KMM 21

12 0 0
                                    

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MENTAL AL-ARWAA. Selama 40 minit perjalanan aku untuk ke sini. Tak adalah jauh mana pun. Cuma nak cari bangunan ni saja yang sepertinya agak tersembunyi. Dan paling aku tak sangka, pusat ni berdekatan dengan tempat aku temu duga nanti. Tak silap aku tadi, berpandukan Waze. Hanya 10 minit saja, D'Huzurlu Resort itu dari sini. Mudahlah aku untuk ulang-alik sekiranya ada temu janji lagi.

Ah! Kenapa aku rasa gementar semacam ni? Nak pergi temu janji aje. Bukannya nak masuk mana-mana pertandingan sampaikan hujung jari tangan dan kaki aku seram sejuk macam ni. Ya Allah....

"Ya, cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Aku menguntumkan sebuah senyuman kepada staf yang berdiri di sebalik kaunter. Tarik dan hembus nafas. Permudahkanlah segala urusanku pada hari ini, Ya Allah. Hilangkanlah rasa gemuruh ini.

"Saya ada buat temu janji dengan seorang doktor psikologi bernama Dr. Adam untuk membincangkan tentang sakit yang saya alami sekarang ni."

Staf bernama Azza Ammara, menganggukkan kepalanya. Sempat aku mengerling ke arah tag nama yang tergantung pada lehernya. Namanya bukan main sedap bila disebut.

"Boleh saya dapatkan kad pengenalan, cik? Saya nak buat semakan."

"Sekejap, ya."

Darah gemuruh aku ni makin menjadi-jadi pulak, ya. Aku nak ambil kad pengenalan pun kalut. Padahal staf tu boleh aje tunggu aku keluarkan kad pengenalan. Memang tak boleh pisah dari dulu penyakit darah gemuruh aku ni.

Berdebar dia lain macam!

"Awak punya ke?"

Kalut semacam. Kad pengenalan pun rebah di atas lantai tanpa sengaja. Entah macam mana boleh terlepas dari tangan aku pun, aku sendiri tak tahu. Buat malu saja.

"Ya... ya, saya punya." Anak mata aku dengan anak mata seorang lelaki yang berpakaian kot putih ini berlaga dalam masa beberapa saat sebelum kad pengenalan yang berada di tangannya, aku ambil.

"Maaf." Aku tundukkan pandanganku. Dan aku pun tak tahu kenapa aku mintak maaf. Rasanya aku tak ada buat salah apa pun. Jatuhkan kad pengenalan saja.

"It's okay. Awak tak buat salah apa-apa."

Lembut saja suara lelaki di hadapan aku ini. Aku dapat rasa yang dia mesti salah seorang doktor dekat sini. Tengok dari penampilan dia pun, aku dah dapat agak. Entah-entah dia ni Dr. Adam kut. Manalah tahu.

"Ini dia, kad pengenalan saya."

Azza mengambil kad pengenalan di tanganku bersama dengan senyuman. Tak sampai beberapa saat, dia memulangkan kembali kad pengenalanku bersama dengan sehelai slip kertas berwarna ungu.

"Ngam-ngam pula doktornya ada dekat sini. Doktor Adam, ini pesakit doktor."

Dr. Adam memakukan pandangannya ke arah aku. Betullah tekaan aku!

"Nama awak?"

"Haura...."

"Oh, I got it! Haura Kayyisa, right? Selama ni, kita berbual dalam live chat dekat website tu."

Aku belum habis sebut nama aku lagi. Dia dah potong laju. Betul-betul teruja nampak gayanya bila berjumpa dengan aku. Peramah sungguh Doktor Adam ni.

"Jomlah. Kita discuss penyakit awak tu dengan lebih mendalam. Saya yakin yang awak boleh kawal penyakit awak lepas ni. Sekali gus, boleh turunkan berat badan awak dengan cara yang lebih sihat."

Aku angguk. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. Tak tahu nak balas apa. Senyum sajalah yang aku mampu. Kalau tak senyum, dicup sombong pula nanti.




"HAURA KAYYISA..."

Kuntuman Mawar Milikku ✔ Terbit (2023)Where stories live. Discover now