Sisa Rasa Yang Tertinggal - Bab 4

12 1 0
                                    

TIGA bulan berlalu dengan pantas. Tak sedar dia sudah lama tinggal di bandar Kuching. Selain menulis, dia juga bekerja sebagai jurugambar. Hampir setiap hari dia sibuk menyempurnakan tugasan yang diberi.

Dia sekarang sudah diberi kemudahan kereta oleh pihak syarikat. Mudah untuk dia bergerak ke mana-mana. Selama dia tinggal di sini, sudah banyak daerah yang dia pergi untuk mendapatkan berita. Dalam masa yang singkat juga dia sudah menguasai sedikit sebanyak bahasa dan dialek Sarawak.

Dia perasan, ada juga orang-orang di sini tak mudah menerima orang Semenanjung. Tapi pelik juga apabila dia mendapat tahu ramai gadis yang berkahwin dengan askar berasal dari sana.

Hari ini dia perlu singgah ke bandar untuk mencuci gambar. Begitulah rutin kerjanya setiap hari. Dia memandu menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Di situ terdapat sebuah kompleks membeli-belah yang terkenal di Kuching.

Hasnan menyerahkan filem yang perlu dicuci.

"Tunggu satu jam ya," kata pemilik kedai itu.

Hasnan mengerling ke arah jam tangannya.

"Tak boleh cepat sikit ke?" Walaupun dia tidak sibuk, agak lama juga masa yang perlu dia tunggu.

"Banyak lagi gambar lain nak dicuci. Saya cuba siapkan cepat."

Terpaksalah Hasnan bersetuju. Sementara menunggu gambar tadi siap, dia berjalan di kawasan itu. Ada sungai di sebelah jalan. Malah banyak juga perahu penambang di situ bagi yang hendak menggunakan pengangkutan air. Walaupun sudah tiga bulan berada di Kuching, dia belum berkesempatan untuk menaiki perahu penambang tersebut.

Lagipun dia lebih sukamenggunakan jambatan yang merentangi Sungai Sarawak jika ingin kekampung-kampung di seberang. Terdapat banyak kampung-kampung Melayu di sana. Disana juga terletaknya rumah Zaton.


Saat ini dia teringatkan gadis kecil itu. Agak lama mereka tak berjumpa selepas Hasnan berpindah ke bilik sewa. Cikgu Dali tidak lagi menghantar Zaton ke tempat kerja kerana keluarga itu sudah mempunyai pemandu sendiri.

Ikutkan hati, mahu saja dia bertanyakan tentang Zaton kepada Cikgu Dali. Tapi dia segan. Nanti apa pula yang dikatakan oleh lelaki itu. Senyuman dan lirikan mata gadis itu masih segar dalam fikirannya.

Hasnan tersenyum sendirian. Boleh pula dia teringat anak dara orang. Dia duduk di atas bangku kayu yang ada tersedia di situ.

Hotel-hotel mewah mulai membangun dengan pesat di kawasan ini. Tidak jauh dari situ terlihat Hotel Hilton yang megah berdiri. Satu-satunya hotel bertaraf empat bintang yang menjadi tumpuan para pelancong, ahli-ahli perniagaan dan juga orang politik.

Tiba-tiba anak matanya terpandang satu susuk tubuh seseorang. Dia kenal dengan baju kurung yang dipakai oleh gadis itu. Spontan Hasnan berdiri tegak.

"Zara Zaton!"

Terhenti langkah gadis itu. Dia menoleh ke sebelah. Mulutnya ditekup laju.

"Encik Hasnan..." Hampir tak terkeluar suara Zaton.

Lain betul penampilan lelaki itu sekarang. Bertambah kacak di matanya. Kulit hitam manis itu menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.

"Buat apa di sini?" soal Zaton.

"Saya ada kerja. Lama kita tak jumpa."

"Ya. Sejak encik tinggalkan rumah kami dulu, encik dah tak singgah ke rumah kami," balas Zaton sambil menunduk.

"Ermmm... mungkin sebab awak tak ajak saya," jawab Hasnan sambil tertawa kecil.

"Kalau ada yang menjemput, saya datang," tambah Hasnan dengan senyuman manis di bibir.

Sisa Rasa Yang TertinggalМесто, где живут истории. Откройте их для себя