"Saya masuk dulu." Laju kaki Aryssa melangkah masuk ke bilik sepupunya tanpa mengetuk pintu.

•••••

HAYKAL memandang tajam sepupunya yang seakan jakun melihat dekorasi pejabat miliknya. Kepala di geleng perlahan melihat sepupunya yang keras kepala itu. Dia tak tahulah bagaimana gadis itu boleh berada di sini. Sumpah, dia seperti mahu cekik sepupunya itu.

Suka betul bagi kejutan kepadanya.

"Bila kau sampai Malaysia?" soalnya.

Namun, Aryssa masih dengan dunia dirinya. Dia sedikit terpegun dengan dekorasi bilik Haykal. Cantik. Nampak aesthetic gitu.

"Aryssa Elenna..."

"Kejaplah. Aku tengah teruja tengok bilik kau ni!" kata Aryssa. Matanya tidak lekang dari melihat dekorasi bilik sepupunya.

Haykal yang tidak dapat tahan sabar dengan sepupunya. Terus bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke Aryssa lalu mengetuk kepala sepupunya itu.

"Haykal!" Lantang suara Aryssa menjerit seraya mengusap kepalanya yang menjadi tempat ketukan Haykal.

"What? Aku tanya kau bila sampai Malaysia? Kau yang tak nak jawab. So?" Haykal membalas tanpa rasa serba salah.

"Ya. Aku tahu salah tapi sabarlah. Aku tengah teruja kut."

"Tak salah cuma..."

"Ya! Ya. Tiga hari lepas. Puas?" jawab Aryssa, menyampah. Sejujurnya, dia malas nak dengar bebelan sepupunya yang satu itu.

"Tak. Kau memang tak reti nak bagi tahu aku dulu ke, nak balik Malaysia? Nasib aku perasaan kau kat bawah tadi. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi dekat kau. Dan kau tak takut ke, kalau Pak Ngah nampak kau?"

Aryssa memandang Haykal tanpa sedikit pun rasa takut jika bertemu dengan ayahnya. Kalau betul mereka bertemu sekalipun, adakah ayahnya masih ingat akan dirinya?

"Drop that topic. Aku tak nak cakap apa-apa berkaitan dengan dia. Lagipun, dia tak ada dekat Malaysia kan? So, buat apa nak takut?" ujar Aryssa dengan yakin.

"Mana kau tahu?"

"Cik Mah. Dia yang beritahu aku semalam. Aku jumpa dia dekat rumah Pak Ngah." tutur Aryssa, selamba.

Terbeliak mata Haykal mendengar bicara Aryssa. Sungguh dia tak sangka, Aryssa kian berani.

"K-au, kau pergi rumah Pak Ngah semalam? Then, kau jumpa tak dengan ... ?" Haykal tidak meneruskan ayatnya kerana dia yakin Aryssa faham akan perkataan kosong di hujung ayatnya.

"Jumpa. Silap aku tak tangkap gambar muka buruk dia. Kalau tak, dah viral muka dia, aku sebarkan." Geram Aryssa apabila mengingat semula kejadian semalam. Haih, itu baru sikit dia beri amaran. Tengoklah, tak lama lagi dia akan pastikan hidup Puan Sri Amylia menderita.

"Wow! Tak sangka kau berani sekarang eh? Tapi kau balik sini Abang Rian dengan Ryl tahu ke? Nanti tak fasal naya aje, macam tiga tahun lepas."

"Tahu. Lagipun, dia orang yang suruh aku balik Malaysia dulu. Lagipun, aku ada dengar yang mereka cuba nak beli share Eldrin's Architect."

Haykal mengangguk kepala, mengiyakan apa yang dikatakan oleh sepupunya. Dia juga ada mendengar perancangan dua abang sepupunya itu dari ayahnya.

"Yup. Plus, syarikat ni hak milik kau orang tiga beradik. Bukan Annissa atau Puan Sri Amylia. Milik kau orang. Jadi, memang patut pun Edrian dan Edryl beli share milik Eldrin's."

"Terlanjur sebut nama dia. Kau... Ada jumpa dia ke semalam?" sambung Haykal. Matanya memandang wajah sepupunya itu.

"Ermm, macam mana aku nak cakap eh? Jumpa, tapi tak tegur sebab aku tak nak dia tahu bahawa aku masih hidup."

•••••

NAFAS dihela berat. Kertas kerja yang masih banyak di atas meja membuatkan dirinya sedikit penat. Sejak perlantikannya, sebagai CEO, beberapa tahun lalu, menyukarkan dia untuk membahagikan masa dengan baik. Dia akui menjadi anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Tidak mudah untuk dia pikul.

Telefon pintar miliknya dicapai lalu membuka skrin telefon pintarnya. Jam juga sudah menginjak waktu ke makan tengahari tapi melihat kerjanya yang masih banyak membuatkan dia terbantut untuk keluar makan.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk,"

Serentak itu, pintu kayu itu terkuak dengan luas. Mikaeyl melangkah masuk ke bilik sepupunya. Matanya memandang kertas kerja sepupunya yang masih banyak.

"Raff, jom!" ajak Mikaeyl selamba seolah tidak nampak kertas kerja yang banyak di atas meja sepupunya.

Ashraff mengangkat wajah memandang Mikaeyl. Keningnya dijongket sebelah pelik dengan ajakan selamba sepupunya itu.

"Jom ke mana? Aku sibuk la." Ashraff menolak. Takkanlah, Mikaeyl tak nampak dia begitu sibuk sekarang.

Mikaeyl menarik muka masamnya. Ashraff dengan kerja, memang tak boleh dipisahkan. Nasiblah, siapa jadi isteri Tengku Danial Ashraff.

"Lunch lah. Kal, call aku ajak kau makan sekali. Dia belanja." beritahu Mikaeyl.

"Alaaa, next time la. Aku busy ni," kali kedua Ashraff menolak. Jujur, dia memang sibuk tika ini.

"Aahh kau punya next time jangan menyesal eh. Haritu, beria. Kata nak jumpa cousin aku yang duduk dekat Italy. Bila dia ada sekali, nak makan lunch dengan kau. Kau pulak tolak. Nanti jangan cakap aku tak ajak kau eh," ugut Mikaeyl lalu melangkah keluar dari bilik sepupunya.

Namun baru beberapa langkah keluar ke bilik. Mikaeyl seakan teringat sesuatu.

"Bila masa aku ..."

"Tadi kau kata nak jumpa sepupu kau kan? Jom!" Ashraff segera melangkah masuk ke elevator. Dia memandang Mikaeyl yang bingung dengan dirinya.

"Cepatlah, Mikaeyl oit!" panggilnya.

Mikaeyl seakan sedar dengan panggilan namanya segera melangkah masuk ke elevator. Dia memandang wajah sepupunya yang tiba-tiba hendak bertemu dengan sepupunya itu.

Demam ke?

Atau dia ada salah kata kepada playboy ini?

.....

Aryssa Where stories live. Discover now