Love and Addiction: 9

44.7K 5.2K 527
                                    

Tiga tahun berlalu

Buk!

Penumbuk Fahrin melayang pada pipi pihak lawan. Serangan balas cuba dilakukan oleh pihak lawan namun Fahrin tangkas mencekup tangan pihak lawannya lalu badan itu dihentak pada gelanggang perlawanan.

Pipinya yang tadi ditumbuk oleh pihak lawan terasa agak kebas. Ah, benda biasa! Apa nak hairannya?

Setelah itu, dia bergerak ke arah pihak lawannya yang telah tersungkur di atas gelanggang. Pipi kiri dan kanan pihak lawannya ditumbuk berkali-kali. Sehinggalah pengadil menarik badannya dari terus berada di atas pihak lawan. Wajah pihak lawannya telah berdarah dengan teruk. Pecah sana sini.

Countdown dimulakan.

"10,9,8,7,6,5,4,2,1!"

Setelah itu, wisel dibunyikan. Tangan kanan Fahrin diangkat tinggi yang membawa maksud Fahrin telah memenangi perlawanan yang diadakan.

"Fahrin Mikael!" Namanya diseru kuat oleh sang pengadil. Setelah itu, tepukan gemuruh kedengaran di bawah gelanggang. Fahrin laju saja melompat turun dari gelanggang.

Ada mummy dan daddy yang sedang menunggunya di bawah. Senyuman terukir sejurus saja dia melihat wajah mummy dan daddy. Mummy sedang memegang sehelai tuala. Tentu saja ingin memberikan kepadanya. Dia sudah berpeluh dari kepala.

"My, dy," sapa Fahrin berserta senyuman. Namun, dia menerima jelingan maut daripada mummy. Dia sudah tahu mengapa mummy bereaksi sebegitu. Dia hanya mampu melemparkan senyuman tak bersalahnya kepada mummy.

"Bila Kael nak berhenti masuk pertandingan macam ini? Wajah bengkak sana sini. Masuk benda ini tak ada benefit pun. Kalau sebab duit, harta kita pun tak habislah."

Itu dia. Baru saja kakinya berhenti menapak, dia sudah dibebel.

Namun, bebel bebel pun, tangan mummy tetap juga bergerak menyapu keseluruhan wajah anaknya yang sudah bermandi peluh. Fahrin masih lagi tersenyum.

Daddy pula lebih suka diam. Tak boleh nak bangkang kata-kata isteri tersayang. Nanti dengan dia dia kena bebel. Biar jelah anak dia je yang dibebel. Haha.

"Nantilah. Nanti dah kahwin ke. Selagi bujang ni, cubalah semua benda." Pandai saja dia menjawab. Mummy sudah menjegilkan matanya.

"Kalau kahwin pun masih nak join pertandingan macam ini, elok Kael kahwin je dengan MMA," sambung mummy.

Fahrin masih lagi tersenyum. Nanti kalau dia menjawab, panjang pula muncung ratunya.

"Balik nanti, tuam ais. Wajah dah bengkak tu. Esok ada meeting lagi kan?" Kini, Fathi pula bertanya kepada anak bujangnya.

Fahrin menganggukkan kepalanya. Esok ada meeting dengan syarikat Rain's Group. Namun, bukan uncle Ammar lagi yang mengendalikan syarikat itu. Rain's Group sekarang ini sudah berada di bawah bidang kuasa anak-anak lelaki uncle Ammar. Uncle Ammar sekarang ini senang dengan pangkat Board of Director.

"Okey, daddy," patuh Fahrin.

Fathi menganggukkan kepalanya. Wajah sang anak dipandang dari sisi. Fahrin merupakan satu-satunya anaknya dan Clarissa. Silapnya dulu membuatkan isterinya tidak dapat mengandung lagi setelah melahirkan Fahrin.

Namun berkali kali isterinya tegaskan. Bukan salahnya semua benda ini terjadi. Takdir yang telah menetapkan sebegitu. Kata Clarissa, ada anak seorang pun dah dikira rezeki yang melimpah ruah. Ada yang masih tak mempunyai anak walaupun berbelas-belas tahun berkahwin.

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now