Bab 8 🥀🖤

1.7K 67 1
                                    

KELOPAK mata perlahan-lahan terbuka. Cahaya matahari mula menembusi kornea mata. Nadine menggeliat kecil.

Peluh di dahi dilap. Habis bermandi peluh dia semalaman kerana kelambu yang berada di katil ini. Rela dia berpanasan dari terkena gigitan nyamuk.

Telefon di sebelah bantal di capai. Mana tahu ada pesanan dari Emir. Dan sangkaan dia betul. Ada beberapa notifikasi Whatsapp dari Emir. Bibir automatik tersenyum.

-Good morning ya Humaira.
-Jangan lupa solat subuh ya. Emir dah nak pergi kerja ni.
-Semoga hidup Humaira Emir hari ini dipermudahkan dan bahagia selalu.
-Bubyee 😚

Bibir Nadine terukir senyum. Cair hati melihat pesanan itu. Pagi-pagi lagi Emir dah buat dia senyum. Jarinya mula berlari atas papan kekunci telefon.

-Good morning husband.
-Okayyy, hati-hati kerja tu.
-You too... May Allah ease your day. Be happy always syuben.

Telefon dimatikan. Dia ikat rambutnya gaya bun dan keluar dari bilik. Dia menuju ke bilik air yang ada di dalam dapur dan mengambil wudhu.

Selesai mengambil wudhu dengan tertib. Nadine balik semula ke biliknya ingin menunaikan solat subuh. Telekung putih milik nek ma yang dia pinjam dipakai.

Walaupun telekung itu telekung lama tapi ia tetap selesa dipakai. Sejuk sahaja kainnya. Bau pun wangi! Pandai nek ma jaga telekung dia.











SELESAI solat subuh. Nadine tidak rasa ingin tidur semula. Jadi dia cadang untuk keluar dari bilik. Biasanya pagi-pagi nek ma dah buat sarapan. Dia terus atur langkah ke dapur.

Tekaannya Nadine tepat. Nek ma dan mama sedang menyiapkan sarapan. Nek ma sedang membuat air sedangkan mama sedang mengacau sesuatu di dalam kuali.

"Eh! Dah keluar menantu mama! Nadine lapar?" soal mama sebaik sahaja melihat kelibat Nadine muncul dalam dapur. Nadine senyum sembari mendekati mama.

"Tak lah mama. Nadine saja keluar. Is there anything I can help?"

"No need dear. Nasi goreng ni dah nak siap. Mama masak nasi goreng je untuk pagi ni. Kalau Nadine nak kuih-kuih nanti pergi dengan Athirah ya? Selalunya ada jual kuih dekat-dekat sini."

"Athirah nak datang sini ke?"

"Kalau Nadine nak pergi nanti mama beri tahu lah dia untuk datang sini," ujar mama senang. Nadine terus menggeleng. Tidak mahu Athirah datang sini semata-mata untuk membawanya beli kuih.

"Eh tak perlu lah mama. Kita pergi sama-sama nak? Kesian Athirah nanti," dalih Nadine sambil senyum tipis. Mama turut senyum.

"Yalah... Nanti kita pergi sama-sama. Mama nak letak nasi goreng dalam bekas dulu. Takut papa nak makan nanti." Nadine angguk kecil.

"Nek ma nak ikut?" Nadine mendekati Nek ma yang sudah selesai membuat air.

"Nek ma dah tak larat dah Aisyah... Pergilah sajalah dengan mama. Pergi hati-hati ya." Sempat Nek ma titipkan pesan. Nadine angguk kecil

"Okayy Nek ma."

Setelah selesai memasukkan nasi goreng ke dalam bekas, Puan Latifah meletakkan bekas itu di atas meja. Setelah itu ditutup dengan tudung saji daun mengkuang.

"Nadine bersiaplah. Mama nak pakai tudung sekejap." Nadine angguk kecil dan terus menghilang pergi ke bilik.















NADINE pandang kuih-muih yang terhidang di depan mata. Pelbagai jenis kuih ada di atas meja itu. Nadine sendiri rambang mata mahu memilih yang mana. Semuanya dia tidak pernah lihat sekaligus tidak pernah rasa.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now