Sisa Rasa Yang Tertinggal - Bab 6

6 1 0
                                    

HARI ini Hasnan dan Cikgu Dali ada tugasan di Sibu. Sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke Kuching. Keadaan cuaca yang buruk menyukarkan Hasnan memandu. Hujan pula semakin lebat.

Keadaan jalan juga sudah mula becak. Kawasan jalan raya di sini masih belum sempurna lagi. Ditambah pula laluan yang sempit membuatkan Hasnan terpaksa memberi tumpuan yang lebih ketika memandu.

"Awak okey tak?" soal Cikgu Dali.

"Okey. Jalan ni yang tak okey." Sudah beberapa kali kereta mereka meredah lubang di atas jalan yang rosak.

Agak lama juga Hasnan tidak memandu sejauh ini. Ketika di Semenanjung, dia lebih senang bermotosikal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Tetapi sejak bekerja di Kuching, dia terpaksa menggunakan kenderaan ini untuk ke mana-mana sekiranya ada tugasan.

"Eh... apa benda yang besar kat depan tu Hasnan?"

Tiba-tiba Cikgu Dali terjerit.

"Mana?"

Disebabkan hujan semakin lebat, agak sukar untuk dia melihat dengan lebih jelas. Bulat mata Hasnan apabila sedar ada sekumpulan kerbau di hadapan mereka. Spontan Hasnan menekan brek mengejut. Cikgu Dali tidak putus-putus berdoa dalam hati agar mereka berdua selamat.

Hasnan terpaksa pusingkan stereng kereta agar mereka tidak melanggar kumpulan kerbau itu. Tindakan lelaki itu menyebabkan kereta berpusing 360 darjah di tengah-tengah jalan tanah merah yang becak. Lumpur pekat berwarna merah memercik di sekeliling badan kereta yang dipandu Hasnan.

Kesudahannya, kereta ituterbabas di pinggir semak. Cikgu Dali beristighfar dan mengucap panjang.Dadanya diurut sedikit. Hasnan kaku beberapa saat setelah kereta itu berhenti.


Tiba-tiba dia terasa pedih di bahagian dahi. Mungkin ada luka di situ akibat hentakan di cermin kereta. Mujurlah dia memakai tali keledar. Kalau tidak, sudah tentu tubuhnya tercampak keluar.

"Allah! Dahi awak dah berdarah ni."

Hasnan sentuh dahinya dengan hujung jari. Ada kesan darah di situ.

"Sikit aje. Cikgu okey?" Hasnan toleh ke sebelah. Mujurlah lelaki itu tidak cedera.

"Jangan risaukan saya. Keadaan awak tu yang tak okey."

Cikgu Dali terpaksa berbohong. Sebenarnya dia sedikit pening dan dadanya terasa sakit akibat terhentak di dashboard. Spontan dia memegang dadanya.

"Cikgu! Kenapa cikgu?" Cuak Hasnan.

"Sesak nafas sikit..." jawabnya sambil cuba menarik nafas dengan tenang.

"Kita keluar dari kereta ni dulu." Hasnan pantas menolak pintu kereta di sebelahnya dan berusaha untuk keluar dari kereta. Dia bergerak ke bahagian belakang kereta dan mendapati badan kereta itu sudah kemik.

Cikgu Dali turut keluar dari kereta dan mendekati Hasnan. Mereka berdua berjalan ke arah jalan raya. Hujan masih tak berhenti. Kepala Hasnan mula berdenyut-denyut. Keadaan mereka berdua sudah basah kuyup.

Pandangan Hasnan semakin kabur. Dia sudah tidak mampu berdiri terlalu lama akibat rasa pening di kepala. Tubuhnya rebah di atas jalan yang berlumpur itu.

"Hasnan!"

SEDAR DARI pengsan, Hasnan sudah berada di hospital. Dia menerima rawatan di sana untuk memastikan tiada kecederaan dalaman.

Syukur dia tak perlu bermalam di sana. Hasnan dibenarkan balik selepas doktor mengesahkan keadaan dia baik-baik saja. Namun, Cikgu Dali masih risaukan keadaan Hasnan. Disebabkan itu, dia memaksa lelaki itu berehat di rumahnya.

Sisa Rasa Yang TertinggalWhere stories live. Discover now