55

5.6K 286 12
                                    


" Naim, lambat lagi ke kereta saya nak siap? Ni dah masuk 5 hari saya duduk rumah awak. Tak manis saya duduk rumah awak lama lama." Ujar Dhia, ketika mereka melepak di pangkin halaman rumah pada suatu petang.

Naim mengoyak buah mangga kecil itu yang dibelinya di pasar pagi, mengetahui Cik Puannya itu kecur air liur mahukan makan masam masam. Mujur Nelisa yang memaklumkan padanya, kalau si Dhia ni sendiri nak cakap, memang tak lah. Suka pendam sendiri kadang kadang.

4 bulan menjadi bodyguard peribadi Dhia, menyebabkan dia hampir menghafal kesemua kesukaan Dhia. Dan buah yang masam menjadi list baru sebab setahunya Dhia tak suka buah masam.

" Kereta Cik Puan banyak cedera, pening mekanik tu nak repair yang mana satu." Balas Naim selamba menyebabkan Dhia mencebek.

" Nama pun mekanik, takkan tak tahu nak repair yang mana." Rungut Dhia. Naim mengangkat bahu dan bangun melangkah ke paip air tepi sana, dia mahu membasuh buah.

Kemudian buah itu dipotong kecil kecil dan diletakkan dalam pinggan. Pinggan itu dihulurkan tepat ke Dhia.

Dhia merenung lama ke arah pinggan berisi potongan buah, matanya tiba tiba bergenang.

Setitis air matanya jatuh. Melihat keadaan itu Naim panik.

" Cik Puan."

Dhia geleng. Wajahnya ditundukkan.

"Sepatutnya suami saya yang layan saya macam ni..."

"....tapi saya kat sini dengan status digantung tanpa tali." Laju air mata Dhia jatuh. Entah dimana kekuatannya sekarang. Dahulu dia tidak begini. Dia kuat, dia boleh harung segala galanya.

Dia pernah lari dari istana, dia duduk luar istana, berani bekerja tanpa izin ayahandanya sehingga akhirnya Sultan Aminullah beri izinnya. Di mana kekuatannya hilang?

Mungkin sejak dia mengenal erti cinta yang diberikan oleh suaminya. Suaminya, cinta pertamanya. Aisar Iskandar, lelaki yang membuka hatinya untuk mencintai. Dan setelah itu dia lemah, selemah lemahnya.

Dia sedar dia terlampau bergantung kepada Aisar, untuk kuat. Di mana mana dia tetap perlukan Aisar. Hanya Aisar yang memautnya, yang menenangkannya, yang membisikkan kata kata manis, untuk dia bertahan.

Tapi kali ini dia tidak boleh. Dia keseorangan. Aisar tiada disisi untuk dia berpaut lagi. Oleh itu dia harus kuat. Dia sudah ikhlas dan redha melepaskan Aisar ke wanita lain.

Dan dia perlu cari kebahagiaannya sendiri.

" Cik Puan.." kata Naim, teragak agak seketika.

Tetapi Dhia masih lagi tenggelam dalam kesedihan, menyebabkan Naim hanya diam membisu.

" Naim, kenapa suami saya buat macam ni kat kita? Sampai hati dia duakan saya. Sampai hati dia curang kat saya. Saya masih tertanya tanya apa salah saya kat dia, sampai macam ni sekali perbuatan dia kat saya.." teresak esak Dhia menangis, dia mengelap air matanya.

Naim masih diam, dalam masa yang sama dia tumpang simpati akan Dhia. Dia tiada jawapan yang khusus untuk soalan itu. Arahan terakhir yang diterima, jaga Dhia seperti nyawa sendiri.

Seperti nyawa sendiri.

Nyawa juga perlukan jiwa, dan jiwa itu perlukan nurani, seperti wanita dihadapannya ini. Dia akui, hatinya terusik melihat kesedihan wanita ini. Dia tahu hati Dhia benar benar hancur. Jauh di sudut hati Naim, tidak adil Aisar perlakukan Dhia sampai macam ni walau dia tahu Aisar mahu Dhia selamat dari bahaya yang bakal terjadi di istana.

"Cik Puan, jom saya bawa ke pantai. Tak jauh dari sini. Cik Puan pakailah hoodie, tak ada orang kenal Cik Puan nanti."

Dhia mengelap air mata, nampak dia seperti tertarik dengan ajakan itu.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now