34

6.6K 315 24
                                    


2 hari Dhia diserang demam panas. Dan 2 hari Aisar menemani isterinya. Jadual kerjanya yang cukup padat diubah serta merta.

Dia tidak peduli jika melayang berbilion duit sekali pun. Isterinya yang satu itu sedang tidak sihat.

Dhia pula menjadi lebih manja apabila time demamnya melanda. Ada je yang tak kena. Air suam lah, nak ais batu lah, nak kueh tiow kerang lah, aiskrim MCD la.

Belum lagi kisah dia merajuk nak kembali bekerja keesokkan harinya. Tengah demam, sibuk juga bangun nak bekerja. Terpaksa Aisar memarahinya hingga gadis itu menangis. Mujur terpujuk juga apabila Aisar membawanya jalan jalan di tasik belakang. Tak padan dengan demam.

Tidur pula hendak dipeluk. Aisar hanya sabar sahaja melayan karenah isterinya. Tidak sangka pula memang dia jenis manja masa sakit begini. Teringat ketika dia menelefon Danzel, begitu lah yang diberitahu si Danzel.

" Kalau tima sakit, adik aku tu tak macam Dhia Aralyn yang biasa kau kenal, Aisar. Good luck."

Ceh!

Setelah memastikan isterinya sudah makan, mengambil ubat dan tidur nyenyak, Aisar lantas bangkit dari pembaringan dan memakai jaket kulit berwarna hitam.

Ada sesuatu yang dia curious. Ada sesuatu yang berlegar dalam fikirannya.

Dahi Dhia dicium rapat. Dhia nampak terganggu, mungkin kerana sentuhan suaminya makin renggang.Aisar berjalan masuk ke wardrobe, mengambil hoodienya yang tergantung dan keluar dari dalam wardrobe menuju ke arah Dhia yang masih nyenyak. Hoodie itu diselimutkan ke tubuh Dhia. Seketika Dhia tampak lebih tenang.

" Abang akan ada kat sini sebelum sayang bangun. Tidur lena okay." Rambut coklat Dhia diusap usap seketika sebelum dia bangun dari katil.

Sempat dia menjenguk Dhia sebelum keluar dari kamar mereka. Naim setia berdiri di hadapan bilik mereka.

" Aku percayakan kau untuk jaga isteri aku. Ada sesuatu yang aku nak selesaikan. Kalau isteri aku bangun, katakan yang aku di pejabat sekejap, dan terus call aku. Jangan beritahu dia yang aku tiada di istana. Pesan kepada Umairah untuk tengokkan isteri aku dulu."

Naim mengangguk. Jejaka tinggi lampai itu memang boleh dipercayai kerana Naim dan ayahnya berkhidmat dengan keluarga mereka sejak kecil.

" Baik Tuanku, junjung perintah."

————————————————-

Password telefon bimbit jenama Shamseng itu berjaya dibuka oleh Qaid dengan sekali percubaan. Setelah dilihat, galeri penuh dengan gambar gambar Dhia yang diambil secara sengaja. Dhia sedang merawat pesakit, berbual, menolak troli ubat, menulis malahan sedang termenung juga ada dalam telefon itu.

Aisar rasa mahu memijak telefon itu, berani betul dia mengambil gambar gambar bakal Permaisuri tanpa izin.

Si Lukman pula sedang memeriksa sesuatu dalam iPad miliknya, dan Haris, seorang lagi rakan mereka, yang merupakan Inspektor Polis di IPD Isis, sedang berpeluk tubuh.

Seorang lelaki diikat silang di dinding, terkulai lemah, dibelasah Aisar baru sebentar tadi. Aisar yang meminta Haris untuk meletakkan Shah di kem rahsia mereka dahulu sebelum diserahkan sepenuhnya kepada polis.

" Last aku tanya, kenapa gambar gambar isteri aku ada dalam telefon kau Shah?"

Shah tersengih, walau wajahnya teruk dan pecah sana sini akibat ditumbuk, tetapi dia mampu memberi senyuman lebar.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now