Ashraff pula seakan sudah mati akal. Melihat kesungguhan Tengmu Syahirah mahu bermenantukan Aryssa membuatkan dia serba salah.

Tiba-tiba telefon pintar miliknya menjerit meminta untuk dijawab. Namun dahinya mengerut pelik saat melihat number di skrin telefon pintarnya.

"Siapa call ?" tanya Tengku Syahirah ingin tahu.

"Kawan. Kejap, Raff jawab." pamit Ashraff berlalu ke kolam renang di luar rumahnya.

Tengku Dani dan Tengku Syahirah hanya memandang pemergian anaknya itu.

"Hello?" sapa Ashraff sebaik button hijau diseretnya.

"Ashraff? Is you?"

Ashraff melihat telefon pintar dengan riak wajah tidak percaya. Telinganya dia tidak salah dengar kan?

"Hello?"

"Yes, Ashraff speaking. Who is this?" tanya Ashraff kepastian.

"Ehermm. Aryssa." jawab suara pemanggil itu.

"Ouh, why?"

"Boleh kita berjumpa?"

"Jumpa? Mana?"

"Del Luna Cafe."

"Okay, wait for fifteen minutes."

Ashraff terus mematikan panggilannya. Kakinya terus melangkah ke arah kedua-dua ibu bapanya.

"Angah, keluar kejap. Nanti kita sambung," terus Ashraff naik ke atas dan bersiap.

•••••

DEL LUNA CAFE

ASHRAFF masuk ke cafe. Matanya melilau mencari seseorang yang dia kenali.

"Lama sampai?"

"No really. Maybe two or three minutes," jawab Aryssa selamba.

Ashraff mengangguk kepala lalu tarik kerusi dihadapannya.

"So... Kenapa nak jumpa?" soal Ashraff.

Aryssa diam. Huh, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia mahu berjumpa dengan lelaki ini. Sedangkan dia tahu apa akan berlaku kepada mereka berdua nanti.

"Aryssa..."

"Arys,"

Aryssa tersentak. Matanya memandang wajah Ashraff.

"Let's shut up our family personal." tutur Aryssa.

Ashraff kerut dahi tidak faham.

"Means?"

"Kita kahwin,"

Seakan ada sesuatu jatuh diatas kepala Ashraff. Dia memandang Aryssa tidak percaya. Betul kah gadis ini sudah melamar dirinya... Atau sebenarnya ini mimpi?

"Sorry, you tak main-mainkan? Perkahwinan ni bukan benda mainan, Miss Aryssa." ujar Ashraff tegas.

"Kalau I main-main. Dah lama I ajak Dayyan kahwin pondok-pondok dengan I," balas Aryssa geram. Sebal pula lelaki itu mengatakan dia sedang bermain tentang hal kahwin.

Ashraff memandang wajah Aryssa. Dia tahu Aryssa tak bermain tapi dirinya? Mampukah hendak membawa semua tanggungjawab yang diberi?

"Bagi I masa. Apa-apa nanti I contact you semula."

Aryssa mengangguk perlahan. Dia tak memaksa. Sungguh dia pun tak kuat apabila abangnya mencadangkan perkahwinan pada dirinya.

Ashraff memandang gadis itu. Dia tahu kalau hari tu tak terjadi, mungkin dia dan Aryssa takkan terikat sebegini. Namun apakan daya, Allah itu maha mengetahui.

"Tapi I ada satu rahsia yang tiada siapa tahu termasuk keluarga I." ujar Ashraff tiba-tiba.

Aryssa memandang wajah Ashraff.

"Rahsia?"

"Ya, rahsia. Dan rahsia tu I akan bagi tahu bila kita berdua dah kahwin."

•••••

"APA? Bonda tak dengar. Kamu cakap apa tadi?" Sengaja Tengku Syahirah meminta anaknya ulang semula percakapan. Dia seakan tak percaya bahawa perkara itu akan berlaku.

"Kita teruskan dengan rancangan walid dan bonda." kata Ashraff tenang.

Tengku Syahirah mengucap syukur kerana anaknya masih terbuka hati untuk menerima orang lain di dalam hatinya. Dia tahu susah anaknya mahu menerima seseorang tapi dengan kehadiran Aryssa. Dia nampak perubahan anak lelakinya.

"Dalam seminggu dua ni, kita hantar rombongan meminang dan tunang ya." ujar Tengku Syahirah, teruja.

Ashraff hanya diam. Dia ikut sahaja perancangan bondanya. Kalau itu yang terbaik, apa salahnya?

.....

Aryssa Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang