Prolog

3.5K 63 1
                                    

Esok dia nak pergi ke bendang sebelum balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esok dia nak pergi ke bendang sebelum balik. Rasa nak jalan-jalan je tengok pemandangan. Walaupun fikiran dia sudah tidak memikirkan pasal aran lagi tetapi ada seorang jejaka yang asyik bermain di fikirannya.

Membuatkan dia tak keruan dan sentiasa memikirkan tentang jejaka tersebut. Kadang dia ketawa sendiri. Terkadang makan dan mandi pun dah tak lalu dan tak basah. Bagai di lamun cinta sahaja. Dia tak tahu lah kenapa dengan dia ni haih.

Ayla berbaring dan menutup mata untuk masuk ke dalam mimpi. Beberapa minit kemudian dia tidur dengan nyenyak dengkuran halus pun terdengar.

"Percaya dengan saya ayla, saya tak buat semua tu. Lina perangkap and goda saya. Sumpah demi Allah saya tak curang dengan awak, sayang". Bicara Aran

"Sudah lah aran. Sudah terang lagi bersuluh awak curang belakang saya. Awak tipu saya kata awak ada kerje lah itu lah ini. Tapi apa yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Awak curang belakang saya. Cukupkah pertunangan kita sampai sini saja. Mungkin saya dengan awak tiada jodoh" ujarnya dengan air mata mengalir deras di pipi merahnya. Dia berpaling dan pergi dari situ

"Ayla!! Ayla!!". Aran menjerit memanggilnya.

"Allahuakhbar. Astagfirullahaladzim" dia tersedar dari mimpi dan mengucap panjang, lalu melihat jam di meja kecil terletak di sebelah katil. "Nasib tak terlajak tidur". Ujarnya lalu bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Aminn. Selesai membaca doa dia duduk di sejadah seketika dan memikirkan kembali mimpi yang baru saja dia alami. "Kenapalah dia mesti masuk mimpi aku, tapi abah pernah pesan kalau kita terbangun sama ada tidak sengaja atau kerana mimpi. Boleh jadi Tuhan kejutkan kita untuk kita abadikan diri pada-Nya pada saat orang lain sedang lena" ujarnya lalu tersenyum akan pesan abahnya itu.

Jam masih menunjukkan pukul 3 pagi, dia bangun dan melipat sejadah tersebut lalu membuka tingkap bilik untuk melihat suasana kampung yang aman, bunyi cengkerik dan angin yang bertiup menemaninya di pagi hari.

"Hari ni nak pergi bendang, mari lah keluar dulu". Ayla keluar dari biliknya dan menyapa nek Aisyah yang sedang membancuh air. "Nek kenapa tak panggil ayl. Ayl kan boleh tolong siapkan breakfast". Dia tersenyum lalu duduk di meja makan.

"Takpe lah nek dah biasa dah bangun pagi buat breakfast, tok kamu tu kalau tak breakfast macam mana nk buat kerje kat kebun". Nek Aisyah menuangkan air dan duduk di depan cucunya.

Ayla tersenyum dan mencicip minuman yang nek aisyah bancuh sebenar tadi. Dia menceduk nasi goreng ke dalam pinggan dan menyuap ke dalam mulut dengan senang hati.

"Hari ni kamu ada nak pergi mana-mana ke ayla?". Nek Aisyah bertanya sambil melihat cucunya makan. Dia suka melihat cucunya tersenyum dan menikmati masakannya.

Ayla menganggukan kepalanya dan tersenyum. "Hari ni ayl nak pergi bendang sawah. Nak tengok sawah padi. Sebelum ayla balik esok baik ayla jalan-jalan". Ayla berbicara dan menyuapkan lagi makanan ke dalam mulutnya.

"Yelah hati-hati jaga diri kamu nanti jalam sorang ye. Ayin pagi" dah keluar pergi rumah kawan dia katanya ada kerje nak Kene siapkan kalau tak boleh dia temankan kamu".

"Takpe lah nek. Ayla boleh je pergi sorang jangan lah risau. Okay lah ayla nk gerak ni". Dia berbicara sambil bangun dan membasuh pinggan tersebut sebelum menyalam tangan nek Aisyah.

Ayla mengambil beg tangan dan keluar dari rumah untuk pergi ke bedang hanya berjalan kaki sahaja. Sebab bedang dengan rumah nek dekat je jadi senang lah dia nak balik nanti.

Sesampai dibendang sawah yang luas, kaya dengan pelbagai warna keemasan. Pemandangan dan udara yang segar sesuai untuk menenangkan fikirannya yang penuh dengan tanda tanya.

Ayla duduk di pangkin kayu di tepi bendang sawah. Melihat pemandangan yang indah seindah pelbagai ciptaan tuhan yang lain. Ayla mengeluh dan menutup mata kenapa perlu dia bermimpi tentan aran lagi. Dia mula mempersoalkan kembali tentang itu setelah lama tidak berfikir tentangnya.

Seseorang berdehem lalu duduk disebelahnya. "Sorang je mana ayin". Zaim bertanya dengan lembut dan duduk si sebelahnya.

"Tekejut saya ya Allah ingat pencabul mana lah nak kacau saya tadi". Dia berbicara sambil memandang muka zaim. "Ayin pagi" dah keluar jumpa kawan dia jadi sorang jelah kat sini". Dia berbicara lagi.

"Ada masalah ke sampai kusut sangat saya tengok. Taknak cite kat saya? Mana tahu saya boleh tolong". Zaim tersenyum sambil melihat wajah ayla. Cantik sejuk mata memandang.

"Takde apa lah. Ni hal peribadi tak boleh cerita dekat orang. Selalunya busy saya tengok. Ni macam santai je". Ayla berbicara sambil mata memandang zaim sekilas.

"Cuti lah hari ni kan sekolah cuti umum sempena apa tah lupa, esok baru masuk balik sekolah jadi esok busy lah sikit". Zaim berbicara sambil mata memandang bendang sawah didepannya.

Ayla menganggukan kepalanya dan tersenyum. "Esok saya dah balik dah. Flight petang jadi sempat lah cikgu nk jumpa saya". Dia memandang zaim.

"Insyaallah kalau sempat saya jumpa awak untuk kali terakhir di airport. Tapi kalau tak sempat maafkan saya ye". Zaim berbicara dan tersenyum. Ayla nak dia ada juga wow ajaib. Bukan ke dia yang selalu menolak lamaran aku. Dia menggelengkan kepala dan tertawa kecil.

"Okay dak tu dok ketawa sorang-sorang lepastu geleng kepala tiba-tiba. Ada nak cakap apa-apa ke kat saya". Ayla bertanya sambil melihat wajah zaim pelik. Dia ni sama macam ayin tiba-tiba je.

"Eh okay je hahaha tadi terfikir sesuatu jadi terketawa pulak ingatkan awak tak dengar". Zaim berbicara dan tersenyum.

Ayla tersenyum dan menggelengkan kepalanya lalu memandang ke arah bendang dan menarik nafasnya dalam sebelum menghembuskan kembali. Udara di sini sangat lah segar kalau boleh nak ke simpan dalam balang.

"Ayla kalau say betul-betul hantar rombongan meminang ke rumah awak. Awak akan terima atau awak tolak". Zaim tiba-tiba bertanya lagi sambil melihat kearah wajah ayla untuk mendengar responnya.

"Merepek je keje kang saya lenyek cikgu jadi kerepek baru tahu". Dia menjeling tajam zaim dan mencebik.

Zaim tertawa dan bangun dari duduknya. "Jom lah saya teman kan awak balik, dah nak maghrib tak elok duduk kat luar lama-lama". Zaim berbicara sambil tersenyum.

Ayla mengangguk dan bangun dari duduknya lalu jalan seiring dengan zaim. Dari tadi dia mahu bertanya tetapi soalan itu tidak terkeluar dari mulutnya. Takpe lah lain hari dia tanya kalau-kalau jumpa lagi.

Sesampai sahaja zaim meminta diri dalam keadaan tergesa-gesa. Dia tertanya-tanya apa yang membuat dia sangat tergesa-gesa setelah menjawab panggilan telefon sebentar tadi. Takpe lah hal keje kot

Maaf sekiranya terlalu banyak kesalahan bahasa, typo dan grammar mistakes. saya masih baru dalam dunia penulisan. harap awak semua tak keberatan dengan kesalahan saya itu ya. terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ini

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now