Love and Addiction: Prolog

53.3K 4.7K 426
                                    

Buk.

Punching bag ditumbuk berkali-kali. Kelajuan dan kekuatan tangannya menyebabkan punching bag tersebut terhayun dengan lajunya ke belakang.

Peluh yang sudah membasahi wajah dan badan hanya dibiarkan. Matanya tajam memerhati ke arah punching bag. Dia bagaikan mempunyai dendam yang tersendiri.

"Argh!" jeritnya kuat. Bersama itu, kaki naik menendang punching bag buat kali terakhir.

Punching gloves dibuka lalu dilempar ke atas sofa. Badan dihenyakkan ke atas sofa. Sesudah itu, minuman dicapai.

Mata dipejamkan buat beberapa ketika. Bayangan sang gadis menerjah ke dalam kotak fikiran. Tak semena, senyuman terukir pada bibir.

Ayla Zayra yang cantik. Ayla Zayra yang manis. Ayla Zayra yang sangat sempurna pada ruang matanya.

"Tuan!"

Dalam pada dia mengelamun, tiba-tiba sahaja dia diseru. Mata dibuka dan wajah pembantu peribadinya tersapa pada ruang mata.

"Kir," ujarnya perlahan. Kening terangkat sebagai isyarat pertanyaan.

"Kami dah dapat tangkap Hariz. Sekarang, dia berada di Giordano's," jelas Syakir sepantas kilat.

Wajah tenang Fahrin bertukar ketat. Dirinya bergelodak dengan amarah.

Si bangsat Hariz! Sudah lama anak-anak buahnya memerhati anak bongsu Dato' Herman itu. Jantan bangsat yang telah membuat onar kepadanya. Terasa ingin disembelih Hariz hidup-hidup.

"Bawa dia ke sini. Kurung dalam bilik dekat basement," arah Fahrin dengan tampang wajah yang serius. Rahangnya yang tajam itu terketap erat. Giginya kedengaran berdetak-detak.

"Baik tuan." Syakir tunduk hormat sebelum dia mengundurkan badannya ke belakang.

Fahrin bangkit dari sofa. Dia bergegas meninggalkan ruangan tempat berlatih MMA nya. Ada perkara yang perlu dia selesaikan.

••••

"Make him speak," ujar Fahrin dalam nada tegang. Mata helangnya jelas memanah ke arah Hariz yang sedang menayangkan wajah sinis ke arahnya

Dasar budak hingusan!

"Kau cakap apa yang kau dah buat. Mengaku dekat tuan Fahrin sekarang!" Keras kata-kata yang terpancul keluar dari celahan bibir Syakir.

"Aku buat apa? Takde buat apa pun." Sinis kedengaran.

Senyuman jahat Fahrin terbit. Tangannya naik menyilang pada dada. Budak hingusan tu masih tak nak mengaku ya.

"Make him tell the truth. Aku nak keluar kejap. Bila aku dah sampai sini selepas ini, aku nak dia mengaku yang sebenarnya," arah Fahrin lagi. Kakinya mulai bergerak meninggalkan kawasan itu. Anak-anak buahnya yang sedang berjaga di laluan, menunduk hormat setelah melihat kelibat dia.

••••

"A-aku meng-mengaku yang aku hampir nak buat benda yang tak elok dekat Ayla," akui Hariz dengan susah. Wajahnya telah lebam dikerjakan oleh anak buah lelaki asing yang berdiri di hadapannya kini.

Wajah Fahrin semerta tegang. Rahangnya terketap erat. Terasa ingin dibunuh Hariz pada ketika ini juga. Jika tadi dia terasa marah, kini berganda-ganda lagi kemarahan yang meluap dalam dadanya.

"Kau memang bangsat!" Dengan itu, kaki terhayun ke wajah Hariz dan remaja lelaki tersebut terjatuh ke bawah.

"Kurang ajar!" Sekali lagi, kakinya terhayun. Hariz dikerjakan dengan sepenuh hati.

Setelah itu, dia duduk bertinggung di sisi remaja tersebut.

"Tegakkan badan dia."

Syakir laju menarik Hariz supaya bangun dari perbaringan.

"Kalau tak disebabkan aku ni masih ada iman, dah lama aku tanam kau hidup-hidup. Aku bagi amaran terakhir kepada kau. Jauhkan diri kau dari Ayla kalau kau tak nak sakit. Kau jatuhkan hujung jari kau pada dia, kau hanya perlu mengucap je nanti," ujar Fahrin dengan nada yang penuh dengan ketegangan.

Hariz sedang mencari nafas. Dadanya terasa sendat setelah dua kali dia tersembam ke bawah.

"Kalau kau nak buat report tentang aku, go on. Aku tak pernah takut dengan undang-undang. Herman's Corp. Itu nama company bapak kau kan?" soal Fahrin dingin.

Dengan perlahan, Hariz menganggukkan kepalanya. Dia gerun dengan lelaki di hadapannya ini.

"Untuk pengetahuan kau, bapak kau tengah running project dengan syarikat aku sekarang ini. Kalau kau rasa nak hancurkan company bapak sendiri, kau cubalah mengadu benda ni dekat sesiapa. Sekelip mata sahaja, aku boleh hancurkan company bapak kau dan buat kau sekeluarga diisytihar muflis. Jadi, fikir dulu ya kid." Fahrin menepuk-nepuk pipi Hariz. Anak muda itu bagaikan tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dia bangun sesudah itu. Badan kembali dipalingkan. Tak betah dia nak berlama-lama di sini.

Langkah kaki tiba-tiba sahaja terhenti.

"Oh sebelum aku lupa. Mungkin kau nak kenal nama aku. Aku, Fahrin Mikael bin Fathi Gabrielle. In cased kau nak lodge report tentang aku lah," kata Fahrin sebelum dia kembali menyambung langkah yang terhenti tadi.

Dia, anak tunggal dalam keluarga dan cucu tunggal kepada Santoz Giordano. Mencari masalah dengannya sama sahaja bagaikan menggali kubur sendiri. Ini, nasib baik dia sendiri yang selesaikan masalah. Jika dia beritahu nonno (atuk) nya tentang hal ini, dia tak rasa bahawa Hariz masih boleh bernyawa.

Tbc

Boleh ke nak minta 2k untuk update next chap? Can or can?

Fahrin Mikael: Love and Addiction (Hiatus)Where stories live. Discover now