KMM 26

17 0 0
                                    

MATA dibawa pejam buat seketika. Nafas ditarik dan dihembus dengan panjang. Fikirkan dapat mengurangkan debaran di dada. Tetapi tidak walau sedikit. Semakin kuat pula degupan jantung memalu dada. Entah apa yang aku debarkan sangat pun, tak tahulah. Padahal nak datang bekerja saja, bukan nak buat benda yang tidak baik.

Kepala ditoleh ke kanan dan ke kiri beberapa kali sambil kaki melangkah masuk ke dalam resort tersebut. Janganlah terserempak dengan Mastura tu. Hati aku kuat mengatakan yang dia sepertinya tidak suka akan aku. Mungkin kerana aku gemuk? Dia pula sepertinya seorang yang menjaga badan. Tubuh badannya cantik dan langsing. Sekali pandang macam model antarabangsa. Kalau lelaki yang pandang, bukan sekali pandang saja. Berkali-kali.

Ah... kenapa aku nak kena fikirkan dia? Sekarang ni, aku kena cari seorang lelaki yang bernama Amir Razin. Dia yang menghubungi aku semalam untuk datang bekerja pada hari ini.

Aku nak tanya siapa, ya? Haih...

"Eh...." Terkejut aku apabila ada seseorang menarik lengan aku dari belakang lalu dibawa ke satu lorong yang agak sunyi.

"Aduh...." Aku memegang belakang bahuku apabila ditolak kasar olehnya sehingga tubuhku terhentak ke dinding.

"Badan besar takkan sakit kut baru terhentak sikit dekat dinding tu," perli si dia.

Aku mengangkat wajah. Mahu tahu gerangan yang telah berkasar dengan aku sebentar tadi. Salam tak ada. Terus saja tarik aku. Buat aku macam tak ada hati dan perasaan saja.

"Cik Mastura kenapa buat saya macam ni?"

Dia tersenyum sinis. Tangan kirinya dibawa cekak ke pinggang. Kepala digeleng sekali.

"Kau boleh tanya kenapa? Aku sebenarnya panas aje tau dengan kau ni. Tak tahulah apa yang orang tua tu nampak dekat kau. Biasanya dia ikut saja apa yang aku buat. Aku tak boleh brain la, kalau kau kerja dekat sini. Kau nampakkan semua staf dekat sini berbadan cantik. Kurus. Bukan macam kau. Gedempol! Lemak menggelebeh sana sini."

Hinaan Mastura sedikit pun tidak membuat aku terasa. Kerana aku sudah mangli. Dari sekolah sehinggalah sekarang. Itulah alasan mereka setiap kali menghina dan membuli aku. Kalau aku melawan sekalipun, tiada gunanya. Aku mengalah, bukan kerana lemah. Aku malas nak bertelingkah dengan mereka. Tak dapat apa pun. Balik-balik aku yang sakit.

Ibu sendiri pernah pesan dekat aku. Selagi tidak tercedera, diam saja. Lama-lama mereka akan penat sendiri. Kalau tak penat jugak, pandai-pandailah.

"Saya datang ke sini atas arahan Encik Amir Razin. Bukannya suka-suka datang," balas aku.

Dia menunjal dahi aku sehingga kaki aku terundur setapak ke belakang. Main kasar nampaknya dia ni. Aku langsung tak ada usik dia pun. Yang dia nak meroyan aku dapat kerja dekat sini kenapa? Sakit mental ke?

"Sebab kaulah, aku kena marah tau. Aku nak singkirkan nama kau. Tapi si bujang terlajak tu beria-ria nak ambil kau sebagai staf resort ni. Seriously, I cannot brain la!"

"Ehem...."

Serentak kepala aku dan Mastura tertoleh ke sebelah kanan. Kelihatan satu susuk tubuh sedang bersandar pada dinding dengan tangannya bersilang ke dada. Tajam anak matanya merenung ke arah Mastura membuatkan gadis itu sepertinya sukar mahu menelan air liurnya.

"Apa yang tak puas hati lagi ni, Mas? Kau jangan nak jadi pembulilah. Buruk tahu tak?"

Mastura mengetap bibirnya.

"Kau buat kerja kaulah. Haura ni under aku. Bukan under kau. Memandai kau buat kerja, ya. Kalau aku report ni, sia-sia aje kau."

"Heh!" Mastura menghentakkan kakinya lalu pergi meninggalkan aku dengan lelaki yang tidak aku ketahui namanya.

Kuntuman Mawar Milikku ✔ Terbit (2023)Where stories live. Discover now