" Sayang..please, tak nak macam ni. I am sorry. Abang tak sepatutnya marah.."

Diam, tiada kedengaran apa apa balasan dari dalam wardrobe.

" Sayang..please kita pergi makan malam dulu, lepas tu abang bawa jalan jalan kat bandar nak?"

Diam lagi.

" Nak kareoke? Malam malam ada kat satu tempat ni, meriah sungguh. Naim pernah cerita dengan abang...."

Pintu dibuka deras.

"Nak!" Wajah Dhia yang seakan ceria memberi jawapan. Aisar tersenyum lalu menarik Dhia ke dalam pelukannya.

" Kita pergi kareoke ea, lepas settle makan malam kita nanti. Sebagai hadiah penghargaan abang atas malam malam sayang banyak berjaga siapkan slide tu," Aisar mengucup ubun ubun kepala Dhia, memeluk isterinya erat.

Dhia balas pelukan suaminya.

"Thank you abang. Lama dah nak gi karok. Dulu selalu juga karok dengan member tapi lama dah tak buat benda benda macam tu dah," kata Dhia, teruja.

" Member ? Lelaki ke perempuan sayang?" Aisar meleraikan pelukan sambil memandang Dhia lama.

Dhia ketawa. " Perempuan lah abang. Dhia bukan keluar sesuka hati dengan lelaki la."

Aisar mencuit hidung milik Dhia.

" You better be. Kalau tak abang potong kaki tu biar tak boleh keluar terus. Jangan mengada."

Dhia membeliak mata. " Apa ni nak potong kaki orang plak."

Aisar hanya ketawa. Dia mengucup sekilas bibir Dhia lantas menuju ke bilik air. Sempat dia mengenyit mata pada isterinya sebelum dia menutup pintu. Dhia senyum sahaja tanda membalasnya.

Pintu bilik air ditutup.

Senyuman Dhia yang lebar, kian pudar. Matanya memandang lama ke arah pintu bilik air itu sambil menghela nafas.

————————————

Makan malam yang dimaklumkan semasa Dhia menghadap Permaisuri Sofea rupanya makan malam bersama Diplomat Inderaloka ke Korea. Mereka akan pulang ke Inderaloka setahun sekali untuk mengemaskini maklumat maklumat berkaitan dan memperbaharui kewarganegaraan mereka.

Kerana kewarganegaraan di Inderaloka perlu dipilih satu sahaja. Jika dia memilih menjadi warganegara luar, passport akan dilucutkan dan dia akan diberi visa pelancong selama 3 bulan sahaja.

Jika dia mahu kekal sebagai warganegara Inderaloka, pemaustatin seperti Kedutaan perlu pulang sekurang kurangnya setahun sekali.

Dan makan malam yang sepatutnya menjadi makan malam yang ceria, bertukar tegang. Jelas kelihatan wajah Aisar, dan juga Aiman yang seakan tidak selesa langsung. Disebabkan seorang figura ini, Dr Kyra Rania.

Rupanya Dr Kyra merupakan anak diplomat itu, Datuk Seri Khairul Azmin. Tetapi keluarga Datuk Seri Khairul pulang dahulu ke Inderaloka sebelum Kyra kerana mereka mempunyai urusan lain untuk passport mereka. Kyra pula akan menetap terus di sini atau begitulah yang dikhabarkan oleh Datuk Seri Khairul tadi.

Aisar hanya beriak dingin. Langsung tidak memandang ke arah Kyra. Manakala Aiman hanya tunduk memakan nasi. Hanya Aizat yang berkelakuan normal. Si Aisya pula, macam biasa, buat muka. Tapi Dhia sudah biasa. Malas nak layan minah tu.

Masuk sesi makan dessert, Aisar dipanggil oleh Sultan Riyadh dan Datuk Khairul ke ruangan lain. Sebelum itu sempat Aisar mengucup dahi Dhia, berpesan untuk tunggu sekejap sementara dia di bilik perbincangan. Dhia angguk, faham.

Dhia baru selesai makan apabila menyedari tempat Aisar disebelahnya diisi oleh seseorang.

"Hi Dhia, kita jumpa lagi," sapa Kyra tersenyum manis. Seorang dayang meletakkan pinggan dessert di hadapan Kyra. Sempat dayang tersebut bertanyakan Dhia, jika Dhia mahukan juga, tetapi ditolak baik oleh Dhia.

"Hi Kyra. Tak sangka yang awak ni anak Datuk Khairul, anak Diplomat." Balas Dhia, hanya berbasa basi. Tidak mahu dikatakan sombong. Kelihatan Aisya di hujung sana hanya tersenyum sinis sahaja. Entah apa lah yang perempuan tu tak puas hati.

Kyra menyilang kaki, tanda dia mahu selesakan diri.

" Biasa biasa sahaja Dhia. Setakat anak Diplomat je. You anak Sultan Aminullah. Puteri Negeri Treez,"kata Kyra sambil beri senyum. Pemurah betul dia ni dengan senyuman. Cantik, lawa pun lawa.

Tapi tak de boyfriend ke?

Dhia hanya membalas senyum.

" Untung Aisar dapat you Dhia. Cantik manis, bijak pula tu. Sesuai jadi bakal Permaisuri Negara..." entah kenapa ayat sebegitu keluar dari mulut Kyra, dan Dhia tidak berapa senang dengannya. Tidaklah mereka berkahwin kerana mahu takhta Permaisuri itu. Sedangkan Dhia siap melarikan diri ke airport gara gara tak nak bertunang dengan si Aisar.

Apa, dipintas siap siap oleh Aisar, malah lelaki itu siap mengakad nikah terus jam itu juga.

Jika difikirkan kembali, sungguh gila tindakan si Putera itu.

" Cik Kyra dah putuskan nak kerja kat mana?" Soal Dhia, dia merasakan agak canggung dengan Kyra Rania. Ada sesuatu gap yang terbina antara mereka. Sesuatu yang ilusi, tidak kelihatan, namun ianya terbina senyap.

Kyra ketawa , jelas nampak giginya tersusun cantik. Lawanya dia, puji Dhia. Ni kalau kahwin dengan Aisar memang padan. Aku ni siapa siapa je.

" Well seems like Pusat Perubatan Utama Isis itu pilihan yang baik, so why not kita cuba kat sana right? I have been offered jadi specialist under Surgical Dept. Orang no dua dalam jabatan."

Dhia mengangguk, ya memang kerusi Timbalan Ketua Jabatan Surgical kosong, sejak Dr Izham bersara, tapi tak sangka pula diorang akan ambil orang yang muda gila macam si Kyra ni.

"Wah, congratulations, welcome to our hospital," kata Dhia ikhlas. Kyra mengangguk kecil, sambil menyisip air jus epalnya.

" Thanks, I harap misi I kat sini berjalan lancar."

" Misi? Misi apa?" Dhia hairan, tiba tiba ber misi misi bagai ni.

Kyra senyum, senyum penuh misteri.

" Take what is mine, back."

_______________________

Happy Friday korang❤️

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now