Bab 15

582 31 5
                                    

Hari ni mereka bertolak pagi dari kedah menaiki kereta untuk ke johor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ni mereka bertolak pagi dari kedah menaiki kereta untuk ke johor. Perjalanan mengambil masa 7 jam 14 minit untuk sampai memang memenatkan tapi ini lah effort seorang zaim untuk memiliki ayla.

Mereka sampai sahaja di Johor. Terus zaim memandu keretanya kearah rumah ayla yang terletak di ulu tiram. Sampai sahaja di depan perkarangan rumah ayla dia tiba-tiba berasa gementar dan risau.

Yelah nak jumpa bakal ma and pak mertua kot mana tak risaunya. Zaim, Puan Latifah dan zarin keluar dari kereta. Puan anis yang melihat sudah keluar untuk menyambut tetamunya masuk ke dalam rumah.

"Sampai dah masuk lah jemput masuk ye. Maaflah rumah kami ni kecik jah". Puan anis berbicara lalu masuk ke dalam bersama mereka.

"Jemput lah duduk dulu saya buatkan air ye kejap lagi tengah hari sikit kita makan sama-sama". Puan Latifah bicara lagi sebelum pergi ke dapur untuk menghidangkan air.

Zaim, zarin dan puan Latifah duduk di ruang tamu dan melihat seluruh rumah. Cantik style ala-ala orang putih rumahnya.

Angah dan abah yang baru turun menyapa dan bersalam dengan zaim sebelum duduk juga di kerusi yang kosong.

"Jadi nilah bakal menantu saya ye. Namanya apa. Maaflah masa kamu datang pinang ayla pak cik takde kat rumah tu yang tak dapat nak berkenalan". Encik Talib berbicara.

"Ye saya, saya lah bakal menantu pak cik. Nama saya zaim shahmi panggil zaim je pak cik". Ujar zaim dengan senyumannya yang manis.

"Zaim, dah berapa lama kenal ank pak cik? Kenal dekat mana? Apa yang buat zaim nak meminang ank pak cik?". Bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh Encik Talib kepada zaim. Soal orang dah macam detektif dan soal penjenayah.

"Bah, angah yang inspektor ni pun tak soal orang tergesa-gesa macam tu. Sabar bah soal satu-satu kesian dia nak jawabnya pun". Angah berbicara dan tertawa melihat abahnya.

"Eh takpe saya boleh jawab semua tu. Jadi saya kenal ayla baru seminggu lebih memang singkat tapi saya percaya yang ayla lah terbaik untuk saya dan agama saya jadi lebih baik saya meminang ayla untuk jadi isteri saya dari saya meminta dia sekadar jadi teman wanita. Kerana yang halal itu lebih baik diagungkan daripada yang haram". Zaim berbicara sambil senyumannya tidak lekang di bibir.

Angah dan abah yang dengar sudah tersenyum dan menganggukan kepala. Mungkin jejaka di depan mereka berdua ini dapat menjaga satu-satunya bunga di dalam rumah dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.

Puan anis yang mendengar tersenyum dia keluar dari dapur sambil membawa dulang dan memindahkan cawan yang berisi air panas ke meja. "Jemput lah minum". Puan Latifah berbicara dan duduk di sebelah Encik Talib.

"Susah-susah saja lah awk ni sediakan air semua. Terima kasih lah ye sambut kami dan sudi menerima kami sebagai tetamu" Puan Latifah berbicara sambil tersenyum melihat kearah puan anis.

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now