Bab 60 🥀🖤

1.2K 77 18
                                    

"LEPASKAN aku!" ujar Nadine kasar kepada lelaki yang bertatoo naga berwarna merah di tengkuknya. Mata Nadine tajam ibarat pisau belati yang berada di tangan lelaki itu.

Nadine tidak pasti sudah berapa lama dia di sini, sedar-sedar saja dia sudah terikat dengan kerusi di tengah-tengah ruang bangunan usang ini. Dia mahu tengok cuaca di luar pun tidak boleh kerana bangunan usang ini sudah tertutup rapat. Memang tiada langsung sinaran cahaya dari luar.

"Kau nak apa dari aku?" soal Nadine masih dengan nada kasar. Dia cuba untuk lepaskan diri dari ikatan tetapi tidak boleh! Ikatan tali di tangannya sangat ketat. Tangannya pun sudah mula sakit.

Lelaki yang sedari dari tadi hanya merenung wajah Nadine tersenyum sinis. Pisau belati yang tersedia ada di tangannya dilarikan di pipi merah Nadine. Wajahnya didekatkan dengan wajah Nadine. Mereka saling beradu mata.

"Silap besar kau balik Malaysia, Mrs. Emir Luthfi. Kau dah masuk ke dalam sarang naga," ujar lelaki itu dan tersenyum sinis. Ya. Dia adalah Dragon. Orang yang diburu-buru oleh suami Nadine. Dragon memang sudah lama menunggu untuk Nadine pulang ke Malaysia. Bila ada kesempatan dia akan ambil. Dia mahu lihat Emir jatuh.

Pakkk!

Nadine menyepak kuat peha Dragon membuatkan lelaki itu terundur beberapa langkah. Dragon mendengus geram. Dagu Nadine dicengkam kasar. "Kau ini memang cari nahas kan?! Kau dengan laki kau sama saja, menyusahkan aku!" Setelah itu dagu Nadine ditolak kasar ke sisi membuatkan kepala Nadine terteleng ke kanan.

Nadine terkaku sendiri. Laki? Maksudnya Emir?

"Mesti kau tak tahu kan? Laki kau tu banyak sangat buat masalah dengan aku sampai aku rasa nak bakar dia hidup-hidup!" Jerkah Dragon dan baling pisau belati miliknya tepat di sisi kepala Nadine. Nadine terdiam. Kemungkinan kalau dia bergerak walaupun satu sentimeter tadi, pisau belati itu sudah menembusi kepalanya.

"Tapi aku tahan nafsu aku dari bunuh laki kau sebab... Aku nak kau sendiri yang bunuh dia." Dragon senyum psiko, menayangkan gigi taringnya.

"Gila!"

"Apa? Aku gila? Laki kau yang gila! Sebab dia business aku semua hancur! Dia dah bunuh adik lelaki aku! Dia dah sumbat adik perempuan aku dalam penjara! Laki kau memang patut mati! Tapi kenapa eh? Nyawa dia liat sangat! Adik aku tu pun bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat! Kalau aku sendiri yang turun padang... Baru Inspektor Emir Luthfi itu nak mampus agaknya."

"Jangan kau sentuh suami aku."

Tawa Dragon pecah mendengar bait kata Nadine yang dingin dan datar itu. "Tak... Aku tak akan sentuh suami kau... Macam aku cakap tadi. Kau sendiri yang akan bunuh dia... Untuk aku." Dragon senyum manis.

"Dan aku tak akan buat benda itu. Aku lebih rela mati dari bunuh suami aku."

"Awww... Such a sweet wife you are. Tapi kan... Macam mana kalau... Anak kau pula yang jadi galah ganti?" Dragon tayang muka tak serba salah. Dia senyum sinis melihat wajah Nadine sedikit berubah.

"Antara suami... Dan anak. Mana yang kau pilih?"

"Aku tak nak pilih."

"Mana boleh macam tu sayang... Soalan aku senang je ni. Kau mahu pilih suami atau anak kau? Kalau kau pilih suami, anak kau orang aku bunuh. Tapi kalau kau pilih anak... Kau yang bunuh suami kau gunakan tangan kau sendiri," provok Dragon.

"Kalau kau tak nak pilih, aku bunuh dua-dua. Biar kau tak dapat dua-dua. Kan senang macam tu?" Dragon senyum tajam dan mengelus pipi merah Nadine.

Nadine menjauhkan wajahnya dari disentuh lelaki itu. Matanya tajam memandang Dragon. "Kau bukan Tuhan nak tentukan kematian seseorang. Kau fikir kau hebat? Kau bukan malaikat Izrail yang tugasnya mengambil nyawa orang. Aku tak bodoh lagi untuk ikut cakap kau."

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now