Bab 9 🥀🖤

1.5K 62 0
                                    

SETELAH seminggu dia berada di kampung tanpa Emir, hari ini baru dia bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Tidak sabar ingin jumpa Emir!

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, bibir Nadine tidak berhenti dari senyum. Mama dan papa pun tersenyum tengok Nadine dari cermin. Teruja sangatlah tu nak jumpa suami. Seminggu berpisah lah katakan...

Ambil masa kira-kira enam jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di rumah, bibir Nadine tersenyum lebar melihat rumah banglo dihadapannya.

"Nadine, kita dah sampai. Pergilah jumpa Emir," ujar Puan Latifah bagai tahu apa yang ada di isi hati Nadine.

Encik Erhan meletakkan kereta di pekarangan rumah. Setelah itu, Nadine keluar dari kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah.

"Excited betul menantu kita tu nak jumpa, Emir," ujar Encik Erhan dan tergelak kecil. Puan Latifah senyum.

"Rindu suami dia lah tu, abang. Abang ni pun... Tak faham-faham. Kan dia orang masih pengantin baru," ujar Puan Latifah lembut. Dalam hati sudah senang melihat anak dan menantunya. Pasti anak dan menantunya sedang bahagia dan saling mencintai.

Nadine berlari naik ke tangga dan masuk ke dalam bilik Emir.

"Emir!"

Senyuman Nadine mati apabila suasana di bilik itu hening. Langsung tiada kelibat, Emir. Mana Emir?

Dahi Nadine berkerut. Takkanlah Emir tak nak sambut kepulangan dia? Semalam beria kata nak tunggu dia balik. Sekarang ni mana?

"Emir... Mana you?" soal Nadine seorang diri. Nadine perlahan-lahan berjalan ke katil. Dia labuhkan punggung di hujung katil.

"Emir... You kata you tunggu I balik. You lied to me..." Bisik Nadine sendiri. Dia pandang ke arah beranda bilik. Dia atur langkah ke sliding door dan membukanya. Nadine keluar dari bilik dan berdiri sendiri di beranda bilik.

Riak wajah yang tadinya ceria bertukar murung.

"Emir... I nak you."

"Welcome home, ya Humaira." Bisik suara garau tepat di telinga Nadine. Nadine tersentak. Terus dia menoleh ke belakangnya.

Terkedu Nadine melihat sosok tubuh Emir berada di hadapannya. Emir ukir senyum sehingga melihatkan lesung pipitnya.

"Emir..."

"Ya?"

"How could you! I thought you aren't here!" Nadine pukul dada Emir membuatkan Emir gelak kecil. Nasib baik tak sakit.

"Sorry Nadine... Emir saja nak surprise!"

"What surprise huh? Bagi penumbuk nanti baru tahu!" Nadine tayang penumbuk kecilnya. Emir senyum lagi sebelum tangan yang disorok di belakang tubuh di keluarkan dan menayangkan sejambak bunga ros putih dan merah.

"Surprise! Sincerely from me! The most sexiest husband in this world!" Emir beri senyuman nakal dan mengenyit sebelah matanya.

Nadine senyum lebar. Bunga ros! Emir tahu-tahu sahaja dia suka akan bunga ros. Emir hulur sejambak bunga ros itu pada Nadine. Nadine terima huluran itu dengan senang. Senyuman masih kekal di bibir. Dia mencuri harum bunga ros itu.

"Thank you, Emir!"

"You're most welcome, mi amor."

Emir setia memandang Nadine yang masih mencuri harum bunga ros sebelum dia tersentak apabila deringan telefon menyapa di telinga. Dia seluk poket seluar mengambil telefonnya dan menjawab panggilan itu. Sabrina.

Mrs. Emir Luthfi Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu