Bab 43

427 15 2
                                    

Hari ni mereka akan pulang ke malaysia setelah menikmati percutian bersama dan meluangkan masa bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ni mereka akan pulang ke malaysia setelah menikmati percutian bersama dan meluangkan masa bersama-sama. Terlalu banyak moment indah yang mereka hasilkan, gambar-gambar mereka juga tersimpan di dalam phone menjadi satu kenangan yang terindah.

Zaim dan ayla bergandengan tangan menaiki kapal terbang dan seperti biasa mereka akan duduk di tempat yang disediakan dan menikmati pernebangan dengan perkhidmatan yang memuaskan oleh pramugari dan pramugara di situ.

Dalam perjalanan balik ayla tidak berhenti berceloteh kerana teruja angahnya zarin akan terus bernikah. Dia terkejut mula-mula tapi menjadi teruja apabila dia ingat kembali bagaimana susah hati ayyan takut zarin ni calaih orang sampaikan tidur pun tak lena mandi tak basah makan pun tak kenyang.

Mungkin suaminya pun bergitu agaknya selepas pertama kali bertemu dengan dia sampaikan masuk minang dia pun senyap-senyap. Tak de ribut tak de angin balik-balik dah ada orang lamar. Senang keje kau dik hah tak payah nak suruh mak jodohkan dengan lelaki kaya.

Sesampai saja mereka di rumah Puan Latifah mereka di sambut meriah dengan sanak saudara yang sudah berada di kedah untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan yang akan di jalankan esok hari. Merewang lah mereka bersama-sama di dapur. 

Zarin yang melihat akk ipar kesayangan dah balik dia terus berlari ke arah ayla dan memeluk erat tubuh mungil ayla itu. "rindunya adik dengan akk, nasib baik akk sempat balik sebelum zarin nikah". Zarin berbicara lalu melepaskan pelukan tersebut. 

Ayla tertawa kecil lalu mengusap lembut kekura tangan zarin. "Akk pun rindu adik juga, mana boleh tak tengok mesti lah kene tengok adik nikah dengan angah nanti ada orang tu merajuk pulak". Ayla membalas dan memandang ayyan yang menghampiri mereka.

"Mengata aku ah tu dah lah jom masuk panas kat luar ni nanti demam pulak". Ayyan dengan muka bengisnya berbicara lalu terus berlalu masuk ke rumah. 

"Amboi macam tu dia cakap takde pun nak peluk kita ke, cakap rindu ke". Ayla mengomel dan berjalan beriringan dengan zarin masuk ke rumah. Biarlah lakinya itu mengangkat semua beg tulah sombong kita nak tolong tadi tak nak. 

Setelah dia masuk ke rumah dan terus pergi ke bilik terlihat suaminya sedang duduk di tepi katil, kepenatan angkat dua bagasi besar itulah jadinya berpeluh sampai. Ayla terus membuka tudung dan duduk di sebelah suaminya. "Penat ke encik abang angkat dua beg". Ayla berbicara lalu tertawa melihat zaim yang sudah berkerut-kerut dahi.

"Mengah lah jugak nak angkat tapi takpe abang strong enough for little thing like that". Zaim berbicara dengan nada yang bangga. 

Ayla tertawa lalu menggelengkan kepalanya. "Dah lah pi keluar sana sayang nak tukar baju". Ujar ayla kemudian menolak lembut tubuh tegap suaminya itu.

"Tukar jelah sayang kenapa nak malu abang dah..". Belom sempat zaim habiskan ayatnya ayla sudah menutup mulut zaim dengan tangan. Tahu sangat lah apa yang suaminya nak cakap.

Dia Tertulis Untukku [C]Where stories live. Discover now