Special chapter

1.2K 33 8
                                    

3 tahun kemudian, masih terasa kehilangan di dalam diri seorang suami yang kehilangan separuh jiwa dan raganya itu

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

3 tahun kemudian, masih terasa kehilangan di dalam diri seorang suami yang kehilangan separuh jiwa dan raganya itu. Dia jalani harinya dengan sangat sukar, kekuatan yang dia ada kini hilang tidak terlihat.

Selama 2 tahun juga satu persatu perkara yang dia ketahui dan dia lalui bersama anaknya, Zarith Alana. Hancur lebur hatinya apabila dia di beritahu punca sebenar kematian isterinya itu.

Bagaikan mimpi ngeri. Tidak percaya dia melihat bertapa kejinya seorang manusia yang diselubungi dendam itu sanggup membunuh nyawa yang tidak bersalah.

Salina, salinalah penyebab isterinya jatuh dari tangga dan pendarahan serta hentakan berlaku dan mengakibatkan isterinya meninggal dunia.

Selama itu dia menegakkan keadilan demi isterinya dan sepenuh hati dan tidak kesah berapa duit duit dia habis untuk memberi salina hukuman yang cukup setimpal.

Bersyukur dia sehingga bersujud kerana kes tersebut dimenangi oleh pihaknya sendiri dan apa yang dia lebih berpuas hati ialah salina mendapat hukuman penjara dan gantung sampai mati kerana membunuh dan bersekongkol dengan ibunya untuk membunuh ayla. Walaupun pada hari itu bukan rancangan asalnya tetapi dengan sengaja dia menolak isterinya itu sehingga jatuh ke tangga.

Dia tersenyum mengingatkan kembali perkara tersebut lalu lamunannya terganggu dengan tarikan yang lembut. Zaim memandang ke bawah dan tersenyum melihat anaknya itu.

"Ye sayang kenapa ni, anak babah nak apa hmm?". Zaim berbicara lembut dan mengangkat alana dan meletakkannya di pangkuan.

"Baba, titew nak andi oleh?". (Kita nak mandi boleh?) Alana berbicara dengan pelatnya.

Zaim tertawa kecil lalu mencium pipi mungil anaknya. "Anak babah dah tak selesa ye?. Jom kita mandi ye". Zaim mendukung alana dan membawanya ke bilik air untuk dimandikan.

Dia kemudian meletakkan anaknya di bathtub yang tersedia di dalam bilik air. Lalu membuka air yang perlahan.

"Anak babah ni dah besar dah yee. Comel macam umi dia". Zaim membuka baju anaknya sebelum membilas badan Alana dengan air yang suam.

"Titew emang ah omey, enek ate titew omey angat-angat au". (Kita memang lah comel, nenek kata kita comel sangat-sangat tau) Alana membalas dan tersenyum lebar menunjukkan dimplenya di kedua belah pipi.

"Yelah sayang awak tu memang comel sebab umi awak pun comel angat-angat juga". Zaim berbicara sambil menggosok sabun di badan alana lembut.

"Ami? Ile titew oleh umpa ami babah". (Umi? Bila kita boleh jumpa umi babah) Alana membalas sambil menbuat muka comelnya.

Zaim tersenyum dengar pertanyaan anaknya itu. Dia kemudian membilas badan anaknya dengan air suam tadi sebelum melilit tubuh anaknya dengan tuala.

Zaim kemudian mengangkat tubuh mungil anaknya dan keluar dari bilik air lalu meletakkan alana di katil. "Nanti dah tiba masanya kita akan jumpa umi ye sayang"

Dia Tertulis Untukku [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin