•••••

"EH, awak nak ke mana? Sabar la kejap! Saya nak berbual dengan anak saya ni." tutur Tan Sri Eldrin.

Puan Sri Amylia merengus geram. Dia geram kenapa Tengku Syahirah meminang Aryssa dan bukannya Annissa.

"Saya nak balik. Abang nak duduk sini. Duduk la! Saya nak balik. Tak kira!" Terus Puan Sri Amylia meluru ke kereta Vellfire yang tidak jauh dari situ.

Tan Sri Eldrin mengeluh perlahan. Wajah anak tirinya dipandang.

"Nissa okay?" soalnya.

Annissa ukir senyum. Walaupun sukar dia terima bahawa Ashraff sudah menjadi milik adik tirinya tapi dia redha.

"Nis, okay daddy. Daddy pergi la bagi tahu yang lain kita nak balik. Pasal mama, biar Nis cakap okay."

Tan Sri Eldrin hanya mengangguk kepala.

"Mama masih merajuk ke?" soal Tan Sri Eldrin kepad anak tirinya itu, walaupun dia tak berapa rapat dengan Annissa tapi dia tahu gadis itu sebenarnya baik.

"Nampak gayanya macam tu la." balas Annissa.

Sudah puas Tan Sri Eldrin memujuk isterinya tapi apa yang dia dengar hanya la tengkingan. Tengkingan kerana anak tirinya tidak dapat mengikat pertunangan dengan keluarga Tengku Syahirah.

"Kamu okay ke?" soal Tan Sri Eldrin.

"Nis okay. Daddy tu, jaga kesihatan." pesan Annissa.

Annissa mengerling jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.

"Dy, Nis pergi dulu. Hari ini ada shooting dekat outdoor."

Tan Sri Eldrin mengangguk kepalanya.

"Hati-hati, Nis."

"Daddy pun."

"Cik Mah! Tolong jagakan Daddy dengan mama eh." pintanya.

"Baik, Cik Nisa."

"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Bye, Dy."

"Bye,"

•••••

PAGI itu, riuh dengan suara-suara orang yang sedang berbual di dapur. Bella dan Aryssa serentak bangun dari tidur namun malangnya mereka terbangun lewat.

"Hai... Cik puteri? Baru bangun?" sindir Harraz Darwish, abang sulung Haykal dan juga merupakan cucu sulung keluarga Edward.

Aryssa dan Bella sama-sama menjeling tajam. Nasib hanya mereka sepupu sepapat sahaja berada di situ termasuk cucu menantu Tuan Edward.

"Amboi! Tajam jelingan tu," usik Mikaeyl.

"Kalau sehari tak cari pasal tak boleh ke?" soal Aryssa. Geram pulak dirinya dengan sepupu sepapatnya.

"Tak, blerkkkk!" Mikaeyl menjelir lidahnya.

Baru sahaja Aryssa mahu menyerangnya. Haykal terlebih dahulu menahan dirinya.

"Kal, lepas la! Eieieie, tunggu nasib kau Mika!" geram Aryssa.

Tiba-tiba kedengaran deringan lagu Pretty Savage oleh Blackpink memecahkan suasana. Semua memandang ke arah Bella.

"What? Ni phone Rys la."

Aryssa yang tak jauh dari Bella terus ke tempat Bella. Dia lupa Iphonenya bersama Bella. Aryssa melihat nama di display. Berkerut dahinya melihat nama itu?

"Oi! Jawab aje la, bakal suami call tu?"usik Bella.

Aryssa menjeling tajam. Tak menunggu lama, kakinya di atur langkah ke halaman rumah main villa. Dia tak mahu perbualan di dengari oleh sepupu sepapatnya.

"Hello?" sapa Ashraff sebaik panggilan di sambung

"Hmm, nak apa?"

"Tak ada apa. Saja tanya. You okay?"

"Okay? Urghh, boleh la walaupun ada orang tu merosak mood." adu Aryssa tanpa sengaja.

"Siapa?"

"Mika."

"Ouhh, biasa la tu. Dia memang," selamba Ashraff mengutuk sepupunya.

"Hmmm, kenapa call?" tanya Aryssa. Sejujurnya, dia masih terkejut dan pelik kenapa Ashraff menelefonnya pada lewat pagi ini.

"Nak ajak keluar? Boleh?"

"Bila? Tapi Imasih ada main villa," beritahu Aryssa.

"Night? Tak apa, nanti I pickup you dekat sana."

"Okay."

Tanpa memanjangkan perbualan, Aryssa terus mematikan panggilannya. Malas rasanya dia mahu keluar dengan Ashraff. Tapi kalau tak keluar, nanti dia pula kena tempias.

.....

p/s : sorry, bab ni bosan sikit.

Aryssa Where stories live. Discover now