabuhkan punggung di sebelah Nadine. Lengannya di bawa ke belakang bahu Nadine dan tangan singgah di bahu Nadine. Nadine kekal senyap membiarkan lelaki itu menyentuhnya.

"Kau nak apa suruh aku datang sini malam ini hah? Teringin nak ikut suami kau yang aku dah hantar ke neraka itu?" soal Dragon selamba. Dia merenung wajah Nadine dari tepi.

"Nothing... Just nak berterima kasih."

"Terima kasih?" soal Dragon bersama kerutan di dahi. Dia renung Nadine dengan riak wajah keliru, namun Nadine langsung tidak membalas renungannya dan asyik memandang skrin tv yang gelap itu.

Suasana menjadi sunyi sebelum Nadine bersuara perlahan.

"Terima kasih sebab..." Nadine perlahan-lahan menoleh ke arah Dragon yang berada di sisinya. Riak wajah dingin ditayang.

"Dah bangunkan syaitan di dalam diri aku." Sebelah tangan Nadine meraba sekejap bawah bantal dan tindakan itu disedari Dragon.

Tangan masing-masing bergerak laju mengeluarkan pistol dan mereka bangkit dari sofa sambil menghalakan muncung pistol pada satu sama lain. Dragon tersenyum sinis.

"Kau ini... Memang tak takut mati ya? Memang dah rindu sangat pada suami kau itu?" soal Dragon mengejek. Nadine hanya diam mencengkam kuat pemegang pistol itu.

"Aku dah agak dah semua ini akan berlaku. Aku sengaja datang sini. Alang-alang itu dapat bunuh kau. Bolehlah kau jumpa suami kau yang dah mampos itu. Kau tahu? Pistol ini adalah pistol yang sama aku tembak Emir sebelum kereta jantan tu... Bom! Meletup!" Tawa Dragon pecah. Dan bila dia sudah puas ketawa dia bersuara kembali.

"Oh ya! Kau... Tak dapat jumpa mayat Emir pun kan?" Dragon berdecit beberapa kali dan menggeleng kecil.

"Kesian... Jantan yang dah jadi abu itu pun kau tak dapat nak tengok. Sedihlah aku dengan kisah hidup kau orang berdua ini." Wajah Dragon berubah menjadi kesian. Simpati yang dusta!

Nadine mengetap gigi sebelum mereka berdua serentak menarik picu pistol mahu lepaskan tembakan kepada sesama sendiri. Nadine bertindak lebih pantas menyepak pistol milik Dragon dan apabila tangan Dragon sudah kosong dia lepaskan tembakan di perut Dragon sebanyak dua kali.

Mulut Dragon melopong sedikit dan dia menunduk memandang perutnya yang sudah mengeluarkan darah yang amat banyak. Tangan di angkat menyetuh perutnya sebelum dia angkat kepala memandang Nadine yang sudah tersenyum sinis.

"Kau sentuh suami aku. Aku bunuh kau." Suara Nadine amat dingin. Wajahnya masih selamba walaupun sudah melepaskan tembakan pada orang buat pertama kalinya.

Nadine mengundur satu langkah ke belakang bila Dragon sudah rebah ke atas lantai dalam keadaan meniarap. Dia tersenyum puas sebelum kepalanya tertoleh ke arah sudut dinding. Syaitan di dalam dirinya semakin mengganas. Nadine bertindak mengambil batang golf di sudut dinding itu sebelum dia mendekati Dragon yang sudah tercungap-cungap.

Batang golf diangkat tinggi sebelum dia memukul kepala Dragon banyak kali tanpa dia sedar. "Mati kau!"

"Aku nak kau rasa macam mana Emir rasa! Aku nak kau tersiksa macam mana kau buat dekat suami aku!" Kepala dan tubuh Dragon dipukul tanpa rasa belas kasihan. Nadine menjerit kegeraman. Yang dia mahu sekarang ini ialah lelaki itu mati. Mati.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now