"Ouh, that time. I baru masuk semester baru and tak sempat nak balik Malaysia untuk tengok abang Rian nikah. So, I beri restu aje la. Lagi pun, Kak Fa dengan Abang Rian dah lama berkenalan. And, I yakin Kak Fa boleh jaga Abang I dengan baik."

Ashraff mengangguk faham. Mendengar kata - kata dari Aryssa membuatkan dia yakin bahawa kakaknya pasti menjaga hubungan keluarga itu dengan baik.

Sedang Ashraff dan Aryssa berbual. Dayyan muncul secara tiba -tiba lalu menolak tubuh Aryssa. Ashraff yang melihat aksi itu laju tangannya menarik tangan Aryssa lalu tarik tubuh Aryssa ke pelukannya.

"Ops! Sorry," ujar Dayyan tanpa rasa bersalah lalu berlari ke dalam rumah.

Ashraff memandang seraut wajah Aryssa. Bermula dari mata hazel gadis itu, bulu mata, hidung dan berakhir dengan bibir membuatkan dia terpegun seketika. Buat pertama kali, detak jantungnya seakan ingin keluar dari tempatnya.

"Ehem, lama lagi ke, ngah?" tegur seseorang.

Seakan kembali tersedar dari dunia nyata. Pantas dia menjauhkan jaraknya dari Aryssa. Ashraff berdehem seketika.

Aryssa memandang wajah kakak iparnya seketika sebelum masuk ke dalam rumah. Terasa bahang pipinya.

"Along buat apa dekat sini?" Tak mahu rasa kekok di antara dua beradik, Ashraff terus menyoal. Tangannya naik mengusap lehernya.

Tengku Arfa menayang sengihnya. Melihat adiknya malu membuatkan dia ingin mengusik adiknya itu. Bukan selalu dia nampak adiknya malu - malu.

"Elelele, malu ke tu?" usik Tengku Arfa.

Ashraff memandang kakaknya itu. Haih, nampak sangat ke mukanya bertukar merah?

"Ingat kan datang sini nak sembang dengan kau. Ceh, alih - alih dapat adegan tak berbayar pula dari kau." sindir Tengku Arfa.

"Tak sengaja la, Long. Anak along tu, main tak tengok orang. Nasib sempat sambut. Kalau tak, lencun dah, adik ipar along tu." Ashraff memberi alasan.

"Kalau dah suka, apa salahnya kamu mencuba? Lagi pun, akak yakin yang abang Rian mesti okay, kalau kamu kahwin dengan Aryssa." ujar Tengku Arfa.

Ashraff meraup wajahnya perlahan. Kata - kata kakaknya itu bermain di dalam fikirannya. Sukakah dia dengan Aryssa? Tapi mendengar detak jantungnya tadi.

"Haih, jangan nak mengarutlah Ashraff. Entah - entah muka kau pun dia tak pandang," Ashraff menggeleng kepala perlahan. Mata dipejam rapat. Dia ada kerja yang perlu dilakukan esok.

Namun dalam masa yang sama,

"Rys dah tidur?" tanya Tengku Arfa sebaik dirinya naik ke atas katil. Wajah suaminya yang sedang bermain telefon pintar dipandangnya.

"Dah la kut. Kenapa? Awak ada nak cakap apa - apa dekat dia ke?" Iphone di letak diatas night stand lalu menarik selimut hingga ke paras pinggang. Wajah isterinya dipandang.

"Erm, tak. Fa, saja aje tanya abang. Mana la tahu Rys ada bagi tahu abang sesuatu ke?" Tengku Arfa memberi kata kunci kepada suaminya.

Berkerut dahi Edrian melihat isterinya.

"Sesuatu? Maksud sayang?" tanya Edrian. Terbit rasa ingin tahu tentang adik perempuannya itu.

"Pasal dia dengan Ashraff?"

"Ashraff? Adik sayang tu ke?" tanya Edrian ingin kepastian.

Tengku Arfa tidak menjawab lalu mengangguk kepalanya perlahan.

"Kenapa? Ada sesuatu yang patut abang tahu ke?" tanya Edrian. Tiba - tiba dia ingin tahu tentang hubungan adiknya bersama adik iparnya itu.

"Erm, nanti abang tahulah. Sekarang, tutup lampu, saya nak tidur." ujar Tengku Arfa memberi arahan kepada suaminya.

Edrian memandang wajah isterinya. Meski, dia tertanya. Namun, tangannya tetap akur menutup lampu untuk isterinya.

•••••

MESYUARAT yang sedang terbentang di hadapan. Langsung tidak menarik perhatian Ashraff fokus pada kerjanya. Mikaeyl yang perasaan akan renungan Ashraff jauh dari nyata, tanpa teragak - agak menampar sedikit pipi Ashraff.

Ashraff tersentak. Matanya memandang wajah Mikaeyl yang langsung tak rasa bersalah selepas menampar pipinya walaupun tidaklah sekuat mana.

"Asal?"

"Kau tu yang asal? Kenapa? Ada problem ke?" tanya Mikaaeyl.

"Tak. Aku..."  Ashraff menggeleng perlahan kepalanya. Jauh sangat ke, dia termenung hingga Mikaeyl perasaan akan renungannya.

"Jadi, ada apa-apa tambahan? Tengku?" tanya pekerjanya sebaik selesai pembentangan.

Ashraff mengangkat wajah mrmandang wajah pekerjanya lalu kepala di gelengnya perlahan. Haih, dia tak boleh teruskan kerja. Dia perlukan rehat.

"Kita bersurai dulu. Nanti pasal pembentangan kita ini, saya akan panggil semula awak semua. Sorry, saya kurang sihat sikit." Ashraff memberi alasan.

Pekerja-pekerja yang berada di situ mengangguk kepala faham. Pantas, mereka bergerak meninggalkan bilik mesyuarat. Mikaeyl memerhati setiap seorang pekerja meninggalkan bilik itu sebelum matanya terarah kepada Ashraff.

"Kau okay tak?"

"Okay. Aku okay, cuma..."

"Tengku," panggil seseorang memanggil mereka berdua.

Serentak, Mikaeyl dan Ashraff mendongak memandang figura yang menegur mereka.

"Hmm, Fahim, macam mana? Ada apa-apa perkembangan yang Raff suruh awak ikut?" soal Mikaeyl. Sesekali matanya memandang Ashraff yang seakan kurang sihat itu.

"Ada. Setakat ni, dari apa yang saya tahu. Annissa Husna merupakan anak tiri kepada salah seorang ahli koporat terkenal. Dia juga mempunyai kembar tapi malangnya kembarnya mati bunuh diri dan dia cuba rapat dengan Tengku sebab dendam kembarnya."

"Wait! Kembar? Annissa ada kembar?" tanya Ashraff terkejut. Jelas dia tak tahu bahawa Annissa mempunyai kembar. Dua tahun berhubungan. Dia tak pernah ambil tahu tentang Annissa.

"Kau tak tahu hal ni ke?" soal Mikaeyl. Terkejut. Sejujurnya, dia juga turut terkejut mengetahui Annissa miliki kembar.

"Tak. Aku tak tahu langsung, tapi siapa kembar Annissa? Apa kena mengena kembar Annissa dengan aku?" Ashraff berterusan menyoal. Sungguh dia tak sangka bahawa selama ini Annissa rapat dengannya kerana dendam atas kematian kembarnya.

Tapi siapa kembar, Annissa?

....

Aryssa Donde viven las historias. Descúbrelo ahora