Love and Addiction: 5

36.5K 3.5K 745
                                    

"Jaga anak uncle elok-elok. Sebelum pukul 12, hantar Ayla ke sini balik. Boleh Fahrin?"

Pesanan yang diucapkan oleh uncle Ammar sewaktu dia meminta kebenaran untuk membawa Ayla jalan-jalan di sekitar halaman belakang hotel.

Fahrin mengajak Ayla memasuki bahagian taman. Di situ, terdapat air pancut. Di sekitar mereka pula, terdapat pokok-pokok bunga yang ditanam. Nampak estetik dan menyegarkan mata.

"You already twenty, Ayla. Already enter legal age to marry," usik Fahrin. Ayla hanya tertawa. Hah, kahwin lah sangat. Nak kahwin dengan siapa? Pokok?

"Masih mudalah abang! Ayla tak terfikir untuk berumah tangga. Ayla nak sambung belajar dulu," balas Ayla. Dia tahu bahawa Fahrin hanya bergurau. Kerana itu dia
layankan sahaja.

Fahrin ketawa. Tak mahu suasana akan berubah kekok, jadi dia akan mengubah haluan perbualan.

"Nanti Ayla nak sambung dalam bidang apa?"

"Kalau dapat, Ayla nak ambil public administration. Daddy pun suruh Ayla further dalam business sebab nak run syarikat daddy nanti."

Fahrin menganggukkan kepalanya. Betullah tu! Dia pun disuruh melanjutkan pengajian dalam skop bidang yang sama dengan perniagaan.

"As long as you enjoying while study, all the things completely okay. Kalau nak tanya apa apa dekat abang, boleh je. Abang sedia menjawab. 24 jam servis!"

"Amboi! Melampau eh?" Ayla tergelak. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Walaupun agak lama dia tak bertemu dengan Fahrin, dia tidak kekok. Masih okey seperti sebelum ini.

"Tak melampau. Untuk Ayla abang ni. Semua boleh," balas Fahrin. Ayunan langkah kaki mereka berentak normal dan perlahan. Mata Fahrin terpandangkan sebuah bangku yang berada di hadapan air pancut.

"Jom duduk dekat sana. Ayla pasti letih sebab berjalan je dari tadi keliling tempat ni," ajak Fahrin. Ayla anggukkan kepalanya. Kata-kata Fahrin diiyakan. Betullah tu! Dia dah penat nak berjalan. Dengan heels lagi. Ini tak termasuk dengan gaunnya yang ala-ala puteri itu. Bayangkan betapa beratnya bebanan yang perlu dipikul.

Punggung dilabuhkan. Fahrin memandang ke arah monumen yang berada di hadapan air pancut. Sedaya upaya dia cuba mengabaikan rentak yang makin menggila dalam dada. Bayangkan dia hanya berdua dengan Ayla di tempat yang sunyi dan gelap ini.

Jika diikutkan sisi gelapnya, dah lama dia menarik Ayla ke bilik dan mengurungnya. Tak membenarkan sesiapa yang mendekati Ayla. Ayla miliknya seorang!

Tadi pun, tak henti-henti dia mengepal tangannya. Marah dan geram apabila ramai kawan-kawan Ayla yang datang. Sekelompok lelaki dan perempuan.

Dia benci apabila gadisnya menjadi perhatian orang. Walaupun sebatas kawan, dia tetap tak suka.

"Abang!"

Badan Fahrin tersentak. Lamunannya dan bayangan tentang kejadian tadi telah hilang. Kini, dia kembali memandang ke arah Ayla.

"Ya."

"Abang fikir apa sampaikan banyak kali Ayla panggil tapi abang tak dengar?" Ayla tertawa halus. Wajah kebingungan Fahrin ternampak sungguh comel. Tambahan lagi mata hijau itu merenung ke arahnya.

"Sorry. Abang fikir tentang company tadi." Fahrin main jawab saja. Dah tu? Takkanlah dia nak cakap yang dia sedang fikirkan dan bayangkan perkara yang tidak elok bersama Ayla?

"Kenapa? Syarikat abang ada masalah ke?" soal Ayla lagi. Nadanya penuh dengan keprihatinan. Walaupun dia tidak arif dalam hal yang berkaitan syarikat, dia tetap saja bertanya.

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now