Bab 24

596 31 0
                                    

Hari berganti hari, masa berganti masa sudah tiba di mana ijab kabul antara ayla dan zaim akan dilafazkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari berganti hari, masa berganti masa sudah tiba di mana ijab kabul antara ayla dan zaim akan dilafazkan. Masjid yang indah dan cantik itu lah tempat mereka mengadakan akad nikah.

Sanak saudara dan keluarga kepada ayla menggiringnya bersama ke dalam masjid. Terlihat pengantin lelaki sudah bersedia segak memakai baju melayu berwarna putih. Di depannya tok kadi yang tersenyum menunggu untuk menghalalkan mereka berdua.

Sanak saudara dan keluarga kepada dua belah pihak pengantin sudah duduk mengelilingi zaim dan ayla. Ingin melihat detik-detik bahagia antara pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini.

"Baik pengantin lelaki sudah bersedia". Tok kadi bertanya sambil tersenyum melihat zaim yang kelihatan gugup. Mana tak nya dia bukan duda dia bujang lagi tak pernah ada pengalaman jadi dia nervous betul ni.

"S...sedia tok saya dah sedia". Zaim tergagap-gagap membalas bicara tok kadi. Tangannya berpeluh dan sejuk kerana terlalu gugup.

"Baik kita mulakan lah ye". Tok kadi menghulurkan tangan dan zaim terus menyambutnya. "Peluh sampai tangannya ye. Takpe jangan gugup jangan gusar, tenang je tarik nafas hembus".

Zaim menarik nafas dan hembus perlahan sebelum dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Baik tok saya sedia".

Tok kadi tersenyum lalu menggenggam tangan zaim. "Aku nikahkan kau dengan Ayla Aqieshah Binti Aysaf Talib yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya sebanyak 1000 ringgit dan seutas gelang emas dibayar tunai". Tok kadi lafazkan akad nikah dengan jelas.

Zaim menari nafas sebelum lafaz akad tersebut. "Aku terima nikahnya Ayla Aqieshah Binti Aysaf Talib dengan emas kahwinnya sebanyak 1000 ringgit dan seutas gelang emas dibayar tunai". Dengan lancar dan sekali nafas zaim lafaz akad tersebut.

Tok kadi melihat ke kiri dan ke kanan 2 orang saksi lelaki telah mengatakan sah. Jadi sempurnalah pernikahan ini sekali lafaz zaim dan ayla sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah.

"Alhamdulillah". Tok kadi membacakan doa sebelum lafaz taklik pula dibaca oleh zaim. Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat.

Setelah selesai membaca doa tok kadi menghulurkan teks lafaz taklik yang akan di baca oleh zaim. Zaim kemudiannya mengambil huluran tersebut dan bersedia untuk melafazkannya.

"Manakala saya tinggalkan isteri saya Ayla Aqieshah Binti Aysaf Talib selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now