Dengan lantang pemandu bot itu bercerita serba sedikit tentang keselamatan dan memberi amaran kepada setiap penumpang yang naik ke bot. Mereka semua memberi respon tanda faham.

Setiap tempat duduk dipenuhi dengan staff. Masing-masing mengambil tempat bersebelahan dengan rakan baik mereka. Tempat duduk dibahagian belakang sudah penuh. Cuma tinggal bahagian paling hadapan.

Lantas Husna pun melabuh punggung di tempat duduk hadapan. Ada seorang staff wanita ditepinya. Namun sebaik sahaja terpandang wajah Husna, wanita itu terus bangun menukar tempat duduk di bahagian kosong yang lain.

Husna jeling meluat. Jijik sangatkah duduk bersebelahan dengannya? Ah, lantak lah. Yang penting, dia mahu enjoy
sepuas-puasnya hari ini tanpa ada benda yang menyakitkan kepala.

"Boleh mak duduk sebelah Husna?" Tegur Datin Khadijah. Mengalihkan perhatian Husna.

Riak wajahnya terus berubah. Alahai, kenapa perempuan tua ni ikut sekali? Sesekali Husna menoleh ke segenap ruang bot. Setiap tempat sudah penuh. Cuma ruang disebelahnya sahaja yang kosong. Tidak mahu tidak, terpaksa juga dia berkongsi tempat duduk dengannya.

"Hmm..." gumam Husna. Langsung bergerak ke tepi, memberi ruang untuk Datin Khadijah melabuh punggung. 

Wanita tua itu tersenyum kecil.

"Terima kasih." Ucap Datin Khadijah.  Husna tidak membalas apa-apa. Wajah dipaling ke lain. Adakala dia tunduk membelek telefon. Entah apa yang dibuka, nak kata lihat TikTok,  disini tiada Internet.

"Mana kawan Husna? Tak ikut sekali ke?" Soal Datin Khadijah. Baru dia perasan, kelibat Mia tiada disini.

Husna mendengus kecil. Kenapa banyak pula soalan keluar dari mulut perempuan ni? Diam sahaja tak bolehkah?

"Ada kerja." Ringkas balas Husna.

Kepala Datin Khadijah mengangguk faham. Patutlah.

"Ayah mana?" Giliran Husna pula bertanya.

"Ada kerja juga." Jawabnya, sama.

Husna diam.

"Baiklah semua. Kita akan bertolak sekarang. Lokasi pertama kita adalah Deep Ocean." Kata si kapten bot itu. Tak lama kemudian, bot yang dinaiki mereka mula meluncur dengan perlahan-lahan dari jeti. Dan semakin lama, ia kian melaju. Terangkat-angkat juga tubuh ini apabila ombak menghempas bot dengan kuat. Tudung bawal yang dipakai kemas, habis rosakk
dek tempias dari angin laut. Buang masa sahaja dia berdiri lima belas minit di hadapan cermin. 

"Cantik betul pulau Semporna ni kan?" Kata Datin Khadijah. Dia menoleh memandang Husna. Bosan juga apabila mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan. 

"Semua pulau dalam Malaysia ni cantik." Balas Husna, klise.

"Tapi dekat sini nampak lain. Air laut dia jernih sangat. Boleh nampak batu karang walaupun kita ada dekat atas bot. Pasti tempat ni dijaga rapi oleh seseorang."

"Maybe." Ringkas sahaja responnya.

Datin Khadijah tersenyum kelat. Suasana diatas bot ini terasa janggal pula. Hendak ajak Husna berbual pun, dia macam tidak berminat. Atau mungkin... masih marahkan tentang hal yang terjadi beberapa hari yang lepas? Tiba-tiba teringatkan pesan suaminya, inilah peluang untuk dia menebus kembali kesilapan itu.

Ya. Sekarang adalah masa yang sesuai.

Dan kemudian, Datin Khadijah berdehem membetulkan suara.

"Husna... masih marahkan Mak pasal haritu ke?" Soal Datin Khadijah. Sengaja dia merendahkan sedikit suara. Tidak mahu ada staff yang mendengar masalah mereka berdua.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now