Love and Addiction: 2

40.3K 3.7K 951
                                    

Ayla menggenggam hujung bajunya. Adegan yang sedang ditayangkan membuatkan dia gemuruh dan takut. Tambah lagi dengan sound speaker yang bagaikan ingin pecah itu.

Huaa, menyesal dia pilih cerita ini. Kawan dia cakap, cerita ini best! Horror and thrill. Tapi belum setengah cerita, dia rasa dah nak menjerit.

"Ayla okey?" soal Fahrin, bernada prihatin. Dari tadi lagi dia perhatikan wajah si gadis yang pucat itu. Tak sedar, dia mengulum senyum. Ayla Ayla. Ajak dia tengok movie Waktu Magrib, hujung-hujung takut sendiri.

Ayla menganggukkan kepalanya perlahan.

"Okey okey." Laju-laju, dia membalas pertanyaan Fahrin.

"Nah, untuk hilangkan takut Ayla. Makanlah popcorn ni." Fahrin menghulurkan popcorn kepada Ayla.

"Taknak. Tadi dah makan nugget. Nanti Ayla gemuk, susah nak cari boyfriend." Ada-ada saja jawapan balas Ayla. Kepala dialihkan ke arah Fahrin. Senyuman mengusik tumbuh pada bibir.

Fahrin hanya tersenyum tenang. Dalam hati, tentu saja bergolak apabila mendengar perkataan 'boyfriend' yang meluncur keluar dari bibir Ayla.

Tiba-tiba, bunyi muzik saspen diselangi dengan teriakan bergema di dalam hall itu. Ayla yang tak bersedia, terus saja menggenggam tangan Fahrin dan dalam sekelip mata, dia memeluk badan Fahrin. Ah, semua ini berlaku di luar kawalan.

Jika dia menonton movie hantu dengan abang-abangnya, memang beginilah reaksinya apabila terkejut. Tentu saja dia akan memeluk badan abang-abangnya.

Mata Fahrin membuntang. Dia tak menyangka akan perlakuan Ayla ke atas dirinya. Nafasnya cuba dikawal. Tak pernah dia dipeluk oleh mana-mana wanita selain daripada mummy atau aunty-aunty nya.

"Aaa." Ayla menekup kedua-dua belah telinganya. Muzik saspens itu kembali bergema. Terdengar jeritan daripada pelakon kanak-kanak yang sedang dirasuk.

Fahrin buntu sendiri. Setelah hampir seminit, dia memegang kedua-dua belah bahu Ayla. Ayla sepertinya sudah sedar. Lekas-lekas, Ayla menjauhkan diri.

Wajah Ayla membahang. Ah, apa yang dia sudah lakukan? Kalau daddy atau abang-abangnya tahu tentang hal ini, tentu masak dia.

Tambahan lagi, sorotan tajam milik Fahrin melekat pada wajahnya. Huaa, abang Fahrin tak pernah pandang dia sebegitu tajam. Tentu lelaki itu tidak selesa.

Kalut kalut, dia kembali menumpukan perhatiannya kepada skrin besar.

"Ayla," panggil Fahrin dalam nada berat.

"Ya."

"Ayla tak boleh peluk abang macam tu lagi lepasni. Tak elok," tegur Fahrin cukup lembut. Sorotan tajam itu turut bertukar lembut.

Ayla menggigit bibirnya. Haa, salah dia. Jadi, akui saja.

"Maaf, abang." Perlahan permohonan maaf meluncur keluar dari bibir Ayla.

Fahrin senyum segaris sebelum dia menumpukan kembali perhatiannya kepada skrin. Kali terakhir dia masuk ke panggung wayang adalah ketika belajar. Sesudah itu, dunia dia sudah tak berbentuk hiburan lagi. Dia lebih serius dalam mengambil alih syarikat daddy.

Sepanjang tempoh hampir 45 minit itu, masing-masing diam. Ayla tidak lagi terlepas laku. Sebaliknya, dia hanya menutup matanya apabila ada adegan yang agak mengerikan. Ini semua, salah filem itu lah! Bukan salah dia.

••••

"Kita makan dulu. Abang dah call daddy Ayla. Uncle Ammar benarkan abang bawa Ayla makan dan jalan-jalan dalam mall kalau Ayla nak." Senafas Fahrin memberitahu.

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now