KMM 16

27 1 0
                                    

KELUHAN aku lepas buat kesekian kalinya. Wajah diraup beberapa kali. Skrin telefon bimbit yang masih menyala itu aku pandang dengan hati yang penuh rasa kesal. Terlalu ikutkan kata hati. Sendiri yang menolak diri ke dalam risiko tinggi. Mujur baru tiga kali, aku membuat tindakan yang boleh menempah maut itu. Ya Allah, berdosanya aku....

Hampir dua jam aku menelaah ilmu tentang penyakit eating disoder itu di atas katil. Macam-macam perasaan ada ketika baca. Terkejut dan pada masa yang sama kesal dengan perbuatan sendiri. Adanya Cik Za, menyedarkan aku tentang pengetahuan penyakit ini. Penyakit yang berkaitan dengan mental.

Apa yang dimaksudkan dengan penyakit eating disoder? Eating disoder ini juga, merupakan salah satu penyakit yang berkaitan dengan mental.

Masalah eating disoder atau gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. Ada tiga jenis eating disoder iaitu anorexia nervosa, bulimia nervosa dan masalah keseronokan menikmati makanan.

Eating disoder yang aku alami sekarang ini adalah, masalah keseronokan menikmati makanan. Dan juga aku hampir menjebakkan diri ke dalam masalah bulimia nervosa kerana aku memuntahkan semula isi perutku dengan merodokkan jari ke dalam anak tekak. Semalam tu, memang aku tak fikir apa-apa. Asyik teringatkan sindiran pedas ayah saja.

Masalah keseronokan menikmati makanan secara berlebihan membuatkan berat seseorang itu naik secara mendadak dalam tidak sedar. Perutnya yang sentiasa berasa lapar dan mahu makan secara terus-terusan kerana tertekan dengan suasana sekelilingnya. Sekali gus, memberikan efek kepada kitaran haid bagi seorang perempuan.

Ya Allah, kalaulah Cik Za tak sedarkan aku tentang semua ini, mesti aku dah terus-menerus buat perkara yang tak sepatutnya tanpa fikirkan diri sendiri. Aku memaksa untuk mengeluarkan semula isi perut hanya kerana tersinggung dengan kata-kata ayah yang menggelarkan aku sebagai gergasi. Itu boleh memudaratkan lagi kesihatan aku. Kalau aku terus-terusan buat, mesti aku mengalami dua jenis penyakit eating disoder. Bulimia nervosa dan masalah keseronokan menikmati makanan.

Aku kembali menatal skrin telefon bimbitku untuk menyambung pembacaan. Di akhir laman itu, terdapat satu link membuat temu janji bersama seorang doktor pakar psikologi untuk membantu memulihkan seseorang yang mengalami penyakit mental. Aku berkira-kira sama ada mahu berjumpa dengan doktor psikologi ataupun tidak. Ada baiknya aku meminta pendapat Cik Za. Tak adalah nak memeningkan kepala.

Assalamualaikum, Cik Za. Sorry kalau Haura ganggu masa Cik Za berehat. Haura dah baca link yang Cik Za kasi tu. Sekarang ni, Haura nak mintak pendapat Cik Za sama ada Haura nak buat temu janji dengan doktor psikologi ataupun tidak?

Butang hantar aku tekan dan menunggu balasan daripada Cik Za. Waktu-waktu macam ni, biasanya dia sedang berehat dengan kawan sekerjanya. Harap-haraplah dia nampak chat aku ni.

Ting! Ting!

Aku tersengih. Tak sampai seminit pun, Cik Za dah balas. Laju betul!

Waalaikumussalam, sayang Cik Za. Tak adalah. Tak ganggu pun. Cik Za baru keluar berehat. Lambat sikit hari ni. Baguslah kalau Haura dah baca. Cik Za sarankan yang Haura buat temu janji tu. Cik Za dah banyak baca komen-komen pesakit yang pernah mengalami masalah penyakit seperti Haura. Kalau berjumpa dengan doktor, insya-Allah boleh tahu apa yang patut Haura buat untuk kawal penyakit Haura tu.

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Betul juga apa yang Cik Za katakan itu. Aku kena buat temu janji dengan doktor agar dapat mengetahui cara-cara untuk mengawal masalah eating disoder ni.

Terima kasih, Cik Za. Selamat berehat. Haura akan buat temu janji tu. Jumpa malam nanti. Haura sayang Cik Za.

Okey, sayang. Cik Za sayang Haura jugak.

Tubuh aku jatuhkan di atas tilam. Berkerut dahiku membaca chat yang dihantar oleh Fakhri. Aku fikirkan dia dah lupakan aku. Masih ingat lagi rupa-rupanya. Hancur harapan aku selama ini. Berharap sangat yang dia sudah melupakan aku.

Kahwin sajalah dengan Nafla tu. Kenapa nak paksa aku untuk berkahwin dengan dia jugak? Aku tak mahu hidup bermadu. Tak rela berkongsi kasih dengan orang lain. Meskipun, yang menjadi madu aku itu adalah kawan baik aku sendiri.

Hai, sayang abang. Sihat? Abang rindu sangat dekat sayang. Maafkan abang sebab abang dah lama tak chat, sayang. Abang baru aje balik dari Melaka. Ada kursus. Abang nak belanja sayang makan hari ni.

Aku memutarkan bebola mataku. Serius, aku tak faham dengan pemikiran Fakhri ni. Dia nak apa sebenarnya? Dia tahu tak yang dia dah lukakan hati aku? Lelaki macam dia ni memang tak cukup satu ke? Tamak pulak tu. Dalam satu masa, nak dua-dua sekali gus. Tak nak buat pilihan. Nafla pun sama. Aku tak faham apa yang dia orang fikirkan dalam kepala otak tu.

Sudahnya, aku biarkan saja chat Fakhri tidak berbalas. Tanda biru pun tidak. Anggap sajalah yang aku tak online. Kalau dia nampak last seen aku sekalipun, lantak dialah. Bukan masalah aku. Sekarang ni, aku nak fikirkan diri aku. Aku sendiri pun ada masalah yang nak diselesaikan.

Lebih bagus aku mengisi borang temu janji dalam talian bersama doktor psikologi itu daripada memikirkan tentang lelaki yang banyak menyakitkan hati aku.




BOSAN
punya pasal. Tak sedar yang aku membawa diri sehingga ke sebuah taman tasik, tidak terlalu jauh dari rumah. Boleh tahan ramai pengunjung pada petang ini. Semuanya datang bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Aku pula hanya seorang diri. Tidak berteman. Bila aku pandang suasana sekeliling tasik ini, membuatkan aku teringat akan kenanganku bersama Fakhri. Aku gembira sangat kerana ketika itu, Fakhri menjadi teman luahan aku.

Macam-macam yang dia janjikan kepada aku. Suruh tunggu dia. Dia semangat berkobar-kobar nak kumpul duit. Untuk kesenangan aku katanya. Nak kahwin dengan aku. Nak bahagiakan aku. Banyak kali minta maaf dengan aku dan janji takkan ulang lagi perbuatan yang lama itu.

Tapi....

Dia lupa semua janji dia. Sekali lagi, dia mempermainkan perasaan aku. Dia sia-siakan peluang yang aku bagi dekat dia.

Ya Allah... aku tak nak kenangkan semua ni. Tapi kenapa aku tak boleh nak lupakan? Setiap kali aku ingat, mesti hati aku jadi sakit sangat. Ibu pernah pesan agar aku memikirkan masak-masak mengenai hubungan aku dengan Fakhri ketika Fakhri kantoi berhubungan dengan seorang janda dulu. Namun, aku berlembut hati. Terlalu baik memberikan Fakhri peluang dengan harapan dia akan berubah. Takkan ulangi kesilapannya lagi.

Sangkaan aku meleset. Perkara itu pun sekali lagi terjadi. Angan-angan yang aku impikan punah di tengah jalan. Aku sendiri tak tahu apa salah aku, sampaikan Fakhri sanggup main belakang aku buat sekali lagi. Dengan kawan baik aku sendiri. Sungguh aku tak boleh nak terima.

Nafla Auliya, satu-satunya kawan baik yang paling aku sayang. Ke mana saja pasti bersama dengan dia. Bagaikan belangkas. Dia juga banyak menaburkan janji dengan aku. Takkan biarkan sesiapa menyakiti aku. Sedangkan, dia sendiri yang menoreh luka dalam hati aku.

Kalau orang lain di dalam situasi aku ketika ini, apa yang mereka akan lakukan? Apa yang mereka rasa? Adakah perasaan mereka sama seperti aku ketika ini?

Terlalu perit.

Kawan baik dan kekasih menikam sekeping hati ini pada masa yang sama.

Macam mana nak terima semua tu?

Titisan air mata sudah pecah. Perlahan menitis ke pipi. Telapak tangan kanan melekap ke dada sebelum diusap lembut. Dengan harapan yang sakit itu akan beransur pergi. 

Kuntuman Mawar Milikku ✔ Terbit (2023)Where stories live. Discover now