KMM 19

34 2 0
                                    

"FAKHRI!"

Secara spontan aku menjerit apabila Fakhri sudah mahu melayang buku limanya ke wajah Yusuf. Namun, Yusuf lebih tangkas bertindak mengelak lalu dia mengunci pergerakan Fakhri dengan menggunakan kemahirannya. Ya Allah, nak gugur jantung aku masa ni.

"Aku tak sentuh kau, kenapa kau nak sentuh aku? Jangan ingat, aku ni macam lelaki luar sana yang selalu terkena makan buku lima kau tu. Dengan orang lain kau boleh buat. Tapi, dengan aku tidak."

Yusuf meleraikan kunci pergerakan pada tubuh Fakhri sebelum ditolak bahu Fakhri dari belakang. Aku masih lagi duduk di atas kerusi. Buntu. Baju aku basah. Air manis pula tu. Kalau air kosong, tak apalah juga. Masaklah aku macam ni.

"Kau memang sial!" Selamba saja Fakhri mencarut.

Fakhri yang aku kenal dulu, tak pernah mencarut. Memang susah nak dengar dia mencarut. Tapi sekarang, begitu mudah sekali dia mengungkapkan perkataan kesat itu.

"Aku sial, atau kau yang sial? Tak reti nak jaga hati perempuan. Tak cukup satu. Kau sedar tak yang kau ni sebenarnya memalukan diri sendiri?"

Dada Fakhri berombak laju. Jari telunjuknya naik menuding ke arah dada Yusuf.

"Jangan nak masuk campur hal aku. Aku dah tak nak tengok kau jumpa Haura. Ramai lagi perempuan lain yang kau boleh cari. Jangan bakal bini orang pun kau nak rembat. Jangan pulak kau memalukan diri kau sendiri." Sinis Fakhri bercakap.

Aku rasa dia bukan lagi Fakhri yang aku kenal. Dia dah berubah. Secara drastik dia berubah selepas terkantoi dengan aku hari tu.

Yusuf tidak membalas. Sebaliknya, dia hanya menayang wajah beku. Aku berharap sangat yang Yusuf akan halang Fakhri daripada mengajak aku pergi.

"Balik."

Aku menggelengkan kepala.

"Aku cakap baliklah, bodoh. Badan dah kembang, takkan otak tak boleh nak berfungsi!"

Zup! Dua baris ayat yang keluar dari mulut Fakhri membuatkan hati aku bagaikan tersiat-siat. Tergamaknya dia cakap dekat aku macam tu.

"Aku rasa tak perlu kut nak hina orang macam tu sekali. Kau belum jadi suami dia lagi nak paksa-paksa dia balik. Dia tak nak balik." Yusuf mencelah. Dahinya berkerut-kerut nipis sepertinya menahan marah.

"Kan aku dah kata. Jangan. Masuk. Campur. Hal. Aku. Apa lagi yang kau tak faham ni, doh?" balas Fakhri. Tajam anak matanya menikam wajah Yusuf.

"Kau memang tak reti nak hormat perempuan, eh? Dahlah tak reti nak jaga hati perempuan, bertambah pulak kau hina dia macam tu. Kau nak apa sebenarnya?"

Tenang saja Yusuf bercakap walaupun aku tahu, hatinya sedang bergelodak marah. Siapa aje yang tak marah dengan perangai macam Fakhri ni? Menyebalkan.

"Haura, ikut aku balik. Dah nak senja. Kau memang sengaja naikkan darah aku, kan?"

Fakhri merentap pergelangan tanganku lalu ditariknya sehingga keluar dari kedai. Mujur aku sudah habis makan. Kalau tidak, membazir saja. Sudahlah Yusuf belanja aku makan. Memalukan betullah.

"Sakit. Lepaslah. Apa ni pegang-pegang?" Aku rentap semula pergelangan tanganku. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Sampai merah dibuatnya. Memang kena rasuk syaitan dah Fakhri ni.

Cepat-cepat aku pakai semula topeng mulutku. Disebabkan dia tarik aku sampai ke luar sinilah, aku tak sempat nak pakai. Yang dia pula, selamba saja tak pakai. Topeng mulut dia tersangkut dekat bawah dagu tu aje.

"Apa hubungan kau dengan lelaki itu?"

"Kawan ajelah. Apa masalah? Tak boleh ke tanya elok-elok? Kenapa mesti nak buat perangai macam tu dekat depan orang ramai?" soal aku dengan nada tidak puas hati.

Kuntuman Mawar Milikku ✔ Terbit (2023)Where stories live. Discover now