64

5.9K 330 14
                                    


" Ibu, Dhia takut." Dhia mengikuti Ibu Sari menyelusuri satu lorong yang seakan tiada penghujungnya. Lorong itu seakan lorong bawah tanah.

Ibu Sari hanya berjalan selamba seolah tiada apa berlaku.

" Jangan mengada Dhia, ikut sahaja ibu." Sedikit naik suara Ibu Sari menyebabkan gadis kecil itu terdiam. Dia takut jika Ibu Sari marah, dia akan sakit.

Mereka berjalan sehingga kelihatan satu pintu kayu yang tertutup. Hanya itu sahaja yang terlihat, dan lorong itu berakhir disitu. Ibu Sari berdiri tepat di hadapan pintu itu dan memegang pemegang pintu itu.

" Dhia?" Ibu Sari menoleh ke arah Dhia yang kelihatan gelisah itu.

" Ya ibu." Jawab Dhia, pantas.

" Kamu tahu, maksud pengorbanan?"

Dhia mendongak memandang Ibu Sari, lama. Dia pernah mendengar perkataan itu tetapi dia tidak tahu akannya. Mulutnya juga terkunci, tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.

" Tak tahu ibu. Dhia tak tahu," balas Dhia polos, mengundang tawa kecil Sari.

" Sudah tentu, kamu baru berusia 7 tahun. Mana mungkin kamu tahu tentang maksud pengorbanan."

Sari mendiamkan diri sebentar, seolah olah mahu menyambung kata katanya.

" Pengorbanan itu.. maksudnya.. apabila kamu lepaskan sesuatu yang kamu cinta, yang kamu sayang..demi kebahagiaannya.."

Sari diam lagi, lebih lama. Dhia mengerdip ngerdip matanya, masih belum faham sepenuhnya apa yang dikatakan.

"...dan apa yang kamu lakukan sebentar lagi, adalah pengorbanan kamu untuk ibu. Sanggupkah kamu Dhia, lakukannya demi ibu?" Sari memandang Dhia, yang juga membalas pandangan itu.

" Dhia sayang ibu, jadi Dhia sanggup." Kata Dhia, masih belum sedar apa yang bakal dilaluinya sebentar saja nanti. Sari tersenyum.

" Good girl, Dhia."

Telinganya tiba tiba menangkap suara asing tapi masih dikenalinya, menghilangkan mimpi dan suara Ibu Sari pergi dari mindanya. Kedengaran seperti ketegangan sedang berlaku, dan dia kurang faham mengapa.

" Kau dah gila Aisar? Cukuplah semua benda gila yang kau dah lakukan sebelum ni. Rakyat pilih kau untuk menggantikan ayahanda kau. Kalau kau tak nak naik takhta, jadi buat apa kau berjuang selama ni?"

" Isteri aku tak sihat Lukman. Kau tengok dia sekarang. Dhia belum kuat untuk lalui semua ini. Musuh akan sentiasa mencari jalan untuk dapatkan Dhia. Lebih lebih lagi jika dia naik sebagai Permaisuri nanti. Aku dah putuskan. Aku akan lepaskan takhta tu. Aku takkan tinggalkan isteri aku." Suara Aisar pula menyapa gegendang telinganya.

Kedengaran Lukman mendengus.

" Walau macam mana pun kau kena fikir pasal rakyat juga Aisar. Kau orang yang paling layak untuk menerajui Inderaloka. Rakyat perlukan seseorang untuk lead mereka." Suara Qaid tiba tiba menyampuk.

" Pernah tak someone fikir tentang aku? Aku juga perlukan seseorang untuk control my inner wolf, my inner emotion. Aku perlukan isteri aku. Isteri aku Dhia Aralyn. Aku cintakan Dhia Aralyn sangat sangat. Korang ni sebenarnya faham tak?." Keras Aisar membalas.

Seketika hening suasana itu.

" Kau kena tahu beza keutamaan tanggungjawab kau, antara negara dan diri kau sendiri Aisar. Kalau kau menolak takhta itu, maka tiada lagi yang layak untuk takhta itu. Kau nak suruh Aiman? Aiman tidak dilatih untuk memimpin, Aisar. Bear that in your mind."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now