"Oh really? Kau jangan nak cabar aku. Kau tak kenal siapa aku."

"Kau bukan seseorang yang penting untuk aku kenal."

"Kau memang tak sayang nyawa kan?" Dragon memandang tajam Nadine yang masih selamba. Banyak mulut betul isteri Emir ini! Ada saja benda yang mahu dijawabnya!

Nadine diam tidak membalas. Bangang punya soalan. Mestilah aku sayang nyawa aku!

"Kalau kau tak nak pilih. Biar aku yang pilihkan untuk kau. Aku pilih... Bunuh dua-dua." Dragon pecahkan suasana yang hening tadi. Dia kembali kepada topik asal mereka. Dragon senyum jahat melihat wajah Nadine sudah seperti hilang darah. Jangan main-main dengan akulah perempuan!

"K-kau tak akan dapat bunuh Emir."

"Kenapa pula? Peluang dah ada kut! Sekejap lagi confirm Emir datang untuk selamatkan bini dia yang dah hilang entah ke mana selama dua bulan ini."

Nadine terkedu. L-lelaki ini... Tahu dia lari dari Emir?

"Dan masa itu... Aku nak kau buka mata kau besar-besar, tengok macam mana laki kau mati depan muka kau. Kau tak lupakan apa yang aku cakap tadi? Tangan ini..." Dragon menyentuh lembut tangan Nadine yang terikat di belakang kerusi dan tersenyum sinis. Dia dekat bibirnya di telinga Nadine.

"Yang akan bunuh Inspektor Emir Luthfi."

Bam! Bam! Bam!

Dragon dan Nadine pantas menoleh ke satu pintu yang sedang dihentak kuat dengan sesuatu. Senyuman Dragon melebar. "Tak sangka secepat ini dia jumpa kau! Mesti dia tak sabar nak tengok isteri dia ini kan?"

Bam! Bam! Bam!

Dragon beralih ke belakang Nadine dan membuka ikatan tali di tubuh dan tangan Nadine. Nadine telan air liur. Matanya berair melihat pintu yang sudah hampir pecah akibat hentakan dari luar.

Selesai membuka ikatan tali di tubuh dan tangan Nadine, Dragon terus menarik Nadine supaya berdiri dan tangannya melilit di bahu Nadine. Nadine hanya mampu diam dan tidak melawan. Air matanya menitis apabila Dragon mengeluarkan sepucuk pistol di belakang pinggang dan pistol itu ditarik picunya sebelum diberikan pada Nadine.

Apabila Nadine tidak menyambut hulurannya, tangan Dragon turun meletakkan pistol itu tangan Nadine yang kekal berada di sisi. Dia menggenggam erat tangan Nadine yang sedang memegang pistol dan tangan itu diangkat. Muncung pistol dihalakan ke hadapan.

Bam!

Serentak itu juga pintu berjaya dirempuh dari luar dan empat orang jejaka yang gagah berpakaian keselamatan khas untuk polis-polis  berlari-lari ke arah Dragon sambil menghalakan pistol.

Mereka berempat tersentak dan berdiri tidak jauh dari Dragon dan Nadine yang sedang menghalakan pistol pada mereka atau lebih tepat lagi pada Emir.

Air mata Nadine menitis apabila matanya bertembung dengan mata tajam Emir. Kalau tanpa tangan Dragon yang memegang utuh tangannya pasti pistol itu sudah jatuh ke lantai. Dia tidak kuat melihat renungan dingin Emir.

Seumur hidup dia, dia tidak pernah lihat sepasang mata itu menjadi dingin. Dia hanya lihat sepasang mata itu merenung hangat kepadanya. Bila dia lihat Emir dan tiga lagi anggota polis seakan-akan menghalakan pistol ke arahnya dia jadi gerun.

"Dragon! Serahkan diri! Tempat ini sudah di kepung!" pekik Hayder memandang tajam ke arah Dragon yang berada di belakang Nadine. Emir hanya diam dan merenung tajam Dragon yang sedang memeluk bahu Nadine dari belakang.

Dragon tidak peduli dengan kata-kata Hayder dan merapatkan bibirnya di telinga Nadine. "Bunuh dia."

Tangan Nadine terketar-ketar memegang pistol itu. Dia tidak peduli dengan tiga lagi anggota polis yang dia hanya peduli adalah Emir. Pistol Emir seakan-akan terarah padanya. Mereka memang saling mengacukan pistol kepada masing-masing. Atau Nadine saja yang silap?

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now