Setelah hilang kelibat Nadine, Encik Erhan labuhkan punggung di sebelah isterinya dan memeluk tubuh itu. Sebaik sahaja menerima pelukan itu, tangisan Puan Natrah semakin menjadi-jadi membuatkan Adam yang berada di situ mula pelik. Ada apa-apa yang dia tidak tahu?

"A-abang! Dia... Dia Nadine abang!"

"Ya abang tahu. Dah shhh... Jangan nangis lagi," pujuk Encik Nazrie dan mengusap lembut kepala Puan Natrah. Sejurus dia mengangkat matanya, pandangan dia berlanggar dengan pandangan Adam. Riak wajah anak muda itu penuh dengan tanda tanya. Encik Nazrie hanya senyum.

Adam mengeluh kecil melihat senyuman ayahnya. Ada sesuatu yang orang tuanya sorok daripadanya! Mummy ada sebut tentang Nadine tadi. Kenapa kalau Kak Aisyah ialah Nadine?







SEMUA di situ setia menunggu Emir dari luar bilik kecemasan. Sudah satu jam berlalu, namun tiada siapa belum keluar daripada bilik kecemasan itu membuatkan semua tertunggu.

Qayish dan Qaylisha pun enggan pulang kerana mahu menunggu Emir. Mereka semua terlalu risau dengan keadaan Emir. Emir terlalu lemah sewaktu perjalanan ingin ke hospital tadi.

Sebab itulah Nadine amat takut sekarang ini. Emir pengsan di dalam dakapannya sewaktu perjalanan ke hospital tadi. Nadine menyeka air matanya cuba untuk kuat demi Emir yang sedang bertarung nyawa di dalam itu.

Pintu bilik kecemasan yang terbuka membuatkan semua menoleh dan terburu-buru mendekati doktor. "Doktor, macam mana dengan suami saya?" soal Nadine laju. Yang lain hanya menunggu jawapan dari doktor.

"Peluru yang berada dalam perut Tuan Emir kami dah berjaya keluarkan. Usus dia tercedera sedikit sebab terkena peluru itu. Dan paling bahaya sekali yang mampu ragut nyawa Tuan Emir ialah racun dalam kandungan peluru itu." Doktor kelihatan serba salah memberitahu perkara itu.

Semua yang berada di situ terkejut. Racun dalam peluru?

"Kamu semua jangan risau, tindak balas racun tu lambat, syukur Tuan Emir cepat dibawa ke hospital dan racun itu tak sempat merebak ke seluruh tubuh. Kemungkinan kalau racun tu dah merebak ke otak, Tuan Emir tak dapat diselamatkan. Sebab itu Tuan Emir masih berada dalam pemantauan kami."

"Dia dah sedar ke?"

"Maaf. Saya lupa untuk beritahu yang Tuan Emir terpaksa ditidurkan buat beberapa hari. Saya takut dia tak dapat tahan sakit itu," jelas doktor. Nadine angguk kecil.

"Can I see him?"

"Boleh puan. Tetapi biar kami pindah dia ke ward lain dulu ya." Doktor itu senyum dan pamit pergi. Nadine terduduk di atas kerusi besi itu. Dia menunduk memandang lantai. Tangan ditekup menutup seluruh wajahnya.

Qayish mengetap kuat rahangnya setelah mendengar setiap bait kata doktor. Geram bila sahabatnya dibuat sebegitu rupa.

Puan Latifah sudah menangis di dakapan Encik Erhan. Sedih dia mengenang nasib anaknya. Siapa yang sanggup tembak anaknya itu? Semua orang sepatutnya bahagia pada hari ini tapi apakan daya, Emir sudah terlantar di atas katil.

Qaylisha diam memandang Nadine yang sedang menunduk sebelum matanya beralih pada Adam. Jejaka itu sedang merenung sayu pada Nadine. Dia perasan dengan pandangan Adam terhadap Nadine namun dia cuba usir andaian itu. Tak akanlah Adam suka dengan Nadine pula kan. Nadine isteri orang.

"Aisyah... Sabar ya? Anggap ini ujian dari Allah SWT. Aisyah kena kuat. Kuat untuk Emir. Dia tengah perlukan Aisyah," bisik Puan Natrah, tangannya sudah memeluk bahu Nadine dari tepi, cuba untuk menguatkan wanita itu.

"Saya tak kuat. Saya tak boleh lalui semua ini. Saya nak Emir," ujar Nadine perlahan. Dia betul-betul mahukan Emir sekarang. Dia tak sanggup melihat keadaan Emir. Dia rasa sangat berdosa. Dia terimbas kembali tentang perkara-perkara yang lepas. Cara dia melayan Emir. Dia isteri yang jahat!

Adam hanya diam melihat mummy nya yang sangat prihatin terhadap Nadine. Kasih sayang mummy terhadap Nadine kelihatan sangat tulus. Mummy memang selalu cakap pada dia, mummy mahukan anak perempuan. Mungkin mummy benar-benar menganggap Nadine adalah anaknya.

Terasa dirinya diperhati, Adam terus angkat kepala. Matanya bertemu dengan sepasang mata Qaylisha. Gadis itu terus larikan matanya. Adam buang pandangan ke arah lain. Kenapa ya gadis ini perlu ada di sini? Lama Adam memendam rasa. Dia rimas dengan gadis ini. Gadis ini sering curi-curi pandang dirinya. Dari awal semester lagi dia perasan Qaylisha sering memandangnya tanpa sepatah kata. Nak apa akak ni?

"Adam pergi tandas sekejap," ujar Adam pada ayahnya. Encik Nazrie angguk kecil dan Adam terus berlalu pergi.

Pemergian Adam dihantar oleh Qaylisha. Qaylisha perhati saja tubuh itu sehinggalah ia menghilang. Qaylisha minta diri pada abangnya untuk pergi dari situ. Qayish sekarang angguk.

Qaylisha berjalan mengikut laluan yang Adam guna sehinggalah kakinya terpaku di tempatnya sekarang sejurus mendengar satu suara garau.

"Done stalking me?"

Tubuh Qaylisha mengeras. Dia lambat-lambat pusing tubuh dan mata dingin itu sudah sedia merenungnya tajam. Qaylisha telan air liur.

"M-mana ada." Huh! Ini pertama kalinya mereka membalas kata-kata setelah bertahun-tahun mereka kenal sesama sendiri. Sebelum ini hanya membalas pandangan.

"Liar."

Itulah Adam pada orang yang dia tidak berapa kenal. Hanya sepatah-sepatah yang keluar daripada mulutnya.

"Saya cuma nak pergi tandas." Balas Qaylisha semula agak gugup. Dia tidak berani menatap sepasang mata tajam itu.

Adam buang pandangannya dari Qaylisha dan terus berlalu pergi tanpa sepatah kata. Tidak suka berlama-lama dengan Qaylisha.

























NADINE diam merenung wajah yang penuh dengan kesan lebam itu, sudah pukul dua belas malam, semua orang sudah pulang ke rumah hanya tinggal Nadine yang setia berada di sisi Emir.

Salur pernafasan Emir tidak berapa baik jadi dia perlu bergantung pada bantuan alat pernafasan. Tangan Nadine terketar mahu mencapai tangan yang dingin itu. Setelah itu dia genggam erat tangan itu.

"Emir... Bila you nak bangun? I rindu nak tengok mata you. Bangunlah eh? I janji yang I tak akan layan you dingin lagi. You boleh sentuh I sesuka hati you. Nur aisyah... Milik Emir luthfi." Nadine jatuhkan kepala di atas tangan Emir. Belakang tapak tangan itu diusap dengan ibu jarinya.

"I tunggu you, Emir. I akan tunggu you. You kena kuat tau? I... I akan sentiasa ada di sisi you. I akan teman you setiap hari, setiap masa dan setiap saat. I'll stay by your side, my husband," bisik Nadine sendiri. Dia pejam mata setelah itu.

Air matanya menitis. Dia harap Emir dengar setiap bait katanya. Dia mahu Emir dengar dan tahu yang dia sentiasa menunggu Emir.

"Kita sama-sama kuat okay?"

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now