"Atuk dengan Nenek ada sini,"

Aryssa kelu.

"Huh? Terkejut?" sindir Akmal.

Aryssa menjeling sepupunya itu. Pintu biliknya ditolak. Akmal dan Haykal saling berpandangan.

"Kenapa dengan cousins kesayangan kau tu?" soal Akmal, pelik.

"Hello? Dia bukan cousins kesayangan aku aje okay, kau pun sama." perli Haykal sebelum berlalu ke biliknya.

Akmal memerhati dua sepupunya itu sudah masuk ke bilik masing-masing. Haih, nasib la sepupu. Kalau tak, memang dah melayang mereka berdua dia campak ke tasik.

•••••

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi notifications dari telefon pintar mula merimaskan dirinya untuk melakukan kerja. Telefon pintar dicapai. Dia membaca satu per satu perbualan yang di hantar oleh seluruh ahli keluarga itu.

"Macam tak ada hari lain aje nak mesej." Omelnya, perlahan.

Tanpa rasa bersalah, selamba dia mematikan telefon pintarnya. Malas dia mahu layan mesej-mesej dari sepupu-sepupunya itu.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk," laung Aryssa dari dalam.

Dan seperti dia jangka, Haykal pasti datang ke biliknya.

"Off phone kenapa?" soal Haykal.

"Battery habis. Kenapa?" tipu Aryssa.

"Weekend ni, atuk dengan nenek nak jumpa. Kat main villa."

Aryssa mengeluh perlahan. Dia paling tak gemar saat atuk dan neneknya mengarahkan mereka ke sana.

"Pasal apa pulak kali ni?" rungut Aryssa.

Haykal menjungkit bahunya.

"Kalau bukan masalah sekali pun tetap Atuk dengan Nenek nak jumpa,"

Aryssa diam. Ya, atuk dan neneknya pasti akan tetap jumpa mereka walaupun tiada masalah besar timbul.

"Kau rasa Annissa ada ke?"

"Ada atau tak. Kau tu wajib ada sebab kau tu cucu kandung bukannya cucu tiri,"

Aryssa mencebik menyampah.

"Tengok la, kalau aku tak busy aku pergi. Kalau busy, sorry la... Maybe next time,"

Haykal mengeluh perlahan. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai Aryssa yang tidak mahu ke main villa.

•••••

MALAM itu, Ashraff, Haykal dan Mikaeyl lepak di mamak. Kenapa mamak? Sebab mereka tiada mood untuk lepak di tempat bising. Tambahan malam ini ada perlawanan bola. Jadi mereka membuat keputusan untuk lepak di mamak malah Akmal juga turut mengikut mereka memandang mereka sememangnya kawan sejak zaman sekolah.

"Bila kau balik Malaysia?" soal Ashraff.

Terkejut dirinya, bila kawan lamanya menetap di England. Kini, sudah pulang ke tanah air.

"Baru beberapa hari lepas. Kau amacam? Sihat? Ke dah kahwin?" usik Akmal.

"HAHAHAH, macam tu la sihatnya. Kahwin? Ermmm, entah la. Jodoh tak ada kut," sengaja Ashraff tidak memberitahu kawan-kawannya tentang perancang keluarganya ingin menjodohkannya dengan sepupu mereka.

"Punya handsome macam ni, takkan la siapa tak nak?" Duga Akmal.

"Eleh, cakap orang. Kau tu? Dah berpunya ke?" Celah Haykal. Geram pula dia dengan sepupunya itu.

Akmal mendabik dada. Bangga. Heleh, ni Akmal Luqman lah.

"Tengok orang la. Of course ada, dia ada kat main villa dengan nenek."

"Ceh, siap bawa sekali turun Malaysia. Ingatkan tinggal kat England tadi." tutur Mikaeyl.

"Mana boleh tinggal. Kena kebas siapa nak tanggung? Kau?"

Ashraff hanya menggeleng kepala melihat telatah rakan-rakannya. Ada saja hendak digaduhkan.

"Yang kau dah tergeleng kenapa?" tanya Haykal.

"Ha? Tak ada apa. Biasa la, penat. Busy,"

"Ermmm, kau pun jangan la workholic sangat. Macam mana nak cari jodoh kalau duk melekat office." nasihat Akmal.

"Cakap orang, dia pun sama." sampuk Mikaeyl.

"Sekurangnya aku ada girlfriend. Dari kau?" ujar Akmal tak mahu kalah.

Mikaeyl menjeling mata menyampah. Susahlah haih ada sepupu kuat menganjing nu.

"Eh, by the way, hujung minggu ni datang la main villa. Atuk dengan nenek buat kenduri doa selamat, dia ada pesan suruh ajak kau sekeluarga." jemput Akmal kepada Ashraff.

"Tengok la, itu pun kalau tak busy." balas Ashraff acuh tak acuh.

"Eh, busy ke tak. Kau datang juga, dah la Rys tak nak balik sana. Puas aku pujuk, tapi apa yang dia balas,"

"Nantilah. Busy. Malas. Tu je la alasan dia." bebel Haykal.

Mikaeyl mengangguk kepala setuju. Memang sudah masak akan alasan yang diberi oleh Arysaa.

Ashraff mengerut dahi pelik. Kenapa Aryssa tak nak pulang ke rumah agam itu sedangkan Ashraff sendiri tahu betapa penting pengumpulan ahli keluarga Tuan Edward setiap tahun.

"Kenapa Rys tak selalu pergi sana ke?" soal Ashraff.

Terkejut Ketiga-tiga sepupu itu memandangnya ke arahnya dengan pandangan pelik. Yalah, Tiba-tiba saja rakannya itu hendak ambil peduli tentang Aryssa.

Siapa aje tak rasa pelik?

"Kenapa kau nak tahu?" tanya Haykal.

Ashraff jungkit bahu tidak tahu. Dia pun tiada sebab mahupun alasan hendak beri kepada tiga orang rakannya.

"Hmm, dulu masa arwah Mak Ngah ada, dia rajin lah juga datang, tapi sejak arwah Mak Ngah tak ada, memang dia tak pernah jejak langsung ke main villa." cerita Haykal menutup kisah sebenar.

"Sebab?"

"Itu aku tak tahu, tapi apa yang aku tahu ada seorang cousins perempuan ni memang rivals dengan dia."

"Rivals?"

.....

*** maaf jika bosan !

Aryssa Where stories live. Discover now