Terjungkit kening Aryssa mendengar pengakuan berani Izzat. Scandal?

"Wow! Dah berapa lama kau dengan dia? Ashraff? Dia tahu ke?" soalnya, seakan menyindir. Jika Ashraff belum tahu, sudah pasti dia yang akan beritahu Ashraff tentang hal ini.

"Ashraff tahu. Semalam hubungan kami terbongkar and Ashraff minta putus dengan dia time tu juga. Kita orang dah kenal dalam setahun dua? Entah, aku tak ingat tapi yang pasti aku sayang dia."

Terlepas tawa Aryssa mendengar pengakuan cinta Izzat kepada Annissa. Kenapalah dalam banyak - banyak perempuan. Kawannya boleh terpikat dengan kakak tirinya?

"Kenapa? Salah ke, aku suka dekat dia?" soal Izzat tatkala sedar Aryssa seakan menyindirnya.

"No! Aku tak kata salah. Tu lumrah kau suka pada seseorang. Cuma tak sangka yang kau suka dekat dia."

"Ya. Aku tahu tu. Tapi aku datang sini jumpa kau sebab aku nak beritahu kau yang Annissa ada dendam dengan Ashraff." sambung Izzat.

Terjongket kening Aryssa mendengar. Dia tak salah dengar kan? Annissa berdendam dengan Ashraff? Tapi kenapa?

"And aku nak kau berjaga - jaga juga. Sebab Puan Sri Amylia dah mula rancang nak jatuhkan kau dan abang-abang kau."

Sungging bibir Aryssa mendengar sebaris nama yang dia benci itu.

Puan Sri Amylia.

Sejujurnya, dia tidaklah kesah sangat tentang Annissa. Tapi Puan Sri Amylia? Ya. Kerana wanita itu, dia kehilangan seorang insan yang dia kasihi.

"It's okay. Thanks beritahu aku." lebar bibir Aryssa mengukir senyum.

"Tapi aku nak pesan dekat kau untuk hati - hati dengan aku juga."

"Maksud?" Berkerut dahi Aryssa mendengar bicara Izzat.

"Sebenarnya... Aku ada janji dengan Annissa yang aku akan tolong dia balas dendam dekat kau dan Ashraff."

"What?! Aku tak salah dengar kan? HAHA..." Aryssa ketawa hambar dihujung ayatnya. Matanya memandang seraut wajah Izzat.

"Rys... Aku tahu kau tak percaya. Tapi tolonglah, aku rasa kali ini Annissa tekad nak jatuhkan kau dan Ashraff. Mungkin dia akan buat sesuatu yang bakal memalukan kau dan Ashraff? Who knows?" ujar Izzat memberi amaran.

Aryssa gelenf kepalanya perlahan. Tak. Dia tak rasa bahawa Annissa akan melakukan perkara itu kepadanya, tapi Ashraff. Mungkin?

"Dia takkan berani jatuhkan aku. Tapi pada Ashraff, aku rasa ya."

"Macam mana kau boleh yakin, Rys? Aku..."

"Annissa, kakak tiri aku, Izzat." potong Aryssa.

Izzat kelu. Matanya berkerdip memandang seraut wajah Aryssa.

"Takkan lah..."

"Yeah, mungkin benda ini aku tak pernah beritahu pada orang dan aku pun baru tahu hal ini time dia nak bunuh aku dan Athrien. Sebenarnya, dia terpaksa aje. Tak pernah terdetik pun dalam hati dia nak bunuh aku. Tapi Ashraff... Tu aku tak tahu," terang Aryssa memberitahu perkara - perkara yang dia tahu.

•••••

USAI bertemu dengan Izzat. Aryssa memutuskan untuk bertemu dengan sepupunya, Haykal. Dia harus tahu sesuatu tentang berkaitan hubungan Ashraff dan Annissa. Tambahan, dia juga ada urusan lain yang ingin berbual dengan sepupunya itu.

" Assalammualaikum!" laungnya lantang seolah rumah itu miliknya. Seperti biasa, rumah sepupunya itu umpama rumahnya juga.

" Wa alaikumsalam. Eh, Arys!" Terkejut wajah Puan Sri Aida apabila rumahnya ditandang oleh seseorang yang sudah lama tidak bertemu dengannya.

Aryssa Kde žijí příběhy. Začni objevovat