48

4.9K 254 7
                                    


Aisar menghempas fail itu ke atas meja pejabat ayahandanya, dia benar benar bengang. Sultan Riyadh boleh buat tidak tahu akan kemarahan rakyat mengenai berita penemuan kubur beramai ramai itu.

Banyak spekulasi berkumandang. Entah siapa yang membocorkannya tentang ujian makmal ke atas mayat mayat itu, ada media yang mula menebak tentang konspirasi eksperimen oleh pihak kerajaan pemerintah Sultan Riyadh. Ramai yang merasakan bahawa Sultan Riyadh memang sedang menyembunyikannya.

Sudah ada pihak yang mendesak agar Sultan Riyadh diturunkan, dan anaknya Putera Mahkota Aisar naik menggantikan takhta. Kerana jelas kedua figura ini mempunyai sisi berbeza. Aisar tampak lebih tegas dan berwibawa mengemudi kepimpinan.

Cuma satu yang menghalang, iaitu Sultan Riyadh sendiri yang tidak mahu menyerahkannya. Hari itu sibuk nak bagi takhta, sibuk menyoal tentang pewaris. Memang pada mulanya Aisar tidak mahukan lagi takhta itu walau itulah cita citanya kerana tidak mahu memaksa Dhia. Tetapi bila dah semakin banyak benda merepek repek mula timbul, semakin banyak yang tidak kena dengan ayahandanya, dan keselamatan Dhia boleh tergugat, Aisar merasakan dia patut mengambil alih takhta itu secepatnya.

Kini persetankan semua hal pewaris itu.  Dia sudah memikirkan cara dan jalan lain untuk memiliki takhta ini.

Walau dia terpaksa ketepikan Dhia dalam soal ini.

Maafkan abang Dhia. Abang terpaksa. Abang perlu lakukannya. Seseorang perlu lakukannya.

" Ayahanda langsung tak cakna pasal ni. Ayahanda tahu tak rakyat marah dengan kita? Apa yang ayahanda sedang lakukan sekarang nih?!" Keras Aisar menyoal.

Mata Sultan Riyadh mencerlung. Berani sungguh si anak sulungnya ini meninggikan suara. Sudah berapa kali mereka bertengkar, dan pastinya kali ini tidak akan berakhir dengan baik.

" Jaga sikit mulut kamu Putera Mahkota. Walau bagaimanapun aku masih raja Pemerintah Inderaloka." Balas Sultan Riyadh, suaranya juga naik seoktaf. Aisar menahan baran yang mula mencanak, dadanya naik turun tanda api kemarahannya sudah meningkat.

"Apa ayahanda kata? Raja Pemerintah? Heh, raja apakah membiarkan kes sebegini begitu sahaja? Tanpa penjelasan yang munasabah! Apa sebenarnya yang ayahanda nak sorokkan nih?" Bidas Aisar geram . Matanya tidak lari dari tepat memandang ayahandanya, seolah olah mahu Sultan Riyadh tahu, dia benar benar maksudkan.

" Kamu tuduh ayahanda?" Sultan Riyadh dingin membalas pandangan Aisar. Keduanya saling bertatapan, keduanya seakan mahu menerkam.

" Kenapa? Ayahanda terasa?" Sinis balasan Aisar, memeluk tubuh. Sultan Riyadh mengetap rahang, kecil besar kecil besar je aku tengok ko.

" Jadi bawakan bukti. Ada sebarang bukti yang ayahanda sorokkan sesuatu dari semua? Kalau ada tunjuklah." Tenang Sultan Riyadh membalas sambil menyandar elok di kerusinya.

Aisar diam. Dia kelihatan memikirkan sesuatu sambil menghela nafas. Matanya masih merenung ke arah ayahandanya yang kelihatan mengukir senyum sinis. Senyum yang dia tahu, sedang mengejeknya dalam diam. Aisar tersepit. Itu ayahandanya yang membesarkannya, yang menyekolahkannya, yang pernah mengajarnya erti kehidupan.

Tetapi siapa sebenarnya Sultan Riyadh? Apa kaitan dia dengan Sari?

" Aisar akan cari bukti itu." Sepatah Aisar membalas. Sultan Riyadh masih mengukir senyum sinis.

" Tapi Aisar tahu kalau Aisar cari, bukti itu akan jelas tergolek depan mata. Jadi..." dia menarik nafas seketika.

"... Aisar nak minta satu perkara. Aisar nak takhta ayahanda sebagai Raja Pemerintah."

Wajah Sultan Riyadh tidak beriak tapi dia bersandar ke kerusi pejabatnya sambil matanya tidak putus memandang Aisar.

" Kenapa?" Soal Riyadh. Aisar kelihatan keliru.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now