Bab 16 🥀🖤

1.2K 61 2
                                    

NADINE intai Emir yang sedang membentangkan sejadah di sebalik pintu bilik air. Dia mengeluh kecil. Agak-agak Emir terasa hati dengan dia ke semalam?

Salah dia ke? Bukan apa, cuma... Dia sendiri tak tahu dengan isi hati dia sekarang. Dia tak tahu siapa yang dia cintakan sekarang ini. Qayish? Hm... Dia langsung tidak fikirkan tentang jejaka itu lagi selepas dia pulang dari kampung Emir.

Situasi sekarang menjadi janggal. Takut pula dia nak jadi makmum Emir untuk subuh pagi ini.

Lama Nadine termenung sendiri sebelum dia terpandang Emir yang sedang membentang satu lagi sejadah. Nadine terkedu. Emir... Bentangkan sejadah untuk dia? Bukan itu yang dia kejutkan sangat cuma Nadine terharu apabila Emir labuhkan punggung di atas sejadah seolah-olah sedang menunggu dirinya. Emir tidak mulakan solat lagi.

Betul ke Emir tengah tunggu dia? Malu pula Nadine ingin mendekati Emir.

Nadine pegang dada sendiri. Huh! Berdebar! Nadine hembus nafas kasar sebelum mendekati Emir.

Emir bagai tahu, Nadine sudah ada di belakangnya terus jejaka itu menoleh. Emir tersenyum apabila matanya berlanggar dengan mata Nadine. Sekali lagi Nadine terkedu. Dia senyum kekok.

"Jom kita solat," ujar Emir lembut. Dia bangkit dari duduk dan berdiri di atas sejadah. Nadine angguk kecil dan terus menyarungkan telekung.

Emir mengangkat takbir dan diikuti dengan Nadine.




"AAMIN ya rabbal alamin." Emir meraup tangannya ke seluruh wajah. Nadine mengaminkan bacaan doa Emir dan turut meraup tangan ke seluruh wajah.

Nadine pandang Emir yang sudah balik tubuh menghadapnya. Nadine menyalam tangan Emir dengan penuh lembut. Perlahan-lahan Nadine angkat kepala memandang Emir.

"Bukan you selalu... Cium dahi I lepas I salam you?" soal Nadine perlahan. Selalunya memang Emir akan cium dahi dia usai solat tapi kenapa hari ini tidak? Oh. Pasti Emir terasa hati dengan dia lagi.

"Sudi ke Nadine terima ciuman seorang lelaki yang Nadine tak cinta?"

Dang!

Kan dah cakap.

"Sorry."

"Jangan minta maaf kalau tak ada salah apa-apa. Semalam keluar dengan mama ya? Buat apa je?" Emir cepat-cepat tukar topik. Dia bangun dari duduknya dan melipat sejadah, mata menjeling Nadine yang masih diam.

"K-keluar beli barang dapur," balas Nadine perlahan. Dia turut bangun dari duduknya dan melipat sejadah. Telekung dicabut dan disangkut dilengannya sebentar.

Emir angguk kecil. Songkok diletakkan di atas meja solek. "Lepas tu?"

"Terus balik. Y-you lapar? Nak sarapan tak?"

"It's okay Emir tak lapar lagi. Emir nak jogging dekat taman." Emir diam sebentar. Dia pandang Nadine yang setia memandangnya dari tadi.

"Nak ikut?" Sambung Emir. Dia ambil telekung Nadine dengan lembut dan melipatnya. Telekung Nadine diletakkan di hujung katil. Emir pandang Nadine.

"Boleh ke?"

"Kenapa tak boleh pula? Kalau nak jom lah. Siap-siap. Ada sport shoes kan?"

"Ada! Sekejap eh!" Nadine terus berlari ke walk in closet mencari baju yang sesuai untuk jogging. Emir geleng kepala kecil, bibir tersenyum nipis. Comel.









SUDAH tiga pusingan mereka jogging, Emir masih tiada tanda-tanda ingin berhenti berbeza dengan Nadine yang sudah tercungap-cungap. Huh! Dah lama tak jogging! Selalunya boleh lah empat lima round, ini baru tiga round dah semput.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now