Bab 5

793 39 4
                                    

Adik bangun!! Adik nanti kau lambat lah bangun cepat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adik bangun!! Adik nanti kau lambat lah bangun cepat. Yang dok tersenyum-senyum kenapa orang suruh bangun, haih mimpi apa lah budak nih". Angah terpekik pagi lagi untuk mengejutkan adiknya. Kalau tak dikejut memang lambat lah jawabnya.

Ayla masih tidak sedarkan diri dari mimpinya yang indah. Membuatkan dia tersenyum di dalam tidur. Angah menyeringai. Adiknya ini susah betul untuk dibangunkan.

Angah mengambil Sebaldi air lalu menyimbah air tersebut ke muka ayla. Membuatkan ayla terus tersedar. "Angah!!! Apa angah buat nih. Habis basah lahh, kalau ye pun nak kejut orang tu betul-betul lah". Ayla berasa marah kerana tidurnya terganggu dan mimpinya pudar sekelip mata.

"Baik pergi mandi sekarang sebelum kau lambat. Terlepas flight nanti nangis pulak". Angah membalas lalu berjalan keluar dari bilik adiknya.

"Kacau je orang nak berlari-larian degan abang bomba kat pantai pun tak senang". Dia berbicara sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum bertolak ke kedah.

Setelah selesai memastikan dirinya kelihatan kemas, dia mengambil barang yang ingin dibawa dan turun kebawah. Melihat semua yang menunggu dirinya dia tersenyum dan menyapa tanpa rasa bersalah.

"Lama ke tunggu adik. Sorry lama hehehe jom lah gerak sekarang takut sampai lambat pula kita ni". Katanya degan lembut.

"Tahu pun takut lambat dah jom". Angahnya membalas lalu bangun dan membantu adiknya mengangkat luggage bag untuk dimasukkan ke dalam bonet
kereta.

KLIA

"Anak mama ayla betul ni kamu nak merantau ke negeri orang? Jauh tu sayang kalau dekat Melaka tidak apa ini kedah". Puan Anis menyatakan kerisauannya terhadap ayla satu-satu anak perempuan yang dia ada

"Ye, ma betul. Ayla dah besar boleh jaga diri mama jangan risau ye, lepas ayla dah okay ayla balik lah, mama pun tahu kan Ayla tak boleh nak berenggang dengan mama" Arya tersenyum manis dan berkata dengan lembut dan sopan.

Puan Anis tersenyum melihat anaknya yang ditatang telah membesar dengan baik dan diberikan pegangan agama yang sempurna. Puan anis mengusap lembut kepala anaknya. "Baiklah sayangku jaga diri baik-baik ye solat jangan tinggal, kelakuan kene jaga. Adik di negeri orang bukan negeri kita paham sayang?. "Ujar Puan anis"

Ayla tersenyum dan mengangguk perlahan dan menyalam mama dan abah, sampai ke angahnya dia mencebik. "Merajuk degan angah, dah lah kacau masa kita tengah mimpi abe bomba hensem". Ayla berbicara menyakat abangnya.

"Tak payah nak merajuk lah. Jual kat bangla jual karpet baru tahu". Angah menjeling tajam adiknya yang mengada-ngada.

Selamat tengah hari penumpang. Ini adalah pengumuman terakhir pre-boarding untuk penerbangan 89B ke Kedah. Kami kini menjemput penumpang yang mempunyai anak kecil, dan mana-mana penumpang yang memerlukan bantuan khas, untuk mula menaiki pesawat pada masa ini. Sila sediakan pas masuk dan pengenalan diri anda. Pengumuman terakhir dibuat sebelum penumpang menaiki pesawat.

"Dah cepat nanti lambat pulak, salam angah tu kang angah tak bagi duit pulak". Ujar mama kepada anaknya itu.
Ayla mencebik lalu menyalam abangnya dan memeluk erat tubuh tegap angah. "I'm gonna misyuu abe, okay lah. Ayla pergi dulu ye. Assalamualaikum bye-bye". Dia menarik luggagenya dan berlalu pergi sebelum terlepas penerbangan.

Setelah berada di kapal terbang dia duduk di tepi tingkap untuk melihat pemandangan yang indah dari atas walaupun hanya awan tetapi tetap indah di matanya.

Ralit dia melihat keluar tingkap, seorang jejaka duduk disebelahnya. Dia tersedar setelah jejaka itu menegurnya. "Cik, pramugari tanya ada nak beli apa-apa?".

Ayla berpaling dan terpanar degan jejaka depannya, sebelum dia berdehem seketika dan menjawab pertanyaan sebentar tadi di lontar kan oleh jejaka tersebut.

"Tak, takde yang nak saya beli. Terima kasih ye". Ayla tersenyum kepada pramugari tersebut sebelum dia berlalu pergi.

Ayla kelihatan canggung disitu. Dia tidak perasan pula ada orang disebelahnya. Ralit sungguh dia melihat keluar tingkap sampai tak sedar. Dia melihat gerak geri jejaka tersebut sampaikan mata mereka bertentangan.

Ayla melihat jejaka tersebut tersenyum manis membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia terus berpaling dan melihat pemandangan semula.

Dah kenapa dengan aku, buang terbiat lah. Ya Allah jantung jangan lah macam nih. Dia berbicara dalam hati, risau pengsan dia kat sini kalau jantung laju sangat macam nih.

"Cik. Cik okay ke gementar semacam je. Kalau tak okay saya boleh panggilkan pramugari". Ujar jejaka tersebut dengan lembut.

Dia berpaling semula dan senyum canggung. "T..takpe saya okay cuma lupa nak makan ubat je. Jangan risaukan saya ye". Dia menjawab degan lembut dan melihat kebawah. Dia memegang tangannya dan cuba untuk bertenang.

Setelah keadaan kembali normal. Dia cuba menutup mata untuk merehatkan diri sebenar sebelum sampai ke destinasi.  Tidurnya baru-baru ini sangat lah tidak cukup baginya seakan terganggu dengan mimpi yang sama menghantui dirinya. Walau terkadang mimpinya indah belaka tetapi jikalau dia berasa sedih atau keletihan pasti mimpinya mengerikan. Pelik tetapi itulah hakikatnya.

Setelah terbangun terdengar captain pilot berbicara bahawa sekejap sahaja lagi akan sampai ke destinasi yang ditujunya. Betapa gembira perasaan dia pada ketika ini. Sampai juga dia disini. Sudah lama ingin melawat kampungnya yang tidak selalu di tuju.

Tepat pada pukul 12 kapal terbang mendarat di lapangan terbang Sultan Abdul Halim. Dia menunggu gilirannya untuk keluar degan sabar, walaupun gementarnya masih tersisa kerana jejaka di sebelah ini tidak berhenti tersenyum dan memerhati gerak gerinya

Dia tidak menghiraukan lagi jejaka tersebut. Fikirannya hanya ingin cepat-cepat pergi dari sini dan melihat kawasan yang menarik sebelum dia check in ke rumah yang dia sewa. Walaupun rumah neneknya dekat tetapi dia mahu masa untuk bersendirian. Esok hari baru dia melawat neneknya.

Dia menunggu degan sabar, setelah gilirannya tiba. Dia berdiri dan mengambil barang dia atas lalu berjalan keluar dari perut kapal terbang tersebut. Dia tersenyum melihat landasan kapal terbang yang luas itu.

Ayla menarik luggagenya degan senyuman dibibir yang tidak lekang. Dia membawa dirinya ke pintu keluar untuk menunggu grab yang disewanya tiba. 

Kelihatan orang-orang juga menunggu ahli keluarga untuk menyambut mereka pulang dan kelihatan juga yang sedang berpelukan kerana lama tidak berjumpa.

Ralit dia memandang sekeliling. Terpandang seseorang yang sama persis dengan jejaka tersebut. Mungkin itu dia. "Entahh mungkin kot dah lah tak nk ambil tahu pun". Dia bergumam.

Setelah grab tiba dia terus memasukkan luggagenya di bonet sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

Terima kasih sudi baca
Jangan lupa vote. Lope lope...

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now