19

6.8K 349 6
                                    

Pagi hari pertama resepsi di Istana Lentera.

Matahari masuk menyinari ke dalam bilik persalinan  Putera Mahkota. Sepasukan penggayaan yang dibentuk khas untuk pakaian dan mekap Puteri Dhia sudah datang tepat jam 7 pagi kerana majlis akan bermula pada jam 12 tengahari. Majlis mendapat tajaan siaran langsung ke seluruh dunia melibatkan kos jutaan IL. Jadi layaklah digelar wedding of the year.

Tetapi jam 7 pagi yang sepatutnya waktu yang awal untuk pasukan busana Puteri Dhia memulakan tugas mereka menjadi huru hara apabila mendapati Puteri Dhia tiada di biliknya.

Puas satu istana mencari termasuk Aisar serta abang abang Dhia tetapi tidak berjumpa si gadis itu.

Aisar tahu mengapa isterinya bertindak begitu. Dhia bertindak protes tidak mahu muncul di khalayak ramai. Tak hanya begitu, dia tidak habis habis mengatakan dirinya tak cantik, tak sepadan dengan suaminya.

Hairan dimana katanya tak cantik itu. Kerana bagi Aisar, Dhia gadis paling cantik yang dia pernah tengok dalam hidupnya. Mata redup hazel milik isterinya memang memukau. Mana yang tang kata tak cantik itu?

Sejam mencari di seluruh kawasan istana, rupanya Dhia tidur di gazebo dekat dengan kandang kuda. Gila ke minah ni. Tak bau najis kuda ke? Gazebo itu lah orang istana Lentera paling elak nak lalu, sebab bau najis kuda yang agak kuat.

Aisar hanya geleng kepala. Cabaran betul nak settle down dengan minah ni. Gaduh sikit lari tidur tempat lain. Bersepah sepah pula tu lokasi tidurnya. Tepi kandang kuda pun dia tak kisah.

Sejam kemudian pula Dhia kekal protes tak mahu mekap, tak mahu pakai baju busana pengantin. Dia masih lagi bertegas tidak mahu muncul di khalayak ramai. Dia tetap duduk di katil tidak mahu bangun langsung hingga Valerie , ketua pasukan penggayaan pengantin perempuan terpaksa memanggil Putera Aisar untuk memujuk Dhia.

" Semua keluar sekarang. Aku ada hal nak settle dengan isteri aku," arah Putera Aisar tegas. Sekelip mata kamar tidur itu terus kosong dan hanya tinggal mereka suami isteri yang berbeza raut wajah itu.

Aisar kemudian berjalan ke arah wardrobe. Seketika kemudian dia keluar dengan hanya bertuala sahaja menunjukkan tubuh tegapnya yang sasa. Wajahnya kelihatan cukup tenang.

Dhia mengerut dahi, pelik.

Dia ni tak nak cakap apa apa ke? Majlis lagi 3 jam je ni, ni pun sekarang dah pukul 9 pagi. Tapi macam selamba je dia ni.

" Awak nak gi mana?"

Aisar mengangkat kening. " Tak de gi mana. Nak duduk dengan kau."

Dhia merenung Aisar dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

" Dengan macam ni?" Jari Dhia menunjuk ke arah tubuh suaminya yang tidak berpakaian, hanya beralaskan tuala.

Aisar mengangguk. " Hmm."

Terbeliak matanya. Eh gila ke?

" Jangan buat gila awak. Pergi pakai baju sekarang!"

Aisar senyum sinis.

" Kenapa aku nak buat gila? Aku boleh duk sini berjam jam dengan kau. Kau isteri aku, macam macam kita boleh buat. Lagi senang kalau aku tak pakai apa apa." Makin sinis dan seakan bercampur manja suara Aisar, menyeramkan halwa telinganya.

" Awak jangan macam macam Aisar. Awak dah lupa ke pasal majlis hari ni."

Aisar lepas ketawa.

" Sayang, majlis resepsi tu untuk kita, bukan untuk abang seorang. Sayang tak nak datang, tak ada masalah. Senang senang kita sama sama tak hadir. Abang boleh batalkan semua majlis majlis itu, abang tak kisah pun."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now