Pranggg!

Makin berjurai air mata Nadine mendengar bunyi kaca pecah dari dalam bilik air. Dia tahu apa puncanya.

Pranggg!

Nadine memejam erat matanya sebelum menekup mulut sendiri menahan diri dari teresak-esak. Di sudut hati sudah risau dengan keadaan Emir di dalam bilik air. Kenapa suaminya itu sanggup lukakan diri sendiri?

Emir bersandar di dinding bilik air. Darah yang sudah mengalir di belakang tapak tangan dibiarkan. Dia mengeluarkan semua tangisnya yang ditahan selama ini. Dia betul-betul lemah sekarang ini. Dia begitu takut dengan pengakhiran semua ini.
















EMIR diam di gazebo tepi rumah, menikmati angin malam. Diantara dia dan Nadine sudah ada jurang yang besar. Mustahil mereka dapat bersama kembali. Masalah makin lama menjadi rumit bila kedua-duanya tidak mahu berbincang dan menyelesaikan masalah sama-sama.

Seorang mahu mengalah. Seorang lagi mahu lari. Ada bezakah diantara dua itu?

Emir merenung lama balkoni biliknya. Dari luar bilik dia dan Nadine itu kelihatan gelap. Nadine itu memang suka betul duduk dalam gelap jadi Emir tidak pasti bahawa isterinya itu sudah tidur atau belum. Emir mengeluh panjang.

"Panjang keluh tu," tegur satu suara. Emir menoleh pada punca suara. Dia tersenyum nipis melihat papa mendekatinya.

Papa melabuhkan punggung di sebelah Emir. Bahu Emir ditepuk kecil. Lama tidak berbual dengan anak tunggalnya itu. Mereka berdua memang kuat bekerja. Jarang mereka meluangkan masa bersama kerana sewaktu Emir ada di rumah, Encik Erhan pula tiada dan bila Encik Erhan ada, Emir pula tiada. Senang cerita dua-dua tidak melekat di rumah.

"Kenapa papa tak tidur lagi?" soal Emir sejurus papa mendapatkan tempat di sebelahnya. Sebelum papa tanya apa-apa baik dia tanya dulu!

"Banyak kerja, nak tidur macam mana? Emir pula? Kenapa tak tidur lagi? Entah-entah isteri tengah tunggu dekat bilik itu." Papa menjeling balkoni bilik Emir dan memandang Emir semula. Emir sekadar senyum.

"Emir saja ambil angin malam. Tenang je tengok langit waktu malam ini. Bulan dan bintang di atas sana cantik," ujar Emir tenang sambil merenung langit yang ditaburi bintang. Emir masih ingat bahawa Nadine sangat sukakan bintang. Waktu di kampung dahulu selalu Nadine tengok bintang. Emir tersenyum mengingat tentang itu.

"Anak papa ada masalah? Ceritalah Emir... Papa pun boleh jadi pendengar. Bukan setakat mama saja. Papa sudi mendengar masalah anak papa ini," ujar papa turut tenang. Mereka berdua memang banyak persamaan. Selalu tenang. Anak dan ayah kan?

"Tak ada apalah papa. Emir okay. Cuma..."

"Cuma?"

"Rumah tangga Emir tak berapa baik sekarang tapi tak apa! Emir cuba baiki hubungan kami. Papa jangan risau." Emir senyum tipis cuba menutup perasaannya.

"Asam garam rumah tangga, biasalah Emir... Kalau gaduh sikit-sikit itu tak apalah... Emir sebagai suami merangkap ketua keluarga perlu selesaikan masalah secara matang. Cuba bincang elok-elok. Kita ini sudahlah dikelilingi syaitan. Bila dia tengok sepasang suami isteri bergaduh, tengking sana sini mulalah dia bersorak suka." Emir diam mendengar.

"Jadi apa yang papa cuba sampaikan, Emir jangan terlalu ikut kata hati. Cuba kawal perasaan. Jangan biar syaitan terus menghasut-hasut. Pasal Nadine pula... Kalau dia ada buat silap, tertengking Emir atau apa-apa pun, Emir janganlah ambil hati. Perempuan ini memang mudah emosi. Emir kena sabar. Pujuk dia perlahan-lahan. Perempuan ini selain mudah emosi, dia orang juga punya hati yang lembut. Mereka mudah maafkan seseorang. Jadi Emir jangan putus asa tagih maaf dia."

"Papa minta maaf. Papa tiada niat nak curi dengar tapi papa terlalu depan bilik kamu berdua. Papa tak nak sentuh isu itu. Kamu berdua dah besar, pandailah kamu berdua nak selesaikan masalah ini. Cuma papa minta... Jangan buat keputusan terburu-buru Emir,"  ujar papa tegas di akhir ayatnya. Papa membuka mulut lagi mahu menyambung.

"Jangan pernah terfikir untuk bagi isteri kamu pada orang lain. Biarpun dia kawan baik Emir sekali pun. Isteri Emir, hak Emir. Papa tak nak nanti jadi betul-betul, Emir yang merana." Sinis papa. Emir diam menunduk.

"Nadine bukan bola untuk kamu passing-passing. Jaga. Dia. Betul. Betul. Emir. Jangan hampakan papa." Tambah papa. Dia dengar dari awal hinggalah akhir. Tak patut bila dia dengar anak dia itu beri izin kalau Nadine mahu pergi ke lelaki lain. Inikah polis negara?

"Baik papa." Emir hanya diam apabila papa sudah mengatur langkah ke dalam rumah meninggalkannya seorang diri. Tangannya yang sudah berbalut diusap.













"NADINE, mari kita sarapan," ujar Emir lembut. Dia mahu lupakan apa yang terjadi semalam. Dia mahu berbaik dengan Nadine. Kata-kata papa menyedarkannya. Dia tidak boleh mengalah untuk merebut hati Nadine!

Nadine memandang Emir, terkelip-kelip matanya. Kenapa Emir tiba-tiba buat seperti tiada apa yang berlaku semalam. Nadine menjeling tangan Emir. Tangan itu sempurna dibalut bandage. Dalam ke luka itu sampai berbalut bagai?

"Jomlah kita sarapan, Humaira." Emir bersuara lagi menyentakkan Nadine. Nadine menggeleng kecil.

"I tak lapar."

"Ya Humaira... Tak kesian ke dekat suami awak ini tak makan dari semalam? Nanti Emir nak cakap apa dekat mama dan papa kalau isteri Emir ni tak sarapan?" Emir membebel. Nadine tahan mata dari menjeling Emir. Banyak mulut pula jejaka ini!

"Cakap sajalah ISTERI YOU ni tak lapar. Jangan paksa boleh?" Nadine menekan kata isteri itu sambil menjeling Emir. Tak suka betul dipaksa ini!

Emir menahan senyum. Dia memandang lembut isterinya yang sudah tidak lagi memandangnya. "Nadine tak lapar tapi Emir lapar."

"There's nothing to do with me."

"Emir tak ada selera lah nak makan kalau Nadine tak ada dekat sebelah." Emir berdegil mahu Nadine turun bersama dengannya. Di sini bukan dia saja yang belum makan dari semalam, tapi Nadine pun sama. Mereka berdua mogok tidak mahu makan. Masing-masing sibuk layan perasaan punya pasal sampai lupa pasal perut.

"Gediknya," ujar Nadine perlahan. Dia tahu Emir mahu dia makan sebab itu jejaka ini sibuk memaksa dia untuk turun. Tak ada selera konon!

"Gedik-gedik pun suami Nadine juga," balas Emir selamba. Bukannya dia tidak dengar apa yang Nadine cakap tentangnya. Dia ini telinga lintah tau! Lagipun jarak mereka tidaklah jauh mana sampaikan Emir tak boleh dengar apa yang Nadine cakap.

"Hurgh! You nak apa sebenarnya ini? Mengacau sajalah! Pergilah sarapan nuh!" ujar Nadine sedikit kasar. Geram sungguh dia dengan Emir sekarang ini. Ada juga yang makan penumbuk sekejap lagi karang!

Emir ingin menarik tangan Nadine tapi niat dia tergendala di tengah jalan. Dia tarik semula tangannya dan mengeluh kecil. "Turun sarapan. Selagi Nadine tak turun, Emir akan terus paksa sampai Nadine nak."

"Kalau I tak nak?"

"I got no choice babe! Emir dukung Nadine sampai ke bawah, biar mama dan papa nampak. Choose Nur aisyah!" ujar Emir sedikit tegas. Matanya tajam menikam mata Nadine. Panahan mata Nadine juga tak kalah tajam sekarang.

"I hate you Emir!" Nadine angkat punggung dengan kasar dan berlalu keluar dari bilik, turun ke bawah. Melihat akan panahan mata Emir, Nadine tahu Emir tidak bergurau dengan kata-katanya. Cis! Reti pula mengugut sekarang!

"Well, I love you, my Humaira," ujar Emir sendiri. Dia senyum dan mengatur langkah keluar dari bilik mengikut langkah Nadine.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now