67

5.3K 313 13
                                    


FLASHBACK

2 tahun dahulu

" Tuanku, Cik Puan tak ada kat bilik. Cik Puan hilang!" Suara cemas Naim di corong telefon mengejutkan Aisar yang baru sahaja mahu memulakan mesyuarat pertamanya sebagai Raja Pemerintah.

" Kau dah check dah ke Naim?"

" Dah. Dia..kami syak Cik Puan letak ubat tidur dalam makanan malam kami semalam. Semua tidur lena.. dan ada surat tinggalan juga untuk kami..dan satu surat juga untuk Tuanku."

Aisar terpaku seketika.

Adakah Dhia lari? Jadi Dhia tinggalkan dia?

Tak mungkin! Dhia dah janji akan tunggu dia.

" Sayang akan tunggu abang?"

Dhia senyum manis dan meletakkan tangan di dada Aisar.

"Always."

Masih terngiang ngiang lagi suara Dhia berbisik menyimpul janji terpatri.

" Cari dia Naim. Cari isteri aku!"

" Baik Tuanku." Talian diputuskan.

Aisar bingkas bangun melihat rata rata menteri sudah masuk memenuhi ruang bagi mesyuarat mereka kali ini.

"Meeting cancel, kita postpone ke hari lain."

—————————————————

Pilu sungguh terasa hatinya mengetahui satu kemalangan kereta berlaku kira kira 30km dari kawasan rumah Naim. Kereta tersebut terbabas ke dalam gaung dan mengorbankan beberapa nyawa di dalamnya.

Hanya mayat Sari dan Aldric, pengasas Eugene Group yang ditemui, manakala Hanief cedera parah di kepala dan patah tangan. Manakala Dhia langsung tidak ditemui jejak. Malahan barang barang peribadi dan tanda tanda keberadaannya juga langsung hilang.

Aisar mengerahkan kesemua tenaga termasuk pasukan polis dan anjing pengesan untuk mencari tanda isterinya tetapi isterinya hilang seperti hantu.

Masih misteri di mana dia berada. Sudahlah isterinya membawa dua anak kembar, anak sulung mereka, yang juga pewaris takhta Inderaloka seterusnya.

Dia sungguh risau isterinya jatuh ke atas tangan si jahat untuk kepentingan tertentu memandangkan isterinya mempunyai sesuatu yang berharga.

Rasa sesal yang tinggi mula timbul, membiarkan Dhia jauh darinya. Sepatutnya dia endahkan saja rayuan Dhia untuk menetap lebih lama di rumah Naim. Dia seharusnya membawa Dhia bersama pulang ke istana.

Andai waktu boleh diputarkan, pasti ini semua tidak akan terjadi.

Sultan Aminullah cukup marah dengan dirinya.

" Ayahanda fikirkan rancangan kamu hari itu cuma mahu keluarkan Dhia dari istana tapi tak sangka kamu bertindak berkahwin lain! Suami jenis apa kamu ini, kamu sakitkan hati isteri kamu sendiri."

" Dan ayahanda langsung tak tahu dia menetap di rumah Naim di Daraya. Naim seorang tak memadai untuk melindunginya Aisar!"

Aisar juga tidak tahu mahu mengeluarkan kata. Dia rasa cukup keliru. Sehingga dia terasa benar benar bodoh.

" Aisar tidak mahu tarik perhatian sesiapa, sebab itu Aisar just letak Dhia naturally tanpa pengiring pengiring. Aisar percaya Naim boleh...."

" Habis tu mana dia sekarang Aisar? Mana?" Tempik Sultan Aminullah. Tengku Mahkota Treez, Tengku Damian anak sulung dan abang pada Dhia Aralyn hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan Danial dan Danzel. Cuma Danzel sibuk menaip sesuatu di dalam telefonnya.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now