Bab 45

493 17 0
                                    

Seperti biasa bila hari kerja mereka akan sibuk ke tempat kerja masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa bila hari kerja mereka akan sibuk ke tempat kerja masing-masing. Sekarang ayla sedang duduk di depan kelas setelah membincangkan tajuk-tajuk baru yang perlu di catch up sebelum final exam. Ayla tertawa kecil mengigati peristiwa pagi tadi selepas mereka solat subuh bersama.

Setelah melipat sejadah dan bersalaman zaim tiba-tiba berlari ke bilik air dan memuntahkan semua isi perutnya. Ayla yang terkejut terus bangun dan melihat keadaan zaim,lemah semacam suaminya itu setelah memuntahkan isi perutnya.

"Abang okay ke tak ni perut tu masuk angin ke sampai muntah macam tu tiba-tiba". Ayla bicara sambil mengosok lembut belakang badan zaim.

"Tak tahu lah sayang salah makan kot, tapi abang okay je jangan risau lah ye". Zaim membalas lalu melentokan kepalanya di bahu ayla.

Ayla mengusap perlahan rambut zaim. "Abang cuti jelah ye, nampak macam lemah je risau pulak sayang kalau abang pingsan". Ayla berbicara lembut. 

Zaim menggelengkan kepalanya lalu terus bangun dari duduknya. "Tak boleh, abang kene ada dekat latihan misi recap. Misi tu akan dijalankan tidak lama lagi jadi abang kene juga ada dekat sana untuk memantau". Zaim membalas.

Ayla mengeluh susah kalau dah degil memang tak reti nak dengar cakap orang. "Yelah abang ku sayang, nanti jangan pulak nangis dekat hospital sebab nak balik ye". Ayla tertawa lalu bangun dan mengambil uniform suaminya itu kemudian dia menghulurkan kepada zaim.

"Nah sayang dah gosok balik, abang bersiap lah dulu sayang nak buat sarapan". Ayla berbcara dan berlalu pergi setelah huluranya di sambut.

Ayla tersedar dari lamunan setelah mendengar bunyi lonceng menandakan waktunya sudah habis. Dia bangun dan keluar dari kelas setelah murid-murid mengucapkan terima kasih.

Perutnya yang dari tadi berbunyi mintak diisi itu membuatkan dia beralih arah terus pergi ke bilik makan khas untuk guru. Dia mengambil mihun goreng penuh satu pinggan bersama dua ketul ayam lalu dia duduk bersama cikgu yati yang sedang menikmati makananya.

Cikgu yati yang tekejut melihat betapa banyak ayla mengambil makanan. "Amboi cikgu banyak makan hari ni biasa cikgu makan sikit sangat". Cikgu yati mulakan bicaranya dengan senyuman ramah.

Ayla tertawa lalu menggangukan kepalanya, itulah dia tak nafikan apa yang cikgu yati kata kerana selama ni dia makan pun sikit je tapi dia tak tahu lah sejak dua menjak ni nafsu makan dia kian meningkat.

 "Tulah kak saya ni kan semenjak dua menjak ni nafsu makan saya meningkat tau kadang cepat sangat lapar walaupun dah makan". Ayla membalas sambil-sambil menyuapkan mihun di dalam mulutnya.

Cikgu yati tertawa kecil lalu menepuk sebelah tangan ayla. "Kamu mengandung kot biasa orang mengandung selera makan dia meningkat dan cepat lapar". Ujar cikgu yati.

Ayla tekejut mendengar apa yang di katakan oleh cikgu yati, tak mungkinlah dia mengandung semalam baru check pregnancy test dia dapat satu line je. "Tapi saya dah check semalam dapat satu line je takkan lah saya mengandung kak". 

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now