Love and Addiction: 11

50.5K 4.9K 520
                                    

"Majlis pertunangan Ayla akan diadakan serentak dengan majlis kesyukuran. Daddy tak nak buang buang masa. Ayla pun dah 23."

Nasi yang dikunyah oleh Ayla terasa tersekat di kerongkong. Mata terus saja naik mencari wajah daddy.

"Abang." Aisya memegang tangan sang suami. Dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Kenapa perlu suaminya memberitahu pada waktu waktu sebegini? Sekurang-kurangnya, tunggu sehingga mereka menghabiskan makan malam.

Ammar hanya menjungkitkan keningnya ke atas. Setelah itu, dia membuang pandang ke arah Ayla.

"Ayla tak nak dia, dy." Perlahan suara yang terkeluar dari celah bibir Ayla. Dia kembali menundukkan wajah apabila melihat raut wajah daddy yang telah bertukar tegang.

Apabila terasa suasana terasa agak tegang, Aydin terbatuk perlahan-lahan. Semua pasang mata tertumpu ke arahnya. Termasuk juga dengan adik-adiknya yang lain.

"Apa kata kita bincang balik benda ni dengan family Fahrin?" soal Aydin. Dia sedaya upaya cuba untuk membantu Ayla. Kalau tak boleh juga, dia tiada pilihan selain hanya mengikuti kata-kata daddy.

"Untuk apa? Untuk benarkan Ayla cakap yang bukan-bukan dekat uncle Fathi? Daddy tak akan benarkan!" Tegas daddy berkata-kata. Bibir Aydin terkemam ke dalam.

Semenjak kecil, mereka memang diajar untuk patuh akan setiap arahan yang diberikan oleh mummy dan daddy. Tak pernah walaupun sekali mereka membantah hatta satu perkataan.

"Tapi ini tentang masa depan Ayla, daddy. Ayla layak pilih siapa pasangan suami dia. Kalau dia tak suka, kita tak boleh paksa. Biar jelah dy Ayla pilih sendiri pasangan dia." Kali ini, Zayyan pula berkata-kata. Selama ini dia tidak pernah membangkang kata-kata daddy kerana baginya, apa yang daddy dan mummy tetapkan adalah untuk kebaikan mereka semua.

Namun kali ini, terasa tindakan daddy agak melangkaui batas. Jika dulu, mungkin dia bersetuju kerana dia merasakan Ayla turut menyukai Fahrin. Tapi apabila dia melihat wajah sugul sang adik, barulah dia tahu bahawa adiknya memang tak menyukai Fahrin.

Mungkin rapat hanya kerana Ayla menganggap Fahrin tak lebih daripada seorang abang.

Bunyi sudu berdenting pada pinggan membuatkan masing-masing menikus. Zayyan yang tadi membela Ayla, kini kembali mengemam bibirnya apabila dia melihat jegilan mata daddy.

"Masing masing ni dah tak rasa hormat dekat daddy ke? Sebab masing-masing dah besar, kamu semua pandai nak membangkang keputusan daddy!" Kuat suara Ammar berkata-kata. Ayla memang dari tadi tidak mengangkat kepalanya. Matanya hanya terkebil-kebil memandang ke arah butiran nasi yang berada di atas pinggan. Seleranya sudah lari berterbangan.

"Daddy buat semua ini sebab untuk kebaikan Ayla sendiri. Sebab daddy sayangkan satu satunya anak daddy lah, daddy sanggup buat keputusan macam ini. Kalau daddy tak sayang, daddy tak akan kisah dengan siapa pun Ayla bercinta. Datang dari keturunan apa pun, daddy tak kisah!"

Masing-masing diam. Aisya memandang wajah setiap satu anak-anaknya sebelum dia menindih tangan sang suami. Dia tarik sedikit senyuman bagi meredakan marah sang suami. Ammar memang sangat tegas jika melibatkan hal anak. Tak akan ada kompromi. Aisya cukup tahu itu.

Ammar bangun dari kerusi setelah itu. Seretan kerusi jelas kedengaran. Dia keluar dari ruangan dapur. Aisya memandang wajah anak anaknya sekali lagi.

"Lain kali, anak anak mummy tak payah cakap apa-apa dekat daddy. Kalau nak cakap apa-apa berkaitan dengan hal ini, cakap dekat mummy. Nanti mummy cuba selesaikan dengan daddy. Okey?" Lembut tutur kata Aisya sehingga mampu menyejukkan hati anak-anaknya.

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now