Bab 22

606 27 1
                                    

Malam itu Puan Anis membuat doa kesyukuran dan menjemput seluruh sanak saudara dan jiran-jiran tetangga datang memenuhi rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu Puan Anis membuat doa kesyukuran dan menjemput seluruh sanak saudara dan jiran-jiran tetangga datang memenuhi rumah. Zaim juga berada di rumah ayla pada malam itu dengan memakai baju melayu membuatkan dia kelihatan lebih macho dan handsome.

Nanti mula lah ada yang mengelenyah, mengeletis dan mengedik tengok si zaim. Tak percaya tengok je nanti macam mana anak-anak dara jiran-jiran dan saudara mara ayla mesti berkerumun ingin memgambil gambar dengannya.

Setelah selesai membaca Yaasin dan tahlil mereka dijemput menyantap makanan yang telah disediakan sebelum balik jadi mereka keluar mengambil makanan dan makan sambil bersembang sesama mereka.

Baru sahaja zaim ingin bangun untuk pergi ke tempat ayla yang sedang duduk bersama bibi dia di serbu dengan gadis-gadis, mereka terus menerus bergilir-gilir mengambil gambar bersama zaim.

Zaim yang disitu sudah terpinga-pinga dan tersenyum kelat. Berharap ada yang menolongnya dari segerombolan gadis-gadis yang sudah menjerit dan terkinja-kinja. Dia melihat ayla yang menghampirinya.

"Ehh sana-sana, apa korang buat ni. Tak malu ke orang masjid tengok korang berperangai macam ni. Cuba lah sopan sikit, lagi satu apa ingat dia tugu negara ke sampai jakun sangat nak ambik gambar dengan dia. Ehh ada lagi satu ingat dia single ke? Dia dah tunang lah ni hah yang tengah bercakap ni tunang dia". Ayla berbicara sambil bercekak pinggang.

"Alah nak ambik gambar sikit pun tak boleh kedekut sangat bukannya orang raba ke sentuh tunang dia pun". Bicara salina sambil bermain dengan rambutnya yang berwarna merah itu.

"Amboii kau eh, kedekut tak kedekut tunang aku bukan tunang kau pun sebok je. Dah awak jom masuk jangan nak suka sangat melayan minah-minah ni". Ayla berjalan ingin masuk ke rumah.

Tetapi dengan pantas salina menarik pergelangan tangan ayla dan menampar muka ayla dengan sangat kuat sehinggakan ayla terduduk.

PANGG!!

"ini makannya, aku layan kau baik kau layan aku macam aku ni teruk sangat. Kononnya aku tak pakai tudung aku ni pelacur macam tu alah setakat nak ambik gambar pun nak melenting!!". Salina memekik tak puas hati setelah menampar ayla.

Ayla yang tekejut dan memegang pipi yang memerah kerana tamparan salina sebentar tadi. Zaim yang melihat terus kedepan dan menghalang salina daripada mencederakan ayla lagi.

"Enough salina, you're too much really too much. I've been trying to calm down but you touch what is mine. And you should take what you did with this". Zaim menampar pipi salina sampai terduduk dan tepi bibirnya berdarah.

Semua yang disitu bertambah tekejut setelah melihat zaim menampar salina. Mereka berbisik sesama sendiri apa yang terjadi. Membuatkan ayla terus bangun dan menepis lembut rangkulan bibi sebelum berlari ke arah zaim.

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now