" Kali terakhir kami dengar khabar Sari, kira kira 10 tahun lalu, dia telah berkahwin dengan seseorang, khabarnya seorang ahli perniagaan yang kaya dengan hasil industri dadah. Kami risau dia akan gunakan kekuatannya untuk mengambil Dhia. Sari begitu obses dengan Dhia. Undang undang negara kita susah nak sekat industri macam ni Aisar. Jauh di sudut hati, ayahanda tertanya, kenapa ayah kamu, Sultan Riyadh langsung tak peduli tentang hal ini."

Aisar mengeluh. Sebab itu dia mahu ambil takhta itu secepat mungkin. Semua undang undang akan menjadi dibawah kawalannya.

" Siapa ahli perniagaan itu ayahanda?" Soal Aisar. Sultan Aminullah menggeleng kepala.

"Kami tak tahu, sosoknya misteri. Dan Dasari pula betul betul bijak menyembunyikan dirinya."

Aisar mengangguk.

"Aisar janji Sari takkan dekat dengan Dhia. Aisar akan jaga isteri Aisar, bahagiakan dia, sayangkan dia. Aisar cintakan Dhia, ayahanda. Sangat sangat."

Sultan Aminullah dan Permaisuri Darisa mengangguk.

" Kami percayakan kamu untuk jaga Dhia."

————————————————-

" Kenapa kau datang Sari?" Ujar lelaki itu ketap rahang. Geram sungguh dia dengan wanita yang bernama Sari itu. Apa lagi yang dia nak?

" Salah ke aku datang meraikan majlis ini? Sampai hati aku tak dijemput."

Lelaki itu merenung tajam. " Kehadiran kau tak dialu alukan."

Sari ketawa kecil, matanya menangkap riak gelisah yang dipancarkan wajah lelaki itu.

"Kau takut keluarga kau tahu pasal aku? Jangan risau, aku tak pernah ingin membocorkan rahsia. Sesuai dengan perjanjian kita."

Lelaki itu menahan sabar, dada jelas naik turun.

"Aku tak mahu masa lalu Sari. Susah payah aku mendaki hingga ke saat ini. Malah aku juga menyokong perniagaan kau dari belakang. Kenapa kau perlu nak musnahkan semua sekali? Kedatangan kau akan mendatangkan syak!" Bentak lelaki itu, namun Sari hanya tenang tidak beriak.

" Semua yang kau lakukan untuk aku, takkan pernah menghapuskan dosa yang kau lakukan pada aku. Walau kau menyokong aku tahap tertinggi sekali pun, takkan sama seperti dulu. Takkan." Satu satu Sari mengucapkan kata menyebabkan lelaki itu terdiam.

" Dan kau jangan risau. Kedatangan aku cuma..untuk menghantar mesej pada seseorang." Sari melemparkan senyum. Tidak sangka gadis itu masih mengenalinya. Masih mengingatinya. Ini boleh membuka jalan yang lebih luas untuk mendapatkannya.

Lelaki itu bingung. "Siapa?"

Sari senyum sinis. "Kesayangan aku."

—————————————————

Wajah Dhia yang lena dipandang. Tadi Dhia sekali lagi mengamuk pula untuk keluar dari istana.Setelah dirawat dan diberikan sedatif ubat penenang, Dhia terus lena hingga sekarang.

Apa sebenarnya Sari mahukan dari Dhia? Fikir Aisar. Kalau tak, Sari takkan mahu mengambil gadis itu setelah 20 tahun . Apa yang Sari buat hingga Dhia seakan dirasuk hantu apabila melihatnya?

Pipi merah Dhia diusap usap. Sungguh tenang melihat si gadis itu tidur nyenyak.

Mujur lah ketiadaan mereka di majlis resepsi tadi tidak timbulkan syak wasangka. Lagipun majlis pun sudah hampir tamat. Aisar juga berada di penghujung majlis setelah Dhia lena, bagi menghormati kedatangan rakyat yang masih lagi berkunjung ke majlis mereka meraikan kebahagiaan mempelai tanpa mengetahui kejadian sebaliknya.

Aisar lepas keluhan, dipandang wajah isterinya yang masih lena.

" Abang ada untuk Dhia. You can lean on me. You can hold on me. Its okay. You are my priority. Abang takkan benarkan sesiapa ambil Dhia dari abang. Sesiapa pun, even family Dhia sendiri. If anyone tries to touch you, it will be over my dead body." Wajah dingin Aisar kelihatan nekad.

Kejadian ini juga dirahsiakan dari pengetahuan kedua ayahanda dan bondanya. Hanya dua tiga orang sahaja staff istana yang tahu, tetapi Aisar sudah memberi amaran keras agar mereka kunci mulut. Begitu juga dengan pegawai perubatan istana yang merawat Dhia, Dr Filzah. Aisar tidak mahu Dhia dipandang rendah, dia tidak mahu Dhia rasa malu di sini. Dengan segala kuasa dan kudrat yang ada, dia akan lindungi isterinya.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Selesai membersihkan diri, Aisar masuk ke dalam duvet, merangkul Dhia yang kaku lena tidak sedar. Haruman rambut isterinya menusuk ke hidungnya menyebabkan Aisar lena tidak lama kemudian.

———————————————

Double triple update for you..selamat memulakan kerja guys tapi author masih kuarantin lagi🥹

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now