Kini, bayangan Nadine dan Rita dia cari. Terlihat Rita yang sudah mulai menyiapkan tempahan Air dan Nadine yang tersenyum tipis di kaunter. Senyuman Nadine terlihat seperti senyum hambar. Dipandang Ayrena dan dikembang-kembangkan hidung mancung nya.

Ayrena yang perasan akan kembang kempis hidung Nadine angkat alis. Sesekali mulut menyoal tanpa keluarkan bunyi.

Nadine memberi Isyarat kepada Ayrena untuk mara ke kaunter. Terkapai-kapai tangan di sisi kaunter memanggil Ayrena.

Tanpa lengah, Ayrena buka langkah menuju ke arah Nadine. Mungkin si Nadine ni kena ganggu dengan pelanggan gatal lagi sampai meminta pertolongan.

"Encik semua dah order ya?" Soal Ayrena saat tiba di sebelah Nadine.

"That's our drinks!" Seorang lelaki yang terlihat gagah membalas, sambil menunjukkan ke arah Rita yang sedang menyiapkan minuman. Dilihat lelaki di sebelahnya yang berbadan sedikit gempal yang hanya mengangguk-angguk. Ayrena pamer senyum.

Namun, saat dua lelaki itu membuka sedikit ruang dari berdiri rapat, pantulan cahaya mentari di antara mereka menerobos ruang mata Ayrena. Dikedipkan mata berkali-kali. Terus, dipusingkan sedikit wajah ke penjuru kanan. Terlihat seorang lelaki yang sedang membuat panggilan. Tidak dapat dia melihat siapa gerangan tuan badan kerana lelaki itu berdiri membelakangkan dia. Tangan kiri sedang elok dimasukkan ke dalam poket seluar. Manakala tangan kanan pula memegang telefon dan dihala ke telinga.

Disebabkan keadaan cafe yang hanya tinggal tiga orang pelanggan membolehkan Ayrena mendengar dengan jelas suara maskulin lelaki itu. Tetapi yang pasti bahasa yang digunakan itu bukanlah bahasa Malaysia atau Inggeris.

Lansung dia tidak faham dengan bahasa yang digunakan, hanya sebaris kata yang terakhir dia dengar dengan jelas sebelum lelaki itu mematikan panggilan.

"Merci!"

"Merci? Macam bahasa france?" Soal Ayrena tertanya-tanya dalam hati. Dia tahu serba sedikit perkataan Perancis pun kerana Atheena sering bertutur dalam bahasa Perancis. Memandangkan ketika di Universiti, Atheena mengambil kelas berbahasa Perancis. Manakala dia pula ambil kelas bertutur dalam bahasa Itali.

Perkataan France yang dia tahu pun yang biasa saja seperti Thank you, how are you dan nice to meet you.

Saat lelaki itu berpaling dan mengorak langkah ke arah mereka, tidak semena tubuh Ayrena bagai terkena renjatan. Kini, bukan terdorong ke belakang malah jatuh terduduk. Lutut terasa lemah longlai.

"Itu lelaki yang dalam kereta tadi. Arghhh! Butterfly In my stomach." Bisik hati kecil Ayrena. Jejaka yang punyai mata Hazel yang membuatkan dia punya jantung seperti mahu meletup. Terus dia gagahkan diri dan bangkit berdiri tegak.

"Yes, sir? You want to order something?" Soal Ayrena. Reaksi muka, dia cover habis-habisan. Jari jemari jangan cakaplah, sudah terketar-ketar macam nak buat presentation masa zaman universiti dulu.

"It's okay! Saya dah order kan untuk bos saya." Seorang lelaki yang gagah tadi bersuara.

"Ouh! Pandai berbahasa Melayu!" Reaksi dia sama dengan Nadine meski sedikit hampa. Lain suara yang dia mahu dengar, lain pula suara yang membalas. 

"Saya pun pandai berbahasa Melayu!" Potong  Bob. Dia yang reti berbahasa melayu sejak azali tiada lansung yang kagum. Ickey juga yang mereka pandang. Mentang-mentang lah kulit  dia bukan seperti tepung gomak.

"Baiklah Encik yang pandai berbahasa melayu!" Balas Nadine. Lama betul si Rita ni buat Air. Takkan tak siap-siap dari tadi. Bibir dah hilang kata. Hanya kehadiran Rita dan tiga bungkusan air yang dia nantikan saat ini.

"Maknanya Encik pun pandai bahasa melayu lah ya?" Ditunjukkan ibu jari Lily ke Arah lelaki yang digelarkan bos. Suka dia mendengar orang berdarah kacukan menuturkan bahasa Melayu.

"Didn't understand! English only!" Darren memberi balasan.

Ickey yang mendengar sebaris kata Darren pusing tubuh. Dilihat Mata Darren yang sudah mencerlung tajam ke arahnya.

"Actually, bos saya tak faham bahasa melayu." Cover Ickey. Tipu sajalah. Pilihan apa lagi yang dia ada.

Terlihat Bob yang seakan mahu bersuara, lantas Revolver milik Darren melekap di belakang pinggang Bob. Bob yang merasakan sesuatu objek yang sejuk di pinggangnya menyebabkan dia pegun, tidak bergerak.

"Ini mesti macam dalam drama tu, kan?" Bicara Kak Su. Pada mulanya dia hanya ingin menghantar pengepit.  Namun, sekelip mata dia pun tersesat di situ. Entah aura apa yang menarik dia di sini. Setiap perbualan pun sudah dia dengari.

"Apa tu? Kak Su lupa lah! Alah, yang macam dalam drama tu. Yang sorang bos, sorang lagi pandai berbahasa lain. Macam-macam bahasa dia pandai." Jelas Kak Su. 

"Translator?" Soal Ayrena. Jari telunjuk di angkat. Puas difikir, apa drama yang Kak Su perkatakan.

"Haa! Translator!" Kak Su mengiyakan. Bahu Ayrena ditepuk sekali. Mujurlah ada yang ingat.

"Ouh, tanslator!" Sambung Rita yang mampir ke arah Kaunter membawa tiga bungkusan air.

"Yeah! Translator! Translator!" Ickey mengulang tanda setuju.

"Ini Air Encik!" Huluran Rita disambut oleh Ickey.

End Flashback

"And then? What happened?" Soal Atheena lagi.

"Lepastu dia keluar daripada cafe and then terus balik." Remote di tangan Atheena di ambil. Ditekan punat di remote tv satu persatu.

"Macam tu je? Kau tak kejar minta no ke, nama ke atau apa-apa?"  Lagi dan lagi soalan Atheena.

Ayrena geleng kepala.

"So, sekarang aku cuma berharap yang  dia dengan aku akan jumpa lagi." Penghabisan cerita Ayrena diakhiri dengan anggukan berkali-kali daripada Atheena.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz