Bab 42

452 13 0
                                    

Sebagaimana yang di katakan pada tengah hari tadi kini mereka sudah bersiap untuk pergi ke tempat yang zaim sudah sediahkan untuk ayla sempena anniversary mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebagaimana yang di katakan pada tengah hari tadi kini mereka sudah bersiap untuk pergi ke tempat yang zaim sudah sediahkan untuk ayla sempena anniversary mereka. Ayla mungkin tak ingat hari ni anniversary mereka sebab itu dari tadi dia tekejut je semacam.

Ayla yang kelihatan lebih cantik memakai black satin dress itu berjalan kearah zaim yang berdiri di depan pintu memegang sejambak bunga rose putih. Bila masa dia beli pun dia tak tahu mungkin suruh pekerja kat sini sediakan siap-siap.

Ayla tersenyum suaminya itu kelihatan sangat segak memakai suit berwarna hitam sepadan dengan dress yang dia pakai sekarang ini. "Abang dah lama tunggu ke?". Ayla bertanya dan mengambil bunga yang dihuluran zaim.

Zaim tersenyum manis dan kemudian memegang sebelah tangan ayla yang kosong. "Tak lama pun, jom lah kita pergi sian orang tu tunggu dari tadi". Zaim berbicara lembut lalu berjalan beriringan dengan ayla untuk naik ke buggy yang tersedia untuk membawa mereka ke pantai yang tak jauh dari sini.

"Sayang ingat tak hari ni hari apa?". Zaim bertanya lalu menoleh ke arah ayla yang dari tadi tersenyum melihat bunga yang di tanganya.

Ayla tidak menoleh masih lagi melihat ke arah bunga tetapi masih menjawab pertanyaan suaminya itu. "Hari ahad lah kenapa abang tanya ada apa-apa ke hari ni?". 

Zaim yang melihat itu sudah menggelengkan kepalanya. Pantang betul isterinya itu dapat bunga suami kat sebelah pun tak lihat sebergitu rupa.

"Sayang abang tahu sayang suka bunga sebab tu abang beli, tapi jangan lah dok cium lepastu tenung bunga tu je sayang, Abang yang kat sebelah lagi hensem ni pun sayang tak tenung macam tu". Zaim berbicara lagi.

Ayla menoleh dan mencerlung tajam wajah zaim. "Abang ni dengan bunga pun nak jealous, sayang merajuk dengan abang, abang pujuk sayang belikan bunga satu kedai". Ayla membalas lalu menjeling tajam suaminya.

Zaim tertawa kecil lalu mengusap tangan ayla yang berada di pehanya. "Abang tanya tadi sayang ingat tak hari ni hari apa, sayang cakap hari ahad kan nampak sangat sayang tu banyak makan semut".

Ayla mengerutkan dahinya lalu memandang wajah suaminya yang tidak lekang dengan senyuman itu. "Kenapa pulak betulah hari ni hari ahad habis tu hari apa?. Hari-hari mengandung ke tak kan?". 

Zaim menepuk dahinya dan tertawa mendengar balasan ayla itu. "Ya Allah dah teruk sangat ni kene ubat cara apa lah, cara kampung risau kene halau je, but serious sayang tak ingat hari ni hari apa?". Zaim bertanya lagi.

Ayla menggelengkan kepalanya. "Hari apa sebenarnya ni cuba terus terang je dengan sayang". Ujar ayla menayang muka tak puas hatinya paling pantang orang yang cakap berkias ni.

"Sayang intan payung gunung pulai abang hari ni kan anniversary kita biasanya sayang lah paling ingat tarikh anniversary kita kenapa boleh lupa hmm?". Zaim berbicara lembut.

Ayla yang terkebil-kebil sudah  rasa bersalah kerana dia tak ingat yang hari ni dah genap 2 tahun mereka menjadi pasangan suami isteri, Semua salah maldives lah buat dia teruja sampai lupa pasal tu. "Ya Allah abang sayang betul-betul minta maaf, sayang teruja sangat pasal kita kat maldives sampai lupa pasal ni".  Ayla berbicara lalu menggengam tangan zaim erat.

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now