Love and Addiction: 10

47K 5.4K 718
                                    

Ayla membenamkan wajahnya pada tilam. Setelah itu, dia menjerit kuat. Daddy kembali membahas tentang soal perjodohan antaranya dengan Fahrin. Dia fikir lima tahun ini sudah cukup membuatkan keluarganya memahami bahawa dia tidak meminati Fahrin. Sudah terang lagikan bersuluh kerana dia pun tidak pernah berbicara soal Fahrin kepada daddy dan mummy.

"Tak nak. Tak nak. Tak nak!" Dia meraung di sebalik tilamnya. Setelah itu, dia kembali mengangkat wajahnya. Rambutnya yang serabai sudah menutupi wajah.

Argh, stresnya!

Dia kembali bangun dari katil. Meja soleknya dituju lalu dia mengambil telefon pintar yang berada di atas meja soleknya. Nombor seseorang yang masih berada dalam peti simpanan didail.

Usai memberikan salam, dia terus kepada tujuan asalnya.

"Ayla nak jumpa abang. Boleh?"

....

"Okey! Petang esok. Bye, abang."

Setelah itu, dia mematikan panggilan. Nampaknya, dia perlu bersemuka dengan Fahrin kembali. Hampir lima tahun tidak bertemu mata, kali ini mereka akan bertemu kembali. Tentu banyak perubahan yang telah berlaku.

Ah, dia stres!

••••

Ayla bermain dengan jari jemarinya sendiri. Tiba-tiba saja, dia terasa melumpuh. Lebih-lebih lagi apabila suara Fahrin terngiang-ngiang di telinganya. Suara semalam. Rasanya, suara Fahrin makin garau. Dan hensem!

Gulp!

Mengarut sajalah dia ini. Haih hati, mohon jangan cepat jatuh cinta.

Cartier Tank Americaine yang melilit pergelangan tangannya dipandang sekilas. Sudah lima minit berlalu. Fahrin cakap, lelaki itu mungkin akan tiba lewat sedikit kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Dia iyakan sahaja. Dah dia yang pandai-pandai curi masa orang. Dia kenalah bertolak ansur.

Dia dah siap susun kata-kata yang akan dia muntahkan sekejap lagi. Harapnya, dia tidak tersasullah.

"Yeah, I'll call you back later. I have a date right now." Suara maskulin bercampur husky itu mampu membuatkan Ayla mengangkat wajah dari terus memandang jari jemari sendiri.

Wajah Fahrin terpampang di hadapan matanya. Matanya membulat. Serasa tak percaya dengan sosok Fahrin yang sekarang.

Bapak tegap!

Dulu memang Fahrin dah tegap tapi sekarang ini makin tegap. Kemeja Fahrin jelas memperlihatkan bentuk badan lelaki sempurna. Ada muscle-muscle yang terbentuk.

Pandangan mata tajam Fahrin jelas terhunus ke arahnya. Tiba-tiba sahaja lidahnya terasa tergeliat. Kosa kata yang dia susun tadi pun turut sama menghilang.

"Assalamualaikum Ayla." Fahrin terlebih dahulu yang memberi salam. Melihat wajah terkedu Ayla, Fahrin hanya mampu menyimpul senyum. Rindunya dengan Ayla ini.

Ayla semakin manis dan cantik. Wajah itu kian matang. Tiba-tiba saja dadanya berombak ganas. Inikah perasaan apabila hampir lima tahun tak bertemu?

"Wa-waalaikumussalam abang." Terbata-bata percakapan Ayla dibuatnya. Matanya terus saja meliar ke arah lain apabila dari tadi lagi mata hijau emerald itu tak henti-henti menjelajahi wajahnya. Membuatkan dia tak selesa dalam rentak jantung yang berdegup kencang.

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now