Aisar lepas keluh. Dia mengusap pipi isterinya tetapi Dhia segera menepis kuat.

" I told you dont touch me Aisar!"

Aisar mengangguk, dia tahu dia perlu memberi penjelasan kepada Dhia terlebih dahulu.

"Sayang tak ada salah apa apa kat abang. Its me, yang salah." Kata Aisar masih kekal tenang. Dia tahu dia perlu beri Dhia masa, dan dia juga harus faham bukan senang Dhia mahu menerimanya.

" What? Dah, dah, pergi balik kepada isteri awak yang awak nak sangat tu. Ke dah bosan dengan dia? Bila bosan baru cari saya. Bila rasa dah puas, awak tinggalkan saya. Sekarang baru datang nak cari, nak pujuk. Cukup Aisar, its over," Dhia menutur kata, geram.

Lantas dia berpusing ke belakang melangkah mahu meninggalkan tempat itu segera. Separuh hatinya gembira melihat Aisar tetapi sekarang dia benar benar naik hantu melihat Aisar seolah olah tenang tiada apa apa. Sedangkan dia merana menangis separuh mati selama ini merindui suaminya.

Nampaknya hanya dia sahaja yang beria.

"Arghhh!!" Terasa dirinya terhayun ke udara lantas dia berpaut mencari sokongan. Rupanya tangannya memaut batang leher Aisar dan suaminya sedang mendukungnya kini dan berjalan masuk semula ke halaman rumah Naim.

" Aisar," tempik Dhia, kawalan suaranya sudah tidak mampu ditahan lagi.

"No, you are not allowed to go anywhere, sayang. Not before you listen to me."

Dhia menepuk dada Aisar geram, dia menggigit bibir.

" Apa yang awak merepek ni hah? Awak dah buang saya, awak gantung saya tak bertali tahu tak."

Aisar mendudukkan Dhia di pangkin bawah pokok mangga hadapan rumah Naim, dan dia melutut sambil memegang tangan isterinya.

Mata hazel milik Dhia direnung dalam.

" Istana sekarang penuh dengan pengkhianat. Abang terpaksa singkirkan sayang dengan cara macam tu supaya sayang keluar dengan tidak bergantung dengan abang. Pendek kata dengan rela hati."

Dhia terkedu, merenung Aisar. " Pengkhianat?"

Aisar mengangguk. " Ya, pengkhianat. Abang tak nak sayang terancam sebab mereka sekarang ni menyasarkan sayang sebagai target mereka."

Dhia diam. Wajahnya seakan keliru.

" Saya? Kenapa?"

Aisar menghela nafas. Dhia tak tahu banyak perkara. Dia perlu berhati hati memberitahu Dhia kali ini, bimbang isterinya terluka. Paling dia risau, sekiranya isterinya kembali tertekan. Sudahlah dia mengandung.

" Sayang tahu tak darah sayang jenis apa?"

Dhia angguk. " Tahu, AB. Kenapa dengan benda tu?Apa kaitan dengan semua ni?"

" Sayang, you are a doctor. Sayang pasti tahu pasal rhesus kan?"

Dhia perlahan lahan angguk lagi. Wajahnya masih lagi kelihatan keliru.

" AB rhesus negative. Ada mitos disebaliknya. Pernah dengar?"

Dhia melihat suaminya lama sebelum menggeleng.

" Tak pernah dengar. Mitos apa?"

Tangan Aisar naik menyelit rambut di telinga Dhia. Dia hela nafas dan menghembusnya panjang.

" AB- adalah darah emas yang dicari ramai pihak. Jenis darah itu dipercayai dapat membantu dalam proses awet muda dan juga sebagai ubat kekuatan. Darah itu ada sumpahannya. Dan sumpahannya berguna untuk sesetengah pihak berkepentingan."

Aisar melihat wajah Dhia yang kebingungan. Wajah sang isteri yang sentiasa menemaninya dalam mimpi. Isteri yang sangat dicintainya.

"Awak cakap apa ni?" Soal Dhia, menelan air liur. Dia seakan boleh menebak jawapan Aisar yang seterusnya tetapi isy..takkan lah.

"Sayang, punca kenapa abang terpaksa keluarkan sayang dahulu dari istana sebab sayang adalah berdarah AB rhesus negative, darah emas buruan ramai pihak."

" Apa?" Seperti yang dijangka, reaksi wajah Dhia cukup terkejut.

" Sari memburu sayang sebab jenis darah itu. Company dia sedang melakukan eksperimen haram dibelakang pengetahuan rakyat. Masih ingat insiden kubur beramai ramai hari itu? Itu mangsa mangsa bahan ujikaji mereka yang gagal."

Entah mengapa rasa sakit kepala tiba tiba mendatang, seolah olah satu spark. Spontan Dhia memegang kepalanya. Bayangan lorong yang hampir setiap malam menjengah tidurnya dahulu kembali mendatangi. Sudah lama bayangan itu tidak muncul.

" Sayang." Panggil Aisar cemas. Risau jika Dhia mula tertekan semula. Tetapi Dhia menggeleng.

" Ibu Sari nak...er..kejap.. jadi darah saya dikategori darah emas?" Perlahan Dhia bertanya sambil dia renung mata Aisar. Sakit kepala mula berdenyut. Aisar angguk perlahan.

" Atau seperti yang dianggap oleh mereka. Tapi abang tak tahu nak percaya pun. Mungkin ianya mitos merepek repek."

Bayangan lorong itu kembali menjengah dan tampaknya dia semakin jauh ke dalam. Sebelum ini Dhia hanya mampu melihat bayangan lorong itu, tetapi kini ada satu imbasan pintu kayu bilik dihujung lorong itu.

Dhia memejam mata, menahan sakit kepala berdenyut denyut.

" Sayang.." Aisar memegang bahu Dhia yang mula menunduk. Wajah Dhia jelas menahan sakit.

" Sayang.. sayang!!"

" Ibu buat apa ni?" Langkahnya perlahan masuk ke dalam satu bilik di istana. Kelihatan Ibu Sari sedang menyikat rambut sambil tersenyum melihat si budak perempuan itu.

" Dhia, mari sini kat ibu."

Dhia teragak agak sebentar sebelum dia akhirnya melangkah masuk juga. Dhia menghampiri Ibu Sari yang masih sedang menyisir rambutnya.

"Sayang Ibu?" Soal Ibu Sari perlahan, menghadiahkan senyum pada Dhia.

Dhia angguk laju. "Sayang. Sayang sangat sangat."

Ibu Sari senyum.

"Kalau sayang, mari ikut ibu ke rumah kawan Ibu."

Dhia memicit kepalanya yang semakin sakit. Bayangan dahulu makin banyak memenuhi ruang mindanya. Aisar resah melihat Dhia yang seakan semakin tidak keruan.

Tidak berfikir panjang, dia mencempung tubuh Dhia yang lemah itu masuk ke rumah Naim. Mujur Naim sudah siap sedia di pintu bersama Pak Nadir. Keduanya menunduk hormat apabila Aisar menghampiri pintu masuk itu.

" Mana bilik yang biasa Dhia duduk? Saya minta tumpang kat situ sekejap," pohon Aisar, lebih kepada menghormati Pak Nadir yang berdiri juga disitu.

" Boleh Tuanku, silakan."

————————————

Double update..author tak tahu kenapa author jadi murah hati hari ni..

Jangan risau korang, author pun tak suka depa jumpa awal hahaha..ada cornflakes nanti..more and more..tak semudah itu depa akan bersama..

Tapi after this, mungkin korang akan tak suka author..sebab author kejam skejap nanti..muahahahaah..

K korang

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now