44

5.5K 256 8
                                    


Mata Dhia terbuka luas, melihat siling yang dikenalinya sejak 4 bulan lalu. Dia melilau ke sekeliling, itu bilik tidurnya. Bukan bilik bawah tanah yang sering dimimpikannya. Terasa kelopak mata dan pipinya basah, setitik air mata turun lagi menuruni ke pipi.

Tangannya menggeletar. Terasa mimpi itu baru berlaku semalam. Masih baru lagi. Bayangan itu sering datang menghantuinya. Lorong itu, bilik itu, keadaan Zahra, wajah Ibu Sari......

Tubuhnya diraih ke dalam pelukan seseorang. Bau maskulin menusuk ke hidung, memberi ketenangan segera kepadanya. Dia lega. Cukup dia tahu, lelaki ini ada disampingnya.

Usapan belakang badannya memberikan lebih rasa tenang. Tangannya naik automatik memeluk pinggang si lelaki itu.

" Kenapa ni sayang? Sayang mimpi lagi?" Suara Aisar cukup risau. Dhia angguk, tidaklah mungkin dia mahu menafikan lagi.

" Abang ada..abang ada.. kat sini.."

Dhia peluk erat tubuh Aisar, ketakutannya jelas terhapus . Betapa dia takut kehilangan lelaki ini. Dia risau, dia pembawa malang. Dia pembawa sial. Tetapi salahkah dia mementingkan perasaannya, meletakkan rasa cintanya di atas. Dia cukup menyayangi Aisar. Lelaki itu sempurna baginya. Lelaki ini telah berjanji untuk menjaganya. Dan berjanji untuk bersama sama selamanya. Sepatutnya Aisar layak mendapat orang yang lagi baik darinya. Ya. Lebih baik darinya.

Namun, dia mahu mementingkan diri sendiri dahulu. Kerana dia terlalu mencintai Aisar, sukar baginya untuk berpatah balik. Katakan dia pentingkan diri, dia sudah tidak kisah.

Tanpa sedar dia menangis perlahan. Esakan halus itu walau bagaimanapun tetap didengari oleh suaminya.

"Hey sayang.. you already safe now,syyhhh.." pujuk Aisar lembut, tangannya mengeratkan lagi pelukan itu.

Esakannya lagi bergema.

" Jangan tinggalkan Dhia." Perlahan Dhia menutur kata dengan suara seraknya. Aisar menggeleng, mengusap rambut Dhia.

" Jangan lepaskan Dhia, walau apa pun."

Aisar senyum ringkas, kepalanya digeleng lagi.

" Dhia bernasib malang..Dhia takut Dhia..."

" Abang takkan buat macam tu. Kepercayaan apa tu? Jangan merepek boleh? Dhia sumber kekuatan abang. Kesayangan abang dunia akhirat. Kenapa abang nak tinggalkan Dhia, sedangkan hati abang Dhia dah pegang sepenuhnya. Abang milik Dhia, dan Dhia milik abang. Selama lamanya. Faham?" Sedikit naik nada suara Aisar.

Aisar meleraikan pelukan dan merenung Dhia yang tertunduk, masih menangis teresak esak. Jarinya memegang dagu dan mengangkat wajah isterinya. Lencun terus, dengan merah matanya.

" Jangan sesekali kata diri Dhia macam tu. Tak pernah ada manusia dilahirkan dengan tentuan nasib malang atau bertuah. Kita hidup berlandaskan Qada' dan Qadar, apa yang kita rancang, Allah yang tentukan. Buang semua negative thinking dalam kepala Dhia. Abang tak nak ianya sampai memakan jiwa Dhia nanti." Perlahan tutur kata Aisar, tidak keras seperti tadi.

Dhia mengensot ke hadapan dan tangannya diletakkan ke leher Aisar menjadikan mereka sama tinggi. Mereka masih dalam posisi baring, saling bertatapan antara satu sama lain. Aisar mengusap pipi Dhia yang masih dibasahi air mata.

" Dhia takut kehilangan abang.." serak suara Dhia berkata kata. Aisar senyum dan mencium dahi isterinya.

" Abang takkan ke mana mana sayang." Dicuit hidung isterinya yang merah berair. Haih, cengeng sungguh.

" Dah, tidur lah sayang. Abang takkan tidur selagi Dhia tak lena. Abang teman sayang," bisik Aisar. Esok merupakan mesyuarat tender untuk pembinaan shop lot dan dia perlu mempengerusikan mesyuarat tersebut, tapi demi Dhia, dia sanggup tidak cukup tidur.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now