Love and Addiction: 6

33.4K 4.3K 669
                                    

Pang!

Kepala Fahrin terteleng ke tepi. Namun, wajah tenangnya kekal dipamerkan. Tidak sedikit pun dia menunjukkan bahawa dia terkesan dengan tamparan berbisa dari daddy.

"Aku ada ajar kau jadi macam ni ke? Aku ada ajar kau buat benda tak senonoh dekat perempuan ke Mikael?!" tengking Fathi cukup lantang. Rahangnya bergerak-gerak menunjukkan bahawa dia cukup marah dengan perilaku tak senonoh si anak.

Fahrin diam tak berkutik.

Pang!

Kepala Fahrin terteleng ke kanan pula. Sama seperti tadi, tenang. Matanya mencari sosok Ayla yang sedang berada dalam pelukan uncle Ammar. Ayla turut memandang ke arahnya. Mata Ayla jelas menunjukka bahawa gadis genit itu berasa bersalah dengan apa yang terjadi.

Fahrin senyum segaris walaupun terasa bibirnya bagaikan ingin terkoyak. Tamparan daddy sungguh berbisa.

Apabila tangan Fathi naik untuk menampar Fahrin buat kali ketiga, suara Ammar jelas kedengaran di ruangan taman itu.

"Fath, sudahlah tu," larang Ammar, perlahan. Kesian apabila melihat Fahrin yang bagaikan menerima saja pukulan daripada Fathi.

Dia pun tadi sungguh terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh sang isteri serta Clarissa. Aisya dan Clarissa sajalah turun ke taman sebab ingin mengajak Ayla dan Fahrin kembali masuk ke ruangan dewan. Namun, lain pula yang berlaku. Aisya dan Clarissa nampak bibir Fahrin melekap elok pada dahi Ayla dan tubuh si gadis dipeluk erat. Mahu tak gugur jantung Aisya dan Clarissa.

Tapi dia kenal Fahrin itu macam mana. Mustahil Fahrin akan melakukan perkara yang tak elok kepada Ayla. Ayla pun tidak ada mengadu perkara yang bukan-bukan padanya. Jadi, Fahrin hanya menenangkan Ayla sahaja. Tak lebih daripada itu. Namun, cara Fahrin itu salah. Berdosa!

"Hergh!" Fathi mendengus sebelum dia berlalu ke arah Ammar.

"Aku minta maaf Am bagi pihak anak aku."

"Tak ada apalah." Ammar tersenyum seraya menggelengkan kepalanya berkali-kali. Marah pun tak ada guna juga. Benda dah jadi dah pun.

Mata Fathi beralih pula ke arah Ayla yang sedang memandang ke arahnya.

"Uncle minta maaf bagi pihak Fahrin ya, Ayla."

Ayla menganggukkan kepalanya. Dia terasa bersalah. Fahrin dipukul kerananya! Kalaulah dia tidak bercerita kepada Fahrin. Tentu Fahrin tidak akan dipukul oleh uncle Fathi.

"Am." Mata Fathi kembali bergerak ke arah Ammar. Ammar mengangkat keningnya sebagai isyarat bertanya.

"Aku rasa, kita dah boleh bincangkan tentang perkara itu," ujar Fathi. Mata Fathi bergerak memandang ke arah Ayla dan Fahrin silih berganti.

Ammar memandang ke arah si anak yang berada dalam pelukannya. Setelah itu, dia menganggukkan kepalanya kepada Fathi.

"Boleh. Memandangkan anak-anak aku pun semuanya ada dekat sini sekarang ini," tutur Ammar dan serentak itu, wajah setiap seorang anak lelakinya yang segak berpakaian kemeja dipandang.

Masing-masing jelas menunjukkan wajah tanda tanya.

"Sebenarnya ada benda yang kami nak bagitahu." Senafas Ammar mengeluarkan kata. Fathi menganggukkan kepala sebelum bergerak ke arah sang isteri yang berdiri bersebelahan dengan Fahrin.

"Apa, daddy?" soal Aydin. Dia bertenggek pada pasu pokok bonsai yang besar itu. Di sisinya, ada Adriel yang sedang memalangkan tangan pada dada. Adriel lebih suka diam.

"Tentang Fahrin dan Ayla."

Terus terangkat wajah Fahrin mendengar kata-kata daripada Ammar. Ayla pun turut sama mengangkat kepalanya. Namanya dan nama Fahrin disatukan dalam satu ayat? Petanda apa itu?

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now