"Noted mama." Mama senyum dan mendaki tangga. Mama begitu perhatian padanya. Kadang-kadang Nadine merasa ada mummy dalam diri mama. Mama betul-betul ingatkan dia pada mummy.

Segenap fikiran memikir tentang mummy dia tiba-tiba rasa badannya panas. Pelik. Kenapa tiba-tiba panas ni. Kipas masih berfungsi. Nak buka aircond malas pula.

Nadine kibas-kibas di sekitar lehernya. Peluh yang merenek-renek keluar di sekitar wajah di seka.

"Urgh! I'm hot!" Getah rambut berwarna di hitam di pergelangan tangan dicabut dan dia mengikat rambutnya dengan getah rambut hitam itu.

"Emir..."

















EMIR mengatup pintu utama perlahan-lahan. Dia mengeluh kecil dan mengurut tengkuknya. Ruang tamu gelap gelita. Pasti semua orang sudah tidur. Dia mengatur langkah ke tangga namun langkahnya tergendala melihat gelas di atas meja di ruang tamu. Ada telefon Nadine juga di situ. Tetapi mana Nadine?

Emir berjalan ke meja itu dan mengambil gelas dan telefon milik Nadine. Dia meneruskan jalan ke dapur membasuh gelas itu dan meletakkan di tempatnya. Setelah itu dia berjalan ke biliknya. Tertanya pula dia, Nadine betul-betul tunggu dia ke? Mengapa telefon Nadine ada di ruang tamu. Nadine lupa mahu mengambilnya mungkin.

Sepanjang langkahnya ke bilik, dia memikir banyak benda. Tentang Nadine, kesnya yang masih belum selesai. Dan dalam pada masa yang sama hati dia rasa tak sedap. Rasa macam ada aura lain.

Tidak menunggu lama dengan kaki panjangnya itu, dia telah sampai ke biliknya. Pintu bilik dibuka dari luar dan Emir tersentak apabila katilnya kosong. Suasana di bilik itu gelap. Seperti tidak dihuni sesiapa. Mana Nadine? Makin pelik Emir. Dia lempar pandangan ke bilik air. Pintunya terbuka dan lampu di dalam bilik itu juga. Mungkin Nadine ada di situ?

Emir tetap mahu memeriksanya dia berjalan ke bilik air namun ada satu tangan terlebih dahulu menariknya. Emir terasa tubuhnya ditolak ke dinding.

Bau harum menusuk ke hidung Emir. Dia tersentak apabila sepasang mata merenungnya dengan penuh... Menggoda? Mata Emir terkelip-kelip dengan renungan Nadine.

"Emir..."

Oh! Lemah lutut Emir mendengar suara itu seperti ingin menggodanya. Emir terkesima. Bibirnya terkumat kamit ingin mengeluarkan suara.

"N-Nadine... W-why you..."

"Shhh... Why you're so late hurm? I waited for you, abang..." Suara itu betul-betul dekat dengan telinga Emir membuatkan dada Emir berombak kasar. Apa telah jadi ini? Kenapa dengan Nadine?

Emir tidak rasa Nadine sedar sekarang dengan apa yang dia cakap ini. Emir telan air liur apabila jari runcing Nadine berlari di sekitar dadanya.

"Nadine are you okay?" soal Emir lembut. Tubuh Nadine ditilik atas bawah. Air liur yang ditelan terasa perit. Pakaian Nadine sekarang sangat menggugat imannya. Emir cuba kawal nafsunya. Dia tahu Nadine tidak mahu semua ini berlaku. Dia tidak mahu mengambil kesempatan.

"Hm?" Nadine gelak kecil dan mencium rahang Emir. Emir pejam mata seketika, jari Nadine makin nakal berlari di sekitar tubuh dan lehernya.

"I want you... Please Emir." bisik Nadine seperti memujuk. Dia terasa hati apabila Emir tidak membalas setiap perbuatannya. Tangannya sudah melilit di leher Emir. Renungannya bertukar lembut.

"N-Nadine this isn't you. Wake up! Kenapa you tiba-tiba macam ni?" Bila Nadine menyentuhnya tadi, Emir dapat rasa kulit Nadine agak panas.

Nadine mendekatkan wajahnya di leher Emir. Dia menggesel kepalanya di leher Emir membuatkan jejaka itu makin tidak keruan. Emir ketap kuat rahangnya.

"I already wait for you, Emir. I have fullfil your wish. So can you fulfill my wish right now?" bisik Nadine seakan berjauh hati. Kenapa Emir tidak faham kehendaknya sekarang?

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now